Wednesday, May 19, 2010

Dentuman Rasa: Jilbab

Saat melihat untaian rambut itu, aku pantas memberi isyarat kepada adik untuk menyuruh anak saudaraku berjilbab. Bimbang menanggung dosa yang lebih besar saat tanggungjawab sudah terbeban ke atas diri ini.

'Malas. Kita kan mahu keluar dekat-dekat sahaja. Lagipun dah malam, apalah yang mampu dilihat oleh orang sekelililing.' Alasan anak saudaraku itu membuatkan aku tewas.

'Degil!' Aku menggetap bibirku sendiri.

Aku pantas masuk ke dalam mobil adik, tempat duduk belakang sebelah kiri. Pintunya tidak aku tutup sejak ia dibuka tadi. Cepat-cepat aku masuk dan menyandarkan badan ini ke tempat duduk yang empuk buatannya. Pintu mobil itu aku hempas kuat tanda aku sedang marah.

Pantas aku memejamkan mata, merenung jauh dua puluh tahun akan datang. Bisakah diri ini menjadi pemimpin keluarga yang baik. Kubuka kaca mata ini, lantas kuseka air mata yang mula bergenang di kelopaknya.

12 comments:

Cap Api said...

ni cerpen jugak ker??

Nia said...

salam ziarah,

ni tulis sendiri ke? kalau tulis sendiri saya sgt kagum!! huhu

El-Zaffril said...

Cap Api: Bakal menjadi sebuah cerpen... sedang mencari masa yang terluang....

Unlisted One: Salam Ziarah... yerp... kesemua di dalam ini adalah tulisan saya....

Frodo Baggins said...

novel ke?
menarik bro ...
hahahha
keep it up.


wooohaaa


>>___<<

El-Zaffril said...

Frodo: Dalam ni ade 2 cerpen... dengan satu novel... baru plan nak menulis lagi... hehehe

@xiM said...

oooooo ko minat menulis ekk..

anyway..nice..

nice meeting u that day..

:)

El-Zaffril said...

Azim: Thanks... memang minat menulis.. ni la channel yang sesuai untuk luahkan hasil penulisan... insyaallah... new one coming soon

Amri Bahruji matPuisi said...

salam perkenalan... ;)..

ruby said...

melentur biorlah dr rebungnye..huhu

ruby said...

asuh biorlah dr rebungnye..huhu

akira sendoh said...

oohhh..just realize..dentuman rasa da ada di sini..:) still waiting ur penulisan el..besh..

ruby said...

el,amk award dr ruby..

http://161006zolby.blogspot.com