Monday, May 11, 2009

Bab 2: Pertama


Dia mengambil keputusan untuk ditempatkan di sekolah luar bandar sahaja. Mungkin sama sahaja mengajar di sekolah bandar dengan sekolah luar bandar pada telahan orang lain. Namun padanya, luar bandar mungkin lebih mendamaikan dan kurang mencabar jika hendak dibandingkan dengan sekolah di bandar.

Dia nekad mengajar di sekolah luar bandar kerana dia berasal dari bandar. Dia ingin merasai pengalaman menjadi seorang pendidik yang tinggal di luar bandar. Jauh dari hiruk-pikuk bandaraya. Di sinilah tempat yang diinginkannya.

Dia melangkahkan kaki masuk ke dalam kelas sambil diekori seorang pelajar. Langkahnya diatur kemas sejak dari bilik guru lagi. Dia gagahkan diri. Hari pertamanya membuatkan dia sungguh bersemangat. Mungkin terlalu teruja.

“Bangun semua.” Terdengar suara garau ketua kelas memberi arahan tatkala kelibatnya masuk ke dalam kelas..

“Assalamualaikum Cikgu.” Bergema seluruh kelas mengucap salam.

“Waalaikumussalam.” Sahutnya di sambut dengan semua pelajar duduk di kerusi masing-masing.

“Nama saya Cikgu Azizul. Saya guru baru di sini. Saya juga akan menjadi guru kelas kamu semua.” Ringkas, tetapi apa yang seharusnya disampaikan kepada pelajar, disampaikan dengan tepat.

“Wah, umur berapa cikgu?” Kedengaran suara nakal seorang pelajar perempuan.

“Dah kahwin?” Di sahut oleh seorang pelajar lain.

“Asal mana?” Seorang lagi pelajar bersuara.

“Umur saya 24 tahun, belum berkahwin. Saya bukan orang sini. Saya baru sahaja habis belajar.”

Tercegat berdiri sahaja remaja lelaki di sebelah Cikgu Azizul.

“Sebelum itu, saya nak perkenalkan pelajar baru di dalam kelas kita. Dia baru berpindah ke sini.” Semua mata terpanah ke arah pelajar baru. Ada sepasang mata yang memerhatikannya dari awal lagi.

“Sila perkenalkan diri kamu. Saya pun tidak kenal kamu.” Pinta Cikgu Azizul.

“Assalamualaikum semua. Nama saya Muhammad Amir Nurhakimi. Panggil Amir sahaja.” Pelajar itu memperkenalkan diri. Ringkas sahaja. Dihadiahi Amir kepada semua pelajar sebuah senyuman kelat.

“Kamu yang dibelakang tu siapa nama?” Cikgu Azizul memandang tepat ke arah meja di penjuru sebelah kanan. Tempat duduk itu kelihatan kosong.

“Saya ke Cikgu.” Pelajar itu kehairanan.

“Iyalah, kamu lah.”

“Azim.” Azim memperkenalkan dirinya.

“Sebelah kamu tu siapa yang duduk?” Tanya Cikgu Azizul.

“Hantu Cikgu” Azim melawak disambut dengan hilai tawa pelajar yang lain.


“Isk kamu ni.” Cikgu Azizul tersenyum.

“Amir, kamu boleh duduk di sana.” Perintah Cikgu Azizul kepada Amir.

“Terima Kasih.” Amir berjalan ke arah Azim mengambil tempat duduknya.

Sememangnya perjalanan setahun yang akan datang ini mungkin sangat menduga kesabarannya. Mungkin juga sangat indah untuk di kenang. Cikgu Azizul tersenyum sendiri. Sememangnya kerjaya seorang guru kelihatan indah dan mudah. Tapi bukan mudah untuk mendidik mereka yang sedang dalam fasa perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja.

************************************

“Cute la budak baru tu.” Anis memuji pelajar baru yang masuk ke dalam kelasnya.

“Kau ni dah kenapa Anis?” Auji tidak berpuas hati. Kenapa harus Anis memuji pelajar baru itu.

“Yerla, budak baru tu cute tau Auji.” Memek muka Anis menunjukkan yang dia sangat teruja dengan pelajar baru itu.

“Kau ni, rajin betul kau cuci mata tu. Apa kata kau tackle dia.” Auji memberi pendapat kepada Anis.

“Gila kau, si Azim tu nak letak mana?” Anis mencebik.

“Ala pasang la spare part. Kau ni macam tak biasa la pula.” Perli si Auji terhadap sahabat karibnya.

“Aku bukan macam kau.” Balas Anis.

“Macam aku kenapa pula?” Auji hairan.

“Kau tu cun melecun. Janda Wan paling meletop.” Anis Memuji.

“Wan kau jangan nak sebut. Lagi satu, janda-janda tak main ok. Aku masih anak dara sunti tau.” Auji sedikit berang. Tapi masih mampu dikawal.

“Rilek la Auji. Takkan sebut nama Wan pun nak melenting.” Anis cuba mententeramkan keadaan.

“Weh, aku tak suka la kau sebut pasal mamat kurus berangan handsome tu. Mentang-mentang la dia anak ketua kampung, budget dia paling hot la kat sekolah ni. Weh, budak Amir baru masuk tu lagi handsome dari dia la.” Tinggi Suara Auji.

“Auji, Apa kau cakap tadi?” Anis seperti kurang jelas.

“Erk, sorry terlepas cakap.” Auji cuba mengawal keadaan. Mukanya merah padam menahan malu.

“Oh, kau ada hati kat dia ye.” Anis menduga.

“Weh, kau jangan nak main tuduh-tuduh ya.” Auji cuba menegakkan benang yang basah.

“Hello sayang” Azim mencelah dari arah belakang Anis. Sedikit kaget Anis.

“Ha, laki kau dah sampai.” Auji mengubah tajuk.

“Siapa yang handsome tu?” Azim terdengar perbualan Anis dan Auji.

“Ni la awak, si Auji ni cakap Amir tu handsome.” Anis membocorkan rahsia.

“Kau nak kat dia ke Auji? Kalau nak aku boleh je nak rekemenkan?” Tanya Azim jujur

“Sorry la aku tak minat.” Auji mula mengatur langkah. Meninggalkan Azim dan juga Anis. Tidak mahu dipanjangkan lagi perbualan itu.

Pada zahirnya, dia tidak berminat langsung untuk mencuri hati lelaki itu. Dia biarkan saja. Itu adalah lebih baik. Tetapi hati Auji diruntun sesuatu.

Dia teringatkan kisah yang berlaku minggu lepas. Bagaimana hatinya telah dihancurkan seorang lelaki bernama Wan.

************************************

Auji lambat keluar dari sesi rehat kerana mengemas perkakas makmal kimia. Tiada orang di bangunan itu kerana ia terletak di bahagian paling belakang sekolah dan juga tiada kelas di situ selain satu bengkel kemahiran hidup, sebuah makmal fizik dan juga makmal kimia selain sebuah kelas yang paling hujung bersebelahan dengan makmal kimia.

‘Selesai pun kemas, sekarang masa untuk balik ke kelas’ Auji berbisik pada dirinya sendiri.

Kedengaran suara hilai tawa nipis seorang perempuan. Auji melihat sekeliling, kosong saja. Dijengahnya ke kelas kosong.

“Wan!” Auji separuh menjerit.

“Eh, Auji.” Wan tersipu. Seorang pelajar perempuan sedang membetulkan tudungnya.

“Wan, tak sangka wan buat Auji macam ni. Bercium dengan perempuan ni.” Airmata Auji mula berderai.

Auji hanya berdiri diam di pintu kelas kosong. Wan datang mendekatinya. Ditinggalkan pelajar perempuan itu berdiri kaku.

“Auji, Wan minta maaf. Wan tak buat apa-apa pun. Kita orang cuma borak-borak saja,” Wan kini berada betul-betul ada di depan Auji.

Auji tidak dapat menahan marahnya lagi.

‘Dush’ Sebuah tumbukan tepat di mata kanan. Wan mengaduh.

“Aku ingat, selama ni orang cuma nak buruk-burukkan kau depan aku. Semata-semata kerana sayangkan kau, aku tak kisah orang cemuh aku terima kau dalam hidup aku. Aku benci kau Wan Haq Danish. Kau boleh berambus dari hidup aku.” Dipandangnya muka pelajar perempuan itu pula. “Kalau kau nak sangat mamat ni Hana, kau ambil la. Aku tak ingin dah.”


Auji terus berjalan keluar. Airmatanya berderai. Hatinya dicarik-carik diperlakukan sedemikian.

“Boleh belah la perempuan.” Wan menempik dari jauh.

“Rileks la, Hana kan ada.” Hana menggedik.

Auji membiarkan sahaja dan terus berjalan. Hancur berkecai harapannya.

10 comments:

WaNz HaQQ said...

royalti using my name is 10% yer...
that's only for 1 chapter.. then next chapter cost you 15% boleh??

wan haq danish was too long la...

Nur Farhana Abdullah said...

Adoi.. Adoi.. Adoi.. Encik Zaffff.. Hak hak hak.. =p

El-Zaffril said...

Wan: mesti la panjang... sebab nak bagi sedap nama tu konon2...

Hana: Kata u tak kisah... hua hua hua

cik PELANGI . said...

uiks , dye punye 1 chapter 10% , saye SATU CERITA macam mane ? haha

Cik AniS GalaxY said...

ye ye
sejak saye dah berpunya nie
sye mmg x pdg laki lain...hahaha
zaff..
sekeh kang

El-Zaffril said...

Auji: Kalau 1 cerita free of charge... Org GG je mintak royalti... hua hua hua

Anis: Mengongkan I couplekan u dengan Azim...

ZaaRz said...

Lar, baru aku perasan name2 yang wujud dalam watak2 cerita ni.. T_T haha...

akira sendoh said...

hahaha..wujud rupanya nama2 yang diberi..keke

apezs shah said...

tah apezs kan ade wan nie hehee...:p

Ruslan Mohamed Nor said...

Mmg tak masuk akal