Auji memandu keretanya ke Sekolah Pengajian Siswazah. Hari ini merupakan hari pendaftaran pelajar baru semester 1 sesi pengajian 2008/2009. Hatinya tersenyum riang. Setelah beristikharah, inilah jalan yang ditunjukkan.
Setelah bergelumang dengan kerja selama 3 tahun sebagai seorang jurutera di syarikat swasta terkemuka milik Amerika, Auji mengambil keputusan untuk meyambung pengajian di peringkat sarjana. Sekadar di dalam negara sahaja pilihannya.
Tambahan pula, ekonomi yang sangat kurang mengizinkannya untuk terus bekerja. Lebih baik dia belajar dari terus bekerja kalau hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Setelah meletakkan keretanya. Dia cepat-cepat keluar dari isi perut kereta kelisa miliknya dan terus ke but kereta. Mahu mengambil segala dokumen untuk hari pendaftaran.
Sedang sibuk mencari segala dokumen-dokumen yang diperlukan. Terlihat sekeping potret remaja lelaki berusia 17 tahun. Gambar yang dimilikinya sejak 9 tahun lalu.
Tatakala terpandangkan lebuhraya Sungai Besi yang menjadi latar pemandangan di Sekolah Pengajian Siswazah, airmatanya bergenang. Teringatkan pemilik wajah di dalam potret itu
‘Amir nak Auji belajar rajin-rajin. Sampai PhD. Amir tak pandai macam Auji. Peperiksaan SPM hari tu pun tak tahu la dapat berapa. Lepas keluar keputusan nanti Amir ingat nak ambil kemahiran la. Di ILP ke. Tak pun di IKM ke. Tak apa kalau Amir mula dari bawah. Nanti lama-lama sama macam Auji juga. Auji sambung sampai PhD ye.’
Teringat pesan Amir padanya. 9 tahun juga Amir menghilang tanpa khabar berita. ‘Di mana Amir?’ Di hari pertama itu, airmatanya gugur buat sekian kalinya di bumi UPM.
Seraya dia menyapu airmatanya dan terus mengambil segala dokumen yang diperlukan. Dia menutup kembali but kereta belakang dan terus mengunci kereta menggunakan alat kawalan jauhnya.
Bergegas Auji ke kaunter semakan di hadapan bangunan Sekolah Pengajian Siswazah.
“Assalamualaikum” Auji memberi salam penuh sopan.
“Waalaikumussalam” Balas kerani itu.
“Saya nak mendaftar”
“Ada bawa semua dokumen?”
“Ada cik, ni semua salinan asal.”
“X-ray ada bawa untuk pengesahan?”
“Alamak, ada Cik tapi tertinggal dalam kereta. Nanti saya pergi ambil.”
“Ok, tak apa, adik pergi ambil dulu. Saya beri adik borang senarai semak pendaftaran ni, kemudian terus ambil nombor. Tekan butang A ye.”
“Terima kasih ye Cik.”
Auji memusingkan badannya untuk kembali ke tempat letak kereta. Tetapi…
“Ouch” Kedengaran suara garau lelaki.
Auji terlanggar sesusuk tubuh dibelakangnya. Jatuh bertaburan semua fail miliknya. Keadaan dirinya sungguh kelam-kabut.
“Maafkan saya.” Auji terus mencangkung sambil mengutip dokumen-dokumennya yang bertaburan.
“Tidak mengapa?” Jejaka itu terus mencangkung dan membantu Auji.
Mata Auji terus terpanah ke arah wajah jejaka berkaca mata di hadapannya. Auji menguntum sebuah senyuman. Lantas sebuah senyuman dibalas kepada Auji.
“Lain kali hati-hati ya. Jangan kalut. Awak ok?” Suara garaunya mengejutkan Auji dari lamunan.
“Saya tak ada apa-apa.” Balas Auji sedikit malu
“Kalau macam tu saya masuk dalam dahulu ya.”
“Terima kasih” Terkedu lidahnya.

Jejaka itu terus bangun dan Auji mengutip helaian dokumennya yang masih berbaki di lantai. Dia meninggalkan Auji tanpa sebarang bicara.
Matanya sedikit berkaca. Auji terus berdiri lantas dia terus menuju ke arah kereta. Air matanya terus merembes bagai empangan pecah. Tak dapat di tahan lagi.
‘Aku harus kuat’
11 comments:
Hey!!~
Uiks.. Next please
Hey!!~
Uiks.. Next please
hurm,
pembukaan cerita yg baik,
ik hik hik..
benar2 yer..
lagupun clust:)
next plzzzzzzzz
takk boleh belah. kalau lelaki itu,siapa pon mahuuuu. fiwiit
hahaha
memang penulis novel ni...hehhehe..
next plz......:-)
oh auji...! hehe ;)
ada beberapa word salah eja
Wanz Haqq: Every friday 12.00pm la. Kan telenovela...
Wanie: Ok ke?
Fiena: Memang tak bleh boleh...
Datin: Penulis rempit bakal seorang engineer
Anuar: Nak letak nama u Ape ye?
Anonymous: Ade salah eja ye...
ader org suke name sy lahh :)))
Auji: Nama u simple... tapi mengkonpiuskan... tak ape... let them konpius
Opening yang bagus... ;)
Post a Comment