Thursday, September 13, 2012

Laila Namamu Teratas Episod 19

‘Laila, are you sure you want to do this. Just hati-hati ya Laila, it is not gonna be that easy ya. Apa yang kau rasa betul, kau buatlah Laila. Aku akan sentiasa sokong kau.’ Pesanan khidmat ringkas yang dihantar Zakiah sewaktu Laila sedang memandu keretanya menuju ke Kompleks Kargo Sepang.

Laila memasuki parkir belakang Kompleks Kastam dan meletakkan kenderaannya di situ. Dia memandang wajahnya melalui cermin pandang belakang keretanya. Airmata yang membasahi pipinya dilap dengan tisu.

Usai memperkemaskan diri, keluar dari perut kereta kemudiannya mengunci dan memulakan langkah menuju ke pintu masuk pejabat Kastam.

Dikuaknya pintu dan terus melilau mencari mereka-mereka yang berbaju hitam belang ungu yang menjadi lambing warna syarikat penghantaran terkemuka itu.

“Abang, minta tolong.” Laila menegur seorang pekerja FedEx yang sedang duduk di meja menulis.

“Iya.”

“Tolong passkan pada Encik Zafuan bahagian customer service.”

“Ada tulis namanya.”

“Ada di hadapan.”

“Nanti saya passkan padanya.”

“Abang nama apa ya? Saya nak inform pada mereka yang saya dah serahkan pada abang.”

“Zul.”

“Oh, terima kasih Abang Zul.”

“Sama-sama.”

Laila melirik senyuman terima kasih kepada lelaki itu seraya keluar dari pejabat Kastam KLIA. Selepas keluar dari pintu utama pejabat itu, dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan yang disandangnya sejak tadi. Didailnya satu nombor.

Trut trut

“Hello FedEx.”

“Boleh sambungkan kepada Encik Zafuan?”

“Boleh saya tahu siapa di talian.”

“Laila.” Jawab Laila ringkas.

“Sebentar ya.”

Laila menanti penuh sabar sambil mendengar lagu Dato’ Sharifah Aini pula yang diputarkan kali ini. Suara lunaknya mengingatkan Laila kepada ibunya yang sangat meminati biduanita itu.

“Maaf Cik Laila, Encik Zafuan sudah keluar.”

“Oh. Dah keluar ya.”

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu.”

“Saya nak beritahu yang borang K1 saya dah serah kepada Encik Zul. Itu saja.”

“Baiklah Cik Laila, nanti saya akan cek dengan Encik Zul ya.”

“Terima kasih.”

“Sama-sama”

Laila memutuskan panggilan, kecewa dia tidak dapat mendengar suara Zafuan lagi untuk hari ini.

‘Babe, he is on his half day. Frustrated.’ Laila menghantar pesanan ringkas itu kepada Zakiah.

Laila melangkah longlai ke keretanya. Dia kecewa. Rancangan asalnya, dia mahu membuat kejutan bertemu dengan Zafuan sesudah kerja. Tetapi rancangan itu terpaksa dibatalkan.

‘Don’t worry, the world is round. You’ll meet him one day. Malam ni jom melantak steamboat. Flaming steamboat, my treat.’ Balasan pesanan ringkas yang dihantar oleh Zakiah.

‘Ok, sure. I’m going back straight away.’

Laila menghidupkan keretanya dan memulakan perjalanan pulang ke rumah. Hatinya tiba-tiba rasa kehilangan.

“Zaf, kenapa kau tak pernah nak tunggu aku.” Laila mengeluh.

No comments: