Friday, May 8, 2009

Bab 1: Miang


Amir mundar mandir di Hentian Puduraya yang penuh dengan berduyun-duyun manusia yang mahu pulang ke kampung halaman. Memandangkan minggu itu bermulanya cuti pertengahan semester pertama sesi persekolahan 1999. Semua mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Amir pula, mahu melawat Nenek yang berseorangan di kampung setelah kepulangan Atuk ke rahmatullah pada bulan Jun tahun lepas.

Jam menunjukkan lagi 10 minit menuju tepat jam 10.30 pagi. Masa untuk menaiki bas. Lantas dia mengambil keputusan untuk turun ke platform tempat menunggu bas.

“Adik, naik bas ke Batu Pahat ye?” Seorang lelaki menegur Amir dari belakang.

“Ye, saya.” Amir menyahut sedikit kaget.

“Bas belum sampai lagi?” Sambung lelaki itu sambil menyapu lembut janggutnya yang kasar.

“Nampak gayanya belum la abang.” Amir rasa malas melayan lelaki itu. Dia merasakan sedikit tidak selesa.

Perbualan mereka terhenti di situ. Tidak berapa lama selepas itu.


“Itupun bas dah sampai”. Sahut lelaki itu ketika terlihatkan kelibat bas yang ditunggu

Amir diam sahaja. Dia rasa tidak perlu nak melayan orang-orang yang tidak dikenali.

Amir hanya membawa beg galas belakang yang agak besar isinya. Dia masuk ke dalam perut bas dan terus mencari tempat duduknya. Dia selesa memilih tempat duduk paling belakang. Padanya, lebih selesa di belakang.

Bas mula bergerak. Tidak ramai penumpang hari itu. Amir teringat perbualannya bersama ayah minggu lepas.

“Ayah, Kimi nak balik kampung rumah nenek boleh tak ayah?” Pinta Amir sewaktu bersama-sama menonton televisyen bersama ayahnya. Kimi panggilan Amir di rumah.

“Kenapa kamu nak balik rumah nenek?” Ayah Amir sedikit kaget dengan permintaan anaknya itu.

“Kimi nak jaga nenek la ayah.” Amir beralasan.

“Kamu nak duduk terus dengan nenek?” Encik Razak penuh tanda tanya.

“Ayah benarkan ke?” Amir terasa sedikit girang. Semamangnya dia kasihankan neneknya di kampung sendirian.

“Pelajaran kamu nanti macam mana?” Encik Razak sedikit kerisauan.

“Kimi sekolah di kampung saja la ayah.” Sememangnya Amir tahu, pelajarannya tidak segah abang dan kakaknya.

“Tapi sekolah di kampung lain Kimi.” Ayahnya cuba meyakinkan anaknya.

“Abang, kasihankan mak. Duduk seorang di kampung. Sekurang-kurangnya kalau Kimi ada di kampung bolehlah dia tengok-tengokkan Mak Abang di kampung. Tak adalah kita ni risau dia seorang sahaja di sana.” Puan Fatimah datang dari arah dapur memberikan pendapat. Sambil membawa minuman.

“Habis tu pelajaran si Kimi ni macam mana?” Hati Encik Razak berbelah bagi.

“Abang, percaya pada anak kita. Jangan paksa dia sangat. Saya yakin dia mampu buat dan sudah tahu apa yang terbaik untuk diri dia.” Puan Fatimah cuba meyakinkan suaminya.

“Suka hati kamu lah. Anak kamu.” Encik Razak tidak mahu memanjangkan perbincangan. Dia sememangnya lebih banyak menurut sahaja keputusan isteri walaupun kadang-kadang dia kurang bersetuju dengan pendapat isterinya.

“Kalau Kimi duduk kampung, motosikal Kimi tu macam mana?” Amir memohon simpati pada ibunya.

“Kamu belum ada lesen. Ayah tak benarkan kamu bawa.” Encik Razak membantah.

“Abang, kalau dia di kampung macam mana dia nak bergerak. Mak bukan ada kenderaan pun. Yang ada pun basikal. Macam mana dia nak ke sekolah?” Puan Fatimah tidak sependapat.

“Suka hati kamulah Cik Fatimah. Bagi saja apa dia nak.”Encik Razak mengalah sekali lagi.

“Nanti ibu poskan motosikal, dengan barang-barang Kimi. Urusan perpindahan sekolah nanti ibu uruskan esok.” Puan Fatimah rela hati membantu. Bukanlah dia tidak sayangkan anaknya yang bongsu itu. Tapi dia merasakan yang ibu mertuanya di kampung harus diberikan perhatian.

Sejak hari itu, ayah Amir hanya berdiam. Ibu Amir yang menguruskan segala urusan perpindahan Amir ke kampung neneknya. Dari urusan perpindahan sekolah termasuklah urusan pos motosikal dan juga penghantaran sebahagian pakaian sekolahnya.

“Kimi, jaga kelakuan elok-elok di kampung. Jangan tinggal sembahyang. Ikut cakap nenek. Ayah bukan tak suka kamu duduk kampung. Tapi ayah nak yang terbaik untuk anak ayah. Kamu dah 16 tahun dah. Dah boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk. Jaga nenek elok-elok, jangan susahkan dia. Apa-apa hal nanti ayah akan telefon Kimi dan Nenek” Itulah pesan ayah Amir sewaktu bersarapan pagi tadi. Sememangnya dia akan ingat setiap pesanan ayahnya.

“Boleh duduk sebelah.” Lelaki yang ditemui Amir di Puduraya meminta duduk disebelahnya. Lamunan Amir terhenti di situ sahaja.

“Duduklah, bukan ada orang pun.” Amir malas melayan. Dia terus melayan perasaan ke arah luar. Melihat hiruk pikuk manusia menaiki bas pulang ke destinasi masing-masing.

“Aku ni kerja juruterbang.” Kata lelaki itu dengan bangga.

“Oh” Amir semakin jelek. Sememangnya dia kurang gemar orang yang membangga diri.

Bicara mereka terhenti di situ. Amir terus melayan perasaan. Bas mula beredar meninggalkan hentian puduraya.

“Banyaknya duit.” Lelaki itu cuba menarik perhatian Amir. Dia mengeluarkan not-not Satu ringgit yang begitu tebal. Entah berapa jumlahnya. Mukanya sedikit bongkak. Amir tidak menghiraukan gelagat manusia seperti itu.

“Yang ni kalau hilang naya ni.” Sekeping not satu ratus ringgit terselit di antara not-not satu ringgit. Amir tidak mengendahkannya. Dia malas mahu melayan ragam manusia seperti itu.

Perjalanan bas baru sahaja melewati Plaza Tol Sungai Besi. Amir terus melelapkan matanya.

Tiba-tiba Amir terasa sesuatu menjalar di pehanya. Amir membuka mata. Sekadar menolak tangan itu dengan baik.

“Tak suka ke?” Lelaki itu tersenyum gatal.

Amir melelapkan semula matanya. Dirasakan itu sudah cukup untuk memberitahu pemuda berlagak itu. Baru beberapa minit dia melelapkan mata, tangan itu semakin bertindak ganas. Hati Amir panas. Dia membuka mata seraya bangun dari tidurnya dan berdiri.

“Kau kalau nak duduk sebelah aku. Duduk elok-elok. Jangan nak buat perangai macam ni. Kau ingat kau kerja pilot, duit berkepuk-kepuk aku hairan sangatlah. Kau buat lagi sekali aku debik kau. Ni amaran, kalau dengan orang lain kau boleh la buat sesuka hati kau. Dengan aku, kau jangan nak main-main. Silap hari bulan, pecah telur kau.” Amir sangat berang.


“Apa hal kat belakang tu?” Sahut pemandu dari tempat duduk pemandu. Semua penumpang memandang tepat ke arah Amir.

“Ni ar abang. Lelaki ni gila seks. Ada ke patut dia raba saya. Gila gay mamat ni.” Sedikit tinggi suara Amir sambil menjuihkan bibirnya ke arah lelaki itu.

“Sekarang ni aku nak kau belah dari tempat duduk sebelah aku ni. Cari tempat lain yang kosong. Banyak lagi tempat kosong kat depan tu.” Amir tidak puas hati.

Lelaki itu terus berpindah tempat. Amir terus duduk. Hatinya terbungkam rasa panas diperlakukan sedemikian. Sekurang-kurangnya dia mengambil keputusan yang drastik. Dia tidak menyangka dalam usia 17 tahun diperlakukan sedemikian. Tambahan pula dia seorang lelaki.

Keadaan di dalam bas sedikit kecoh. Penumpang yang lain mula berbisik. Amir tidak mengambil endah semua itu. Dia cukup dewasa dari usia sebenar. Pengalaman hidup pasti akan mendewasakan dia.

Tanpa Amir sedari, ada sepasang mata yang memerhatikannya sejak dari peristiwa itu sehingga ke destinasi.

7 comments:

cik PELANGI . said...

mamat gayy .
muahahaha !

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Adesh.. Mmg miang.. Ptot debik jek.. Huuhuu.. Encik Zaff.. Pnjangkn laa lg bab2 nih.. Hak hak hak.. =p

WaN HaQQ said...

Zaff kata:

Amir mundar mandir di Hentian Puduraya yang penuh dengan berduyun-duyun manusia yang mahu pulang ke kampung halaman.


Komen Wan:

Amir mundar mandir di Hentian Puduraya yang penuh dengan manusia yang berduyun-duyun mahu pulang ke kampung halaman.


tetap kan??

JR said...

uihhh....geii....

El-Zaffril said...

Cik Pelangi: Tuh la... gedik ar mamat gay tu berangan kaya...

Farhana: Tak bleh la lebih-lebih, cukup la tu. Nanti panjang plak ceritanya...

Wan Haq: U tunggu ok watak u ok...

Amir: Memang geli pun... hahaha

Unknown said...

apa?
MAMAT GAY!!!

i like,
hik hik hik

teruskan menulis novel dear:)

El-Zaffril said...

Wanie: Perlu ke u like GAY!!!