Tuesday, October 19, 2010

Loro: Jilbab Episod 17



Tajuk : Jilbab
Penulis : El-Zaffril
Cerita ini juga boleh dilayari di Seindah Dunia Kita (Klik Sini). Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8.08 malam. Chendana Episod 17 akan disiar pada 21 Oktober 2010.

Jilbab (Episod 17)

“Uth”

“Iya Nur.”

“Ummm, kalau kita tak jumpa jasad Nur, adakah Nur akan terus begini?”

Nur mengeluh panjang, keadaannya begitu entah sampai bila pun dia tidak ketahui. Nafasnya disedut dalam-dalam, menenangkan fikirannya yang sedang berkecamuk.

“Entah Nur, Uth pun kurang pasti. Tapi kita kena cari jasad Nur sampai jumpa.”

“Uth, kita nak cari di mana lagi ni?” Nur putus harapan, sudah berkali-kali dia mencuba untuk mengingati, tetapi gagal. Bibirnya terherot ke kiri dan ke kanan sambil otaknya ligat berfikir.

Uthman menjengketkan bahunya. Ini sudah kali kedua mereka berdua turun naik hospital sekitar Kuala Lumpur. Mencari jasad Nur yang sedang tidur nyenyak tanpa diketahui di mana jasad itu berada.

“Tak tahulah Nur. Uth pun dah buntu.”

‘Sayang betul. Muka kacak tetapi gila. Pakai smart, tetapi otak mereng. Kasihan-kasihan.’ Uth mendengar suara hati manusia yang baru berselisih dengannya. Dia tersenyum sendirian, sudah biasa benar diperkatakan sedemikian. Dia sudah lali sejak dikurniakan kononnya mukjizat dari Seri itu. Ada yang tersenyum memandang tanpa mengejek di hati, ikhlas dan jujur senyuman itu.

Uthman melajukan langkahnya beberapa langkah di hadapannya. Sekali-sekala beg sandang tepi berwarna coklat dibetulkan kedudukannya. Beg berjenama itu di beli di Jalan Petaling, tempat yang popular dengan barangan cetak rompak.

Matanya melilau-lilau memerhatikan kedai-kedai di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman. Matanya terpanah ke sebuah kedai menjual tudung. Dibelek-belek tudung yang bergantungan di hadapan kedai.

Seteleh puas membelek-belek tudung yang tergantung, lalu dia memilih satu tudung berwarna biru muda. Dia tersenyum sendiri melihat tudung itu, biru muda sememangnya warna kegemarannya.

‘Ini kalau aku suruh Nur pakai mesti cantik. Mesti lebih manis.’ Uthman mengalihkan pandangannya ke arah Nur sambil tersenyum.

“Nur.” Uthman hilang arah bila Nur lenyap dari pandangannya. Dia berlari ke tengah jalan mencari Nur yang hilang kelibat dari matanya.

“Nur!”

Berpusing-pusing Uthman mencari Nur. Kemudian dia berlari semula ke kedai tudung tadi, dia masuk ke dalam kedai mencari Nur. Setiap penjuru kedai itu dimasukinya. Dia meletakkan kembali tudung yang diambilnya tadi di tempatnya.

“Kau ambil ini.”

Uthman terkejut lalu memusingkan badannya ke arah suara itu. Seorang wanita berusia lingkungan 80an berbaju kurung dan berkain batik beserta tudung selimpang sedang menghulurkan satu bungkusan kepadanya.

“Kau siapa?”

“Kau tak perlu tahu aku siapa. Kau ambil bungkusan Ini. Penyelesaiannya nanti ada di situ.”

Uthman teragak-agak mahu mengambil bungkusan itu. Matanya terarah ke bungkusan itu, sekali-sekala mata wanita yang layak digelar nenek itu dipandang. Ragu dan bimbang jika wanita itu berniat jahat terhadapnya.

“Kau ambil satu nyawa untuk kembalikan satu nyawa.”

“Uthman!”

Satu jeritan dari luar kedai tudung itu memanggilnya. Dia mengalihkan pandangannya keluar kedai. Suara itu di amati betul-betul, satu suara yang amat dikenalinnya. Dia tersenyum lalu memandang ke arah nenek.

‘Hilang dah nenek tu.’ Uthman berbisik dalam dalam hati. Nenek yang tadi ada di hadapannya lenyap sekilas pandang.

“Iya, ada apa yang boleh saya bantu.” Seorang pembantu kedai menghampirinya.

“Er... er... saya nak beli tudung ini.” Cepat-cepat Uthman mengambil tudung berwarna biru muda yang dipegangnya tadi.

“Dua belas ringgit.” Kata pembantu itu lalu mengukir sebuah senyuman.

Uthman menyeluk poketnya, terdapat dua keping not RM10 lalu dihulurkan kepada pembantu kedai. Pembantu kedai itu menyambut duit yang dihulur Uthman.

“Sekejap ya, kakak bungkuskan untuk adik dengan bagi semula wang baki.”

Uthman berdiri kaku apabila pembantu kedai itu membuka langkah ke kaunter pembayaran. Fikirannya tiba-tiba menjadi kosong, tidak tahu apa yang difikirkannya.

‘Kau gunakan sebaik mungkin bingkisan itu. Semua untuk sekali saja, tapi kau harus ambil baru memberi.’ Bisik suara itu di telinga Uth.

Uthman mengangguk tanda faham, beg sandangnya mula terasa berat secara tiba-tiba. Dia tahu, itu berpunca dari penambahan beban yang datang dari bingkisan yang dimasukkan secara misteri oleh wanita tua itu. Lalu dibiarkan sahaja bingkisan itu disitu.

“Nur pergi mana?”

“Uth, Nur dah tahu di mana Nur.”

Nur tersenyum girang, dia kini dapat mengawal kurniaannya dan menjaga diri dengan kelebihan yang dimilikinya.

“Di mana?”

“Jom.”

“Kejaplah. Uth nak ambil duit baki.”

Pembantu kedai itu datang merapainya, memberikan sehelai tudung yang sudah siap dibungkus dan yang baki sebanyak lapan ringgit.

“Untuk siapa itu.” Nur tidak sabar ingin mengetahui barang yang dibelinya untuk siap

“Adalah.” Uthman tersengih-sengih lalu berlalu pergi meninggalkan Nur.

“Bencilah Uth ni.” Nur memeluk tubuhnya.

“Bencilah, Uthman tak hairan pun. Biar Seri datang.” Uthman mencebik.

“Uth Jahat.” Nur cepat-cepat berlari mendapatkan Uthman.

Bersambung

No comments: