Wednesday, September 12, 2012

Laila Namamu Teratas Episod 18


‘Tuk tuk tuk…’

“Iya Pakcik.”

“Ni yang Laila suruh Pakcik buat semalam. Dah siap dah.”

“Terima kasih Pakcik.”

Ada apa-apa lagi Laila nak suruh Pakcik buat?”

“Tak ada apa-apa lagi Pakcik. Nanti kalau ada apa-apa, Laila telefon bilik Pakcik ya.” Laila sengaja mengusik dengan mengenyitkan matanya kepada Pakcik Ismail yang sudah berusia lewat 50an. Tapi tingkahlakunya masih lagi muda dan gatal.

Satu pejabat tahu Pakcik Ismail lelaki gila seks dan suka berbual perkara-perkara lucah dengan pekerja-pekerja wanita di pejabat milik Zakiah. Sungguhpun demikian, dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas mana-mana pekerja wanita. Hanya melalui kata-katanya sahaja. Ada yang mengambil jalan selamat untuk tidak melayan Pakcik Ismail langsung.

Laila mengangkat gagang telefonnya dan mendail nombor syarikat penghantaran barang terkemuka dunia itu.

Trut trut.
“Hello FedEx, Lydia di sini. Boleh saya bantu.”

“Hello Lydia, saya Laila. Boleh sambungkan talian kepada Encik Hafiz.”

“Eh, tak ada orang nama Hafiz bekerja di sini Cik Laila.”

“Tapi kelmarin dia baru telefon saya untuk buat clearance kastam.”

“Betul Cik Laila. Tak ada. Dah tiga tahun saya kerja di sini, tapi tak ada seorang pun nama Hafiz bekerja di sini.”

Laila terdiam seketika. Terpinga-pinga dia memegang gagang telefon pejabatnya.

“Hello Cik Laila. Masih di talian?”

“Aa.. ada… ada…” Laila sedikit terkejut.

Ada apa-apa yang saya boleh tolong kalau begitu. Tak pun, saya boleh buat clearance kastam untuk syarikat Cik Laila.”

“Saya nak pulang semula boring K1 Kastam ni.”

“Ok, macam ni. Cik Laila boleh hantar semula melalui pos kepada kami. Atau palung mudah, Cik Laila datang sahaja ke complex kargo kastam. Kat sana nanti, Cik Laila serah pada staff FedEx di sana.”

“Owh, kalau macam tu. Saya serah saja pada staff FedEx di sana.”

“Nanti letak dalam sampul surat dan tulis nama saya di muka hadapan surat ya. Kadang-kadang mereka ni lupa untuk siapa. Bila dah serahkan tu, Cik Laila ambil nama mereka dan telefon saya semula. Bukan apa, takut hilang pula borang tu.”

“Baiklah.” Jawab Laila ringkas.

Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu Cik Laila?”

“Tak ada.”

“Terima kasih Cik Laila.”

“Sama-sama.”

‘Klik…’

Gagang diletakkan. Laila menyandarkan badannya di kerusi empuk biliknya. Dia masih lagi terpinga-pinga siapakah Hafiz yang telah menelefonnya. Tiada seorang pekerja bernama Hafiz pun bekerja di sana.

“Laila…”

“Hah Zek, terkejut aku.” Laila menggelabah.

Zakiah menggelengkan kepalanya dan ketawa kecil melihatkan gelagat sahabatnya. Terasa lucu dengan sahabatnya itu.

“Tengahhari ni aku tak dapat nak join kau lunch. Kau lunch lah dengan sesiapa. Aku ada lunch appointment dengan En. Rahman.”

“Oh, Aku nak ke Kargo KLIA after lunch. Mungkin bungkus McD saja. Makan on the way.”

“It’s good then. Aku cau dulu.”

“Hati-hati Zek, lelaki tu gatal gila.”

“I know how to handle him my dear.”

Zakiah meninggalkan bilik Laila. Bunyi hentakan kasut tumit tingginya bergema di seluruh ruang pejabat tingkat dua.

‘Siapa sebenarnya Hafiz ya?’ Teka-teki Laila tiada jawapan. Tugas-tugas lain di atas meja terus dilupakannya. Fikirannya terus berputar mencari siapakah manusia bergelar Hafiz.

Gagang telefon diangkatnya lagi sekali. Dia terus mendail nombor telefon milik FedEx.

“Hello FedEx.” Lembut dari nada bicara wanita yang menjawab dari hujung talian.

“Hello, boleh sambungkan talian kepada Encik Zafuan?” Berdebar-debar Laila membuat panggilan rambang itu.

“Boleh saya tahu siapa di talian?”

“Saya Zulaikha dari Maybank, Shah Alam.” Laila menyamar untuk menembusi talian itu.

“Untuk apa tu ya Cik Zulaikha.”

“Berkenaan pinjaman kereta.” Terketar-ketar suara Laila menipu untuk bercakap dengan Zafuan. Dia yakin, Hafiz adalah Zafuan.

“Ikutkan kami tak boleh transfer panggilan ini. Tapi tak mengapalah, Cuma saya ingin mengingatkan, semua panggillan di rakam. Jadi Cik Zulaikha, saya benarkan Cik Zulaikha bercakap kurang dari satu minit ya.” Terang wanita yang menjawab panggillan itu.

“Baiklah.” Jawab Laila ringkas.

“Sebentar ya.”

Laila menanti demngan penuh debar. Waktu yang berjalan hanya beberapa saat dirasakan terlalu lambat bergerak. Dari corong telefon, kedengaran lagu Siti Nurhaliza sedang bekumandang menghiburkan pemanggil yang menanti di talian.

“Hello, Hafiz sedang bercakap, boleh saya bantu?”

“Zaf?” Laila cuba mendapat kepastian.

“Ya, Zafuan di sini. Boleh saya tahu siapa di talian.”

“Zaf, ini Laila.”

Tiada reaksi dari hujung talian itu. Zaf yang tadinya bersuara ceria menjawab panggillan. Kelopak mata Laila mula digenangi air.

“Zaf, Laila ni. Laila nak jumpa Zaf.”

“Maaf Cik Laila, saya tak kenal awak dan saya tak dapat menjawab panggillan yang bersifat peribadi. Saya bukan Zafuan yang awak cari.”

‘Tut… tut… tut…’

Panggillan diputuskan. Laila memusingkan kerusinya memandang keluar. Betapa dia tidak mahu sesiapa perasankan yang dia sedang mengalirkan airmatanya. Laila mengambil telefon bimbitnya dan segera dia menaip pesanan ringkas.

‘Zek, I just call Zafuan. He’s working at FedEx.’

No comments: