Thursday, December 23, 2010

Laila Namamu Teratas Episod 10




“Cantiknya rumah kau Zek.” Laila teruja ketika berdiri di depan pintu pangsapuri Zakiah. Beg beroda hitam yang ditarik terhenti ketika Laila terpacak di hadapan pintu pangsapuri Zakiah.

“Cantik ya, Terima kasih banyak-banyaklah. Sila masuk ya Cik Laila.” Zakiah mempersilakan Laila masuk.

“Tahulah kau tu suka warna merah. Habis satu rumah kau cat warna merah.” Perli Laila selepas melangkah masuk ke dalam pangsapuri Zakiah. Setiap perincian rumah itu leka menarik pemerhatiannya. Perabot yang digunakan Zakiah ringkas sahaja, sebuah suasana ruang tamu.

“Kau jangan banyak cekadak ya Laila. Nanti ada orang tidur tepi jalan malam ni nanti.” Zakiah mencekak pinggangnya, dikerutkan dahinya geram.

“Ok ok.” Laila

Laila masih lagi terpesona sedari melangkah masuk ke dalam pangsapuri milik Zakiah. Tidak sekalipun dia berkelip memerhati sekeliling rumah yang bercat merah seakan-akan merah warna kotak rokok Dunhill. Tatacahaya lampu yang menerangi seluruh dalaman apartment menyerlahkan kemewahan pangsapuri Zakiah.

“Tinggi betul citarasa kau kan.” Laila memandang ke arah sahabat baiknya pula.

“See the butt la.” Zakiah menepuk punggungnya.

Laila ketawa melihat gelagat sahabatnya menepuk punggung dengan aksi yang sungguh seksi. Dia menutup daun pintu dan di kunci.

“Dah dah. Yang itu bilik kau. Yang lagi satu tu bilik aku. Yang last bilik tu, aku buat bilik komputer dengan bacaan.” Zakiah menunjukkan bilik untuk sahabat baiknya itu berserta bilik-bilik yang lain.

Laila senyum lagi memandang Zakiah. Dirinya berasa bersyukur dikurniakan sahabat sebaik Zakiah.

“Wow, aku sukalah rumah kau ni. So berapa kau nak charge sewa pada aku?” Laila masih gelisah tentang sewa yang bakal dikenakan sahabatnya itu.

“What about Ringgit Malaysia seven hundred and fifty per month?” Zakiah menekup mulutnya. Terasa lucu dengan nilai harga yang diberikan kepada Laila.

“Kau gila? Macam ni baik aku duduk rumah sendiri. Aku sewa sendiri.” Laila menjengilkan matanya, terkejut dengan nilai yang dinyatakan Zakiah. Tidak pernah dia menyangka sewa bilik untuk sebuah apartment semahal itu.

“Kau sajakan nak menindas aku. Aku tahulah aku ini perempuan kampung yang melukut di tepian gantang.” Sambung Laila.

“Darling, aku gurau saka. Aku nak kau jaga rumah ni macam rumah kau sendiri. Itu saja. Lepas tu, pandai-pandailah kemas, masak, basuh baju, beli barang dapur ya. Macam mana aku jaga rumah ini, macam itulah juga kau jaga rumah aku. ” Zakiah memeluk bahu Laila dengan tangan kanannya sambil mendorong Laila melangkah ke kawasan ruang tamu.

“Yerlah. Aku jadi bibik kau sebab duduk free.” Laila mencebik.

Zakiah melepaskan rangkulan tangan kanannya di bahu Laila lalu berjalan ke arah dapur tanpa memandang ke arah laila.

“Laila, aku tak kisahlah. Dah, pergi mandi. I prepare the dinner.” Perintah Zakiah.

“Wah, ni yang best ni.” Laila menjilat bibirnya.

Laila berjalan menuju ke biliknya dengan wajah yang sangat gembira. Betapa jalan hidupnya dipermudahkan sejak akhir-akhir ini. Dia bersyukur teramat sangat.

“Kau masak apa?” Tanya Laila ketika terhenti seketika selepas memulas tombol pintu biliknya.

“Macaroni cheese saja.” Laung Laila dari dapur.

“Ok, its good enough for dinner.” Laila masuk ke dalam biliknya lalu pintunya di tutup rapat,

Biliknya lengkap berperabut, sebuah meja solek, sebuah katil bersaiz permaisuri berserta tilam lengkap dengan cadar, selimut dan bantal-bantal. Sebuah almari baju juga diletakkan di dalam bilik itu. Di sisi katil diletakkan lampu tidur.

‘Semua kau mahu letak merah kan.’ Bisik Laila dalam hati setelah menyandarkan beg pakaiannya di dinding dan kemudian dia menjatuhkan beg tangannya di sisi beg pakaiannya.

Matanya terpanah ke dinding atas kepala katil. Di atas kepala katil, di gantung sebuah gambar yang dicetak pada saiz besar, memaparkan gambar ketika di tahun akhir pembelajaran bersama rakan-rakan seangkatan yang lain. Gambar diambil diminggu-minggu terakhir lewat semester berlokasikan padang hoki kampus berlatarkan lot parkir kereta mengundang semula memori Laila.

‘Mana kau Zafuan.’ Desis Laila dalam hati ketika menyentuh wajah Zafuan terpotret di dalam gambar itu.

No comments: