Wednesday, June 3, 2009

Bab 9: Nota

“Kau ada dengar cerita tak Auji pasal adik kau?” Pagi-pagi sampai di meja kelas, Anis terus bertanya soalan cepu emas tentang adik Auji, Wani.

“Cerita pasal apa?” Auji kehairanan. Entah cerita apa pula yang Anis dengar dari orang.

“Adik kau skandal dengan Cikgu Azizul. Wah, mantap adik kau. Dapat Cikgu Azizul tu. Dah lah hensem. Kacak, Bergaya.” Gaya Anis menyampaikan berita panas seperti Ogy Ahmad Daud dalam rancangan Melodi.

“Sesuai la dengan adik aku.” Ringkas sahaja balasan Auji.

Auji tertunduk. Jenuh Auji memikirkan sejak bila adiknya bercinta dengan Cikgu Azizul. Tiada apa yang pernah sampai di telinganya tentang sejauh mana hubungan Wani dengan Cikgu Azizul. Wani tidak pernah menceritakan apa-apa pun. Cuma makan-makan dengan Cikgu Azizul dan Cikgu Azizul menghantarnya pulang.

“Kau ni Anis. Cepat sangat percaya gosip la. Adik aku baru tingkatan tiga. Baru 15 tahun. Cikgu Azizul tu dah 24 tahun. Jauh benar beza umur dia orang tu. Tak sesuai la. Lagipun adik aku tu nak periksa tahun ni.” Auji mempertahankan adiknya.

“Betul juga ya.” Anis berfikir sejenak.

Mereka kehilangan kata-kata. Auji sibuk membaca buku rujukan yang dibukanya sejak sampai tadi.

“Eh, kau dengan Amir apa cerita?” Anis mengubah cerita. Sudah lama dia tidak mendengar kisah Auji dan Amir.

“Aku dengan Amir?” Auji pelik melihat sahabatnya. Tiba-tiba bertanyakan tentang dirinya dan Amir. Tidak pernah satu pun dirahsiakan daripada Anis.

“Iya lah. Aku pun nak tahu juga. Sejak hari yang dia ikut kau tu. Lepas tu dia luahkan perasaan semua tu, terus senyap. Tak tahu apa jadi dengan kau dengan dia. Dah sebulan dah ni.” Anis penuh minat.

Auji senyap. Dia melepaskan sebuah pandangan agak lama keluar dari kelasnya. Matanya merenung tajam. Entah apa yang dipandangnya.

“Aku tak tahu la. Aku suka pada dia. Tapi tak tahu nak kata macam mana. Aku keliru. Periksa dah dekat.” Auji melepaskan sebuah keluhan di atas buku rujukannya.

“Apa kata kau luahkan pada dia. Kau cakap apa yang terbuku dalam hati kau tu. Sekurang-kurangnya, kau tak adalah nak memendam rasa.” Anis memberi pendapat.

“Kau rasa ok tak, kalau suruh dia datang rumah aku?” Auji mohon pendapat kali ini.

“Aiks, nak suruh dia pinang kau ke?” Anis cuak. Auji seperti tidak sabar mahu bernikah.

“Isk kau ni, mengarut saja.” Auji tertunduk malu.

“Ok, apa kata kau bagi surat pada dia.” Cadang Anis untuk memudahkan keadaan.

“Aku bagi nota kecil sahaja lah.” Auji mengambil sekeping kertas kecil.

“Ok, nanti aku pass kan pada Amir.” Anis menawarkan diri.

Anis membiarkan Auji menulis sekeping nota untuk Amir. Tanpa sedikit pun dia memandang pada tulisan Auji itu. Auji hanya terus menulis. Selesai menulisnya, Auji melipatkan dengan kemas.

“Ok, dah siap. Tolong bagi pada dia ya.” Auji menguntum sebuah senyuman pada Anis.

Anis bangun dan terus berjalan ke arah Amir.

“Nah Amir. Untuk kau.” Anis menyerahkan sekeping nota kepada Amir. Lantas dia berlalu pergi.

Amir hanya diam. Membiarkan Anis meletakkan nota di atas mejanya. Direnungnya sekeping kertas kecil. Lama dibiarkan.

Lebih sebulan Amir berdiam diri. Auji juga sunyi sepi. Malu bila berhadapan dengan Auji atas apa yang berlaku bulan lepas. Setiap kali ternampak Auji, Amir akan mengalihkan pandangannya.

Amir melepaskan pandangannya keluar. Jauh sayup melihat ke arah pekan dari tingkat empat. Kadangkala, tersapa lembut angin pagi.

Dipandangnya sekali lagi nota kecil di atas mejanya. Diambil dan dibuka lipatan nota itu dengan kemas.

Setelah membacanya, dia memandang keluar lagi sekali. Teringat janjinya pada Faris dan Remi hujung minggu. Lantas dia teringatkan saat perkenalannya dengan Faris dan Remi di awal dia di kampung.

*************************************

“Beb, apa hal dengan motor kau?” Sebuah motosikal berhenti disebelahnya. Kelihatan ingin membantu.

“Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba meragam. Aku pun pelik.” Amir hairan.

“Tak apa, jom la. Datang rumah aku. Aku boleh tengok-tengokkan. Rumah aku depan tu.” Dia menawarkan diri pada Amir untuk membantu. Apa-apa saja yang boleh dibantu.

“Sebelum tu nama aku Amir. Nama kau?” Amir memperkenalkan diri.

“Aku Faris. Yang ni Adik aku Remi.” Remi hanya mengangguk.

Faris dan Remi menghulurkan tangan. Disambut baik dengan Amir. Itulah antara kawan-kawan terawal yang pernah Amir kenali.

“Jom lah. Aku tolong kau tolak motor kau tu.” Faris menolak motor dari belakang. Amir menolak dari sisi. Remi terus pulang dengan membawa motor Faris.

“Kau duduk mana?” Tanya Faris selepas perasan yang Amir sedikit pendiam.

“Aku duduk Kampung Parit Tengah.” Amir hanya tertumpu pada jalan.

“Anak siapa?” Tanya Faris penuh minat.

“Anak Razak.” Ringkas sahaja jawapan Amir.

“Cucu Nenek Siti Lah ni.” Telah Faris.

“Macam mana kau tahu?” Amir hairan.

“Aku ni cucu Nenek Su lah. Jiran sebelah rumah kau tu.” Faris kenal benar dengan keluarga Nenek Siti.

“Oh, tapi kenapa aku tak pernah nampak kau ke sana pun.” Amir semakin pelik.

“Aku malas nak ke sana. Aku tak suka.” Jawapan Faris terus mengunci segala pertanyaan Amir.

Mereka terus menolak motosikal Amir. Tidaklah jauh pun.

“Ni la rumah aku. Kau tolak motor kau pergi bangsal. Aku nak masuk dalam kejap.” Faris menunjukkan arah bangsal rumahnya.

Faris masuk ke dalam rumah. Amir menolak motosikalnya ke dalam bangsal. Tongkat motosikalnya di turunkan. Dia memerhatikan sekeliling rumah. Sunyi sahaja rumah itu.

“Maaflah tunggu lama.” Faris keluar dengan hanya memakai t-shirt dan seluar pendek.

“Kau duduk kat rumah ni dengan siapa?” Amir ingin tahu.

“Dengan kakak aku dan adik aku saja? Mak dengan ayah meninggal awal tahun hari tu. Kemalangan.” Faris mencangkung. Dia mula membelek-belek motosikal Amir.

“Maaf, aku tak tahu.” Amir mencangkung.

“Tak apa, jom lah kita settlekan motor kau ni. Karang sampai ke malam kau kat sini.” Faris memulakan tugasnya.

*************************************

Amir memandang ke arah Auji. Lama renungannya. Auji memandang ke arah Amir. Satu senyuman diukir dari wajah Amir. Ikhlas senyuman itu. Auji membalas dengan satu senyuman. Dibukanya sekali lagi nota yang diberikan Auji. Dibaca sepintas lalu.

Amir mengalihkan pandangannya ke arah Auji. Dilipatnya dengan kemas nota itu. Amir angguk. Muka Auji kemerahan.

“Uwek.. Uwek.. ” Hana memecah kesunyian.

“Hana, kau ok ke?” Auji terus datang dari arah belakang Hana. Auji kerisauan.

Muka Hana pucat. Kelihatan tidak bermaya. Hana terus membuka langkah. Berlari ke arah tandas. Auji mengejar dari belakang. Walaupun Hana pernah menyakitkan hatinya. Tapi dia masih lagi kawan.

11 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Encikkkkkk Zaffrillll.. Apakah itu encik??? Itukah surprisenya??? Hahahaha.. Kamu mmg full of surprise.. Uwek uwek.. Jap3.. Pi tandas dulu erk.. =p

JR said...

uwek...uwek....
awat huh ngan si hana tu???
mcm boleh bajet jer..
xP
hehehehehe...

JR said...

uwek...uwek....
awat huh ngan si hana tu???
mcm boleh bajet jer..
xP
hehehehehe...

'AQILAH said...

hana tuh ngandong ke?

El-Zaffril said...

Farhana: Sila-sila... tandas kat belakang ye...

Amir: Boleh budget erk?? So agak sape buat??

Aqila: Tunggu next chapter

JR said...

next chapter.... x sabo ni!!!

El-Zaffril said...

amir: Sabar-sabar... tengah dok pk... ape cite menarik nak dibuat untuk chap 10

z o u l said...

ayooo..aku skandal dgn wani..

AniS GalaXy said...

perkenalan amir with faris n remi boleh di terima....BUT.
dia cucu pd nek su yg byk guna ilmu hitam 2 kan???
mcm sesuatu plak kt si2.

sapa la yg kejekan hana tu kan.
x sbr nk tau perjumpaan amin n auji...

El-Zaffril said...

Aizoul: Tak bleh ker... anak murid skandal dengan cikgu

Anis: Yang tu i nak rungkaikan gak...

apezs shah said...

hahaha uwek2... hbisla..