Custom Search

Friday, November 6, 2009

Bab 19: Kejar

Auji berjalan ke arah auditorium yang terletak bersebelahan dengan parkir kereta. Terlihat kelibat beberapa kelompok manusia di hadapan auditorium. Semuanya berkemeja dan segak-segak belaka. Maklumlah, pekerja kerajaan.

Auji terlihatkan kelibat seorang lelaki yang cukup dikenali. Amir seperti sedang menunggu seseorang. Langkahnya dilajukan supaya dia dapat berbual dengan lebih rapat bersama Amir.

Auji melangkaui Amir. Amir tidak semena-mena mengalihkan pandangannya ke arah Auji yang berdiri betul-betul disebelahnya. Auji senyum.

“Hai Amir.” Auji mengambil peluang terbaik untuk bercakap dengan Amir.

“Assalamualaikum.” Tersentak Auji apabila Amir memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Jawab Auji dengan penuh sopan. Merah padam mukanya menahan malu.

Amir hanya tersenyum, sememangnya Amir sudah berubah. Tidak seperti Amir yang dikenalinya dulu.

“Tunggu siapa?” Auji memula bicara.

“Tunggu Ainal.” Ringkas sahaja jawapannya.

Auji terus mati kata sebaik sahaja mendengar nama Ainal. Jauh disudut hatinya mulai cemburu. Amir hanya tersenyum. Masih sama, ditatap puas-puas wajah yang merenungnya kali ini. Melepaskan segala rindu yang terbeban selama tujuh tahun kehilangan Amir.

“Kau balik naik apa?” Amir bersuara.

“Aku drive.” Auji tersentak.

Amir mula sedikit gusar diperhatikan oleh Auji. Dia sedaya upaya mengawal dirinya.

“Amir, kau memang tak kenal aku ke?” Spontan sahaja Auji menuturkan kata-katanya. Entah dari mana datang fikirannya itu.

“Apa dia?” Amir terkejut. Dia seperti dengar dan tidak pertanyaan Auji itu.

“Tak ada. Kau asal mana?” Auji cuba mengawal keadaan, mungkin akibat koma, Amir lupa segalanya. Telahnya.

“Macam-macam la kau ni Auji. Dalam kelas tadi kan dah ada sesi perkenalan. Aku orang Kuala Lumpur. Tapi mak ayah aku orang Batu Pahat.

“What?” Auji ternganga, kali ini membuatkan dia yakin. Sememangnya itulah Amir yang dicarinya selama ini.

“Kenapa dengan kau ni Auji. Macam terjumpa sesuatu saja. Pelik aku dengan kau.” Amir mengerutkan sedikit dahinya tanda hairan. Terdapat garisan-garisan halus muncul di dahinya.

“Er.. er.. Jom kita gi minum kejap. Borak-borak.” Auji cuba menukar haluan perbualan. Dia mahu tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Kau ni pelik la.” Amir semakin hairan.

“Pelik apanya. Kan kita kawan sekelas. Tak salahkan kita minum-minum kejap. Sebagai seorang kawan.” Auji memujuk.

Amir diamkan sahaja. Dia hanya tersenyum seorang mengenangkan seorang kawan sekelas yang baru dikenalinya. Dipandang sekeliling, Auji hanya berdiri disebelahnya.

“Amir, aku nak nombor handphone kau boleh? Senang aku nak contact kau kalau ada apa-apa aku nak tanya.” Auji menukar taktik. Kali ini dia yakin akan berjaya.

“Oh. Tak ada masalah, kau bagi nombor handphone kau. Nanti aku misscall.” Amir menyeluk poket kanannya mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya menunggu arahan seterusnya.

Auji bersedia dari tadi mahu memberi nombor telefon bimbitnya.

“012-2...” Kata-kata Auji terhenti apabila terlihatkan kelibat seorang perempuan.

Ainal, tunang Amir datang menggagalkan taktik Auji. Terus cepat-cepat dia mendapatkan Amir. Dengan seluar jeans sendat, t-shirt putih sendat, cermin mata hitam berjenama dan juga beg tangan berjenama mewah. Wajahnya disolek tebal. Rambut lurusnya dibiarkan mengurai. Sememangnya Ainal mengikut peredaran semasa.

“Hai sayang.” Terus didakap erat tangan Amir. Diletakkan kepalanya dibahu Amir.

Auji meluat. Ainal sungguh mengada-ngada.

“Bagi la salam lain kali. Main terjah je.” Amir sedikit marah.

“Ala janganlah marah. Assalamualaikum. Jawablah, tak jawab dosa.” Dipujuknya Amir.

“Waalaikumussalam.” Amir mula berlembut.

Sememangnya kelemahan lelaki adalah perempuan. Ainal memandang Auji dengan pandangan yang tidak selesa. Dibekalkan senyuman kelat kepada Auji. Auji hanya tersengih ringkas.

“Jom makan sayang? I laparlah, tengahhari tadi tak makan lagi.” Ainal memujuk. Semakin galak manjanya.

“Ok, you nak makan kat mana?” Amir menolak-nolak manja tangan Ainal. Dia merasa sedikit tidak selesa.

“San Francisco Pizza Bangi. Dah lama I tak makan sana. I belanja you.” Ainal girang.

Dilepaskan sedikit dakapan tangan itu. Amir memandang Auji yang dari tadi terkaku memandang gelagat Ainal. Amir kembali memandang ke arah Ainal.

“Betul ni?” Amir ingin memastikan.

“Yerlah sayang.” Ainal merengek manja.

Terus Ainal membuka beg tangannya lantas mencari sesuatu. Dikeluarkan dan diserahkan kepada Amir segugus kunci.

“Ni kunci kereta I. You ambil kereta kat sana. Tak jauh, dekat saja. I tunggu you kat sini.” Perintah Ainal.

“Ok.” Amir hanya menurut perintah buah hatinya.

Ainal dan Auji hanya memerhatikan Amir berjalan ke arah parkir. Muka Ainal berubah.

“Kau asal mana Auji?” Ainal mula bicara. Suaranya sedikit tinggi kali ini.

“Batu Pahat.” Ringkas sahaja jawapan Auji.

“Minah kampung.” Ainal mencebik.

“Kau kenapa?” Auji tidak puas hati.

Ainal membuka kaca mata hitamnya. Dipegang sahaja bingkainya dengan tangan. Sebelah tangannya pula memeluk tubuh dengan angkuh.

“Setakat perempuan macam kau. Amir tak pandang pun. Tak ada citarasa kau ni. Pakai baju kurung. Konon perempuan melayu terakhir.” Ainal mula memperlekehkan Auji.

“Apa masalah kau ni. Aku tak cari pasal dengan kau pun.” Auji meninggikan sedikit suaranya.

Auji bengang. Ainal mula cari pasal dengannya dengan tidak semena-mena. Rasa mahu dilempang sahaja mulut celupar Ainal.

“By the way, kau tunggu siapa ni.” Ainal tersenyum nakal melihat Auji mula tak betah dengan kata-katanya.

“Aku tunggu makcik aku datang ambil.” Auji berbohong.

“Oh, sangat kampung ini perempuan. Sangat menjaga tatasusila. Sangat menjaga maruah keluarga. Bagus la kau ni. I like.” Ainal memperli Auji dengan riak muka mengejek.

Belum sempat Auji membalas kata-kata Ainal, kelibat sebuah kereta kelihatan menghampiri mereka.

“Itu pun Amir sampai.” Ainal menunjuk kearah kenderaan yang datang kearah mereka.

Ainal datang mendekati Auji.

“Salam.” Diarahkan Auji supaya menyalamnya.

Auji hanya menghulurkan tangan. Kemudian Ainal merapatkan tubuhnya memeluk Auji. Berpura-pura menunjukkan kemesraanya bersama Auji dihadapan Amir. Dirapatkan pipinya hampir ke pipi Auji.

“Aku nasihatkan kau jangan cuba-cuba nak rampas Amir dari aku. Dia milik aku. Tak ada siapa boleh miliki dia selain aku.” Keras bisikan Ainal kepada Auji.

Auji hanya diam. Dilepaskan dakapan itu seraya memegang lengan Auji. Auji hanya terdiam kaku. Diukirkan sebuah senyuman seikhlas mungkin kepada Auji.

“Bye Auji. Jumpa lagi.” Ainal melambai sewaktu menuruni tangga di hadapan Auditorium. Auji cuba senyum. Mengawal keadaan.

“Siapa yang cun tu.” Datang Edi dari tepi secara tiba-tiba.

“Kenapa kau sibuk nak tau.” Nada Auji terkejut.

“Sebab aku memang penyibuk. Suka nak tahu hal orang.” Jelek sahaja nada suara angkuh dan berlagak Edi.

Auji membuka langkahnya meninggalkan Edi yang angkuh. Langkahnya dicepat-cepatkan.

“Kau nak pergi mana tu?” Edi berdiri berseorangan.

“Balik rumah la. Takkanlah nak pergi disko.” Auji malas melayan. Tidak sedikit pun dia memandang.

“Nak aku hantarkan?” Sedikit menjerit suara Edi.

“Tak payah. Aku drive.” Sedikit keras suara Auji.

“Auji, lepak makan goreng pisang ke jom?” Pelawa Edi.

“Tak ada masa.” Auji berdesup ke arah kereta.

Edi hanya mampu memerhati. Usahanya untuk mendekati Auji gagal. Tapi dia akan berusaha untuk mendekati Auji sedekat mungkin. Dia pasti Auji akan menjadi miliknya.

Thursday, November 5, 2009

Bab 18: Yakin


Auji melabuhkan punggungnya di sebuah bangku dalam kelas. Hari pertama kuliahnya.Terasa janggal. Ada hanya lebih kurang 10 orang sahaja pada hari pertama kelasnya. 9 daripadanya adalah pelajar dari negara luar. Hanya dia seorang sahaja yang berasal dari Malaysia. Terasa, seperti berada di luar negara rasanya.

Kemudian masuk seorang lelaki. Berkaca mata hitam. Segak memakai kemeja putih dan berseluar jeans. Rambut lurusnya di sisir kemas potongan tengah. Tegap badannya. Berjalan persis model. Haruman yang dipakainya semerbak menusuk ke hidung Auji. Lelaki itu mengambil tempat di belakang Auji.

“Nak tanya?” Lelaki itu menyapa Auji dari belakang dengan sedikit kasar dan angkuh sambil menyandarkan bahunya ke kerusi plastik.

“Tak boleh beri salam dulu ke?” Perli Auji. Sebuah senyuman kelat diukir tanpa memandang lelaki itu.

“Assalamualaikum.” Tidak berapa ikhlas salam yang diberikan.

“Waalaikumussalam.” Auji menjawab.

Auji masih menghadap kehadapan, tidak sedikit pun pandangannya dialihkan ke belakang.

“Betul ke ini kelas Kawalan Proses?” Sebuah soalan terpacul keluar dari mulutnya. Lelaki itu mendekatkan dadanya ke meja.

“Ya.” Ringkas sahaja jawapan Auji.

“Owh.” Didongakkan sedikit kepalanya sambil kembali menyandar.

“Tak cakap pun terima kasih. Teruk betul.” Sinis sahaja kata-kata Auji, perlahan tapi dapat didengari lelaki itu.

“Terima kasih.” Masih angkuh.

Kedengaran kerusi ditolak sedikit ke belakang. Lelaki itu menghampiri Auji.

“Saya duduk sebelah boleh?” Tanya lelaki itu sambil kini memegang kaca mata hitamnya di tangan kiri. Sambil tangan kanannya memegang sebuah fail.

“Duduklah kalau tak malu.” Auji malas melayan.

“Nama saya Ahidi. Panggil Edi.” Lelaki itu memperkenalkan diri.

“Aku Auji.” Auji tidak berminat mahu berkenalan.

“Kau..” Kata-kata Edi terhenti setelah pintu dikuak.

Kelas yang dari tadinya agak riuh-rendah walaupun hanya ade 11 orang didalamnya. Masuk pensyarah yang usianya lewat 30-an. Dia meletakkan buku-buku yang dibawanya di atas meja. Kemudian dia berdiri tepat ditengah hadapan kelas.

“Sorry I’m slightly a bit late. This is process control class?” Pensyarah itu memulakan bicara.

“Yes” Bergema suara seluruh kelas walaupun hanya ada 11 orang.

“Anyway, today we are not going to start anything. What we are going to do is, you need to introduce yourself and we get to know each other better. Since this is a very small class, I’m hoping that I can remember each and everyone.”

Semua menumpukan perhatian ke arah pensyarah yang sedang berjalan ke arah meja bilik kuliah. Diambilnya sekeping kertas.

“In my list, I have for about 12 student.” Katanya sambil merenung kertas yang mengandungi senarai pelajar siswazah. Kemudian dia mengira jumlah pelajar didalam kelas.

“Its only 11 of you now. Did you know who’s the missing person? There should be 12 of you.” Kemudian dia meletakkan kembali senarai itu kembali ke atas meja.

“Not sure sir.” Satu suara menjawab.

“And there’s only one lady. Impressive. Anyway, let me intoduce myself. My real name was Hashimi. Since I’m holding PhD. So you should call me Doctor. So I’m Doctor Hashimi. I were degree, master and PhD holder from Germany. I’m sorry if my english was not good enough. Hope that you can understand my english. I served this university for about 5 years and I guess thats all.” Doktor Hashimi memperkenalkan diri.

Mata Doktor Hashimie melilau memerhatikan sekeliling seperti mencari sesuatu. Matanya terpana kearah Auji.

“Anyway, now your turn. Why don’t we start with you first young lady. Don’t worry, I’m married with two kids.” Doktor Hashimi cuba berjenaka.

Auji berdiri. Tangannya menolak kerusi yang didudukinya sedikit ke belakang agar dia boleh berdiri dengan tegak.

“Hai everyone, my name is Auji binti Samsul. You can call me Auji. I’m from Johor, Malaysia. Currently I’m doing my Master Degree in Electrical Power Engineering. I think thats all.” Auji memperkenalkan diri.

Tersenyum semua di dalam kelas itu memandang satu-satunya bunga dibalik kumbang mendatang. Auji turut tersenyum dan pipinya merah menahan malu. Jarang sekali dia memperkenalkan diri sedemikian rupa. Auji kembali duduk.

Edi yang dari tadi memandang seakan mula cemburu dengan mata-mata yang memandang. Lantas tanpa disuruh, dia

“Hello Everyone, my name is Brian Ahidi bin Hadi. You can call me Edi. I’m from a Great City of Kuala Lumpur, Malaysia. Currently I’m on my first semester, Master Degree in Microelectronics.” Sedikit angkuh suaranya.

Edi duduk. Pintu di kuak. Masuk seorang lelaki. Terus dia berjalan dan berdiri di sebelah Doktor Hashimi. Mata umat-umat yang berada di kelas itu terpanah kearah lelaki yang tiba lambat.

“Sorry Sir, I’m late.” Termengah sedikit suaranya memohon maaf.

“Nevermind, we just started.” Tersenyum Doktor Hashimi melihat gelagat pelajar yang baru masuk ke kelasnya.

Doktor Hashimi memandang seluruh kelas tapi menumpukan pandangannya kepada pelajar-pelajar siswazah dari luar.

“We finish out Malaysian Student First. After that we continue.” Dianggukkan kepalanya mengharapkan semua pelajar siswazah setuju.

Seluruh kelas hanya sepi. Mungkin setuju sahaja dengan apa yang dilakukan oleh Doktor Hashimi. Pensyarah itu kemudian mengalihkan perhatian kepada pelajar yang baru masuk.

“What you need to do now is introduce yourself to the others.” Doktor Hashimi memberi arahan kepada pelajar yang lambat itu.

“Oh, simple as that?” Pelajar itu menjengketkan sedikit bahunya.

“Yes. Simple as that.” Balas Doktor Hashimi sambil menanti pelajar itu memperkenalkan diri.

“Hello everyone, my name is Muhammad Amir. You can call me Amir.” Amir memperkenalkan namanya.

“Your fathers name?” Auji bersuara ingin tahu.

“Abdul Razak. Actually, my name are longer, so better you know the simple name, Muhammad Amir bin Abdul Razak. This is my first semester. I think its the same with all of you guys. I was Kuala Lumpur born boy and thats it.” Amir menjelaskan sedikit tentang dirinya.

“Your course?” Edi bernada sedikit tidak puas hati.

“Master in Telecomunication.” Ringkas sahaja jawapan Amir.

Kelas sunyi sepi. Tiada soalan selanjutnya kedengaran. Doktor Hashimi memainkan peranan.

“You may sit now.” Disuruhnya Amir duduk.

Auji tiba-tiba bangun.

“Yes Auji.” Doktor Hashimi terlihatkan Auji yang berdiri.

“I’m going to the ladies for a while.” Auji memohon diri.

Amir berjalan ke arah Edi. Amir melepasi Auji dan mengambil tempat dibelakang Auji yang tadinya diduduki oleh Edi.

“Ok sure.” Doktor Hashimi memberi kebenaran.

Auji cepat-cepat berjalan keluar dari bilik itu. Terasa terseksa melihat Amir kali ini. Dia yakin yang itu adalah Muhammad Amir Nurhakimi bin Abdul Razak. Orang yang pernah mendiami hatinya.

Cepat-cepat Auji mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya lantas menaip pesanan ringkas.

(Anis, aku yakin itu Amir yang aku cari selama ini. Minggu lepas, aku tak berapa yakin itu dia. Kali ni aku yakin itu dia.) Auji menghantar pesanan ringkas kepada Anis

Auji hanya berdiri di sinki tandas. Memandang cermin yang berada di tandas. Telefon bimbitnya berdering. Khidmat pesanan ringkas diterima.

(Dia dah tunanglah, kau still nak kat dia lagi ke?) Balas Anis menggunakan khidmat pesanan ringkas. Cepat-cepat Auji membalas.

(Aku nak tau kenapa dia tak cari aku selama ini. Aku nak tahu mana dia menghilang dan kenapa dia menghilang. I wanna fight for my love.) Cepat-cepat Auji membalas.

Auji memandang jam tangannya. Agak lama juga dia berada di tandas. Telefon bimbitnya berdering lagi tanda dia menerima khidmat pesanan ringkas.

(Apa-apa pun yang kau buat. Aku sokong kau.) Ringkas sahaja balasan Anis.

(Thank you so much.) Auji cepat-cepat membalas.

Auji terus membelek-belek wajahnya cepat-cepat. Dia sedar yang dia sudah agak lama dia berada di tandas perempuan. Dia terus keluar dan berjalan ke arah kelas.

Sesampai di muka pintu kelas yang tertutup itu, Auji mendengus, dia yakin yang itu adalah cintanya. Kali ini, dia yakin kerana dia benar-benar cintakan Amir.

Monday, November 2, 2009

Bab 17: Luluh


Terkuis-kuis Auji nasi yang dimakannya. Tidak terjamah pun nasi ayam yang dibelikan Anis untuknya. Hairan Anis dengan tingkah kawan baiknya itu. Tiba-tiba sahaja dia berubah.

“Macam mana pendaftaran tadi?” Anis bersuara setelah suasana sepi untuk beberapa ketika.

Auji termenung jauh. Entah apa yang menerawang di benak fikiran Auji tidaklah Anis ketahui. Soalan Anis tidak diendahkannya.

“Auji, aku tanya ni.” Anis menggertak sedikit suaranya.

“Ha, Oh ok saja.” Auji tersentak dari lamunan. Kaget digertak oleh Anis sedemikian rupa.

“Apa yang ok?” Anis menduga.

“Aku ok saja.” Auji hilang arah. Sementelah, dia tidak langsung mendengar apa yang ditanya Anis tadi.

Anis geleng kepala, dia kenal benar dengan sahabatnya itu. Sememangnya Auji tidak akan begini sekiranya tiada apa yang mengganggu benak fikirannya.

“Kau ni kenapa Auji. Semacam je. Baru minggu lepas kita jumpa. Kau ada masalah apa-apa ke?” Anis sedikit kerisauan.

“Tak tak.” Segera dipintas Auji akan soalan itu.

“Habis tu yang kau jadi macam ni kenapa?” Anis semakin hairan.

“Tak ada apalah.” Auji semakin sunyi.

Anis terasa sedikit bosan hari itu. Seakan Auji hilang serinya. Walaupun senyum Auji sudah mula terukir, tapi matanya masih tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selama ini. Terlalu cuba menggambirakan dirinya.

“Apa cerita Rengit?” Anis cuba mengubah haluan perbualan mereka.

“Masih sama macam dulu.” Kali ini Auji cuba sedaya-upaya menumpukan pada Anis yang ada dihadapannya.

“Cerita terbaru?” Anis cuba untuk berbual. Menghilangkan rasa bosan masing-masing.

“Tak ada apa pun cerita terbaru. Tapi aku adalah terjumpa Wan. Dia bercerai dengan Hana. Dia kata dia tak ada perasaan langsung pada Hana.” Auji membuka kisah yang berlaku.

“Kau biar betul.” Anis kaget lagi.

Sememangnya tidak ada apa yang perlu dihairankan. Mereka kahwin muda dan sudah terang bukan atas dasar cinta.

“Entahlah, aku dengar saja.” Auji menjengketkan bahunya.

Auji melepaskan pandangan kearah parkir kereta besebelahan dengan cafe. Anis menghirup air tembikai merah yang dibelinya tadi. Masing-masing diam.

“Tadi aku jumpa Amir.” Auji tunduk. Pandangannya ke arah parkir kini diarahkan kelantai., seakan melepas beban yang tidak tertanggung selama ini.

Tersembur sedikit air yang baru diminumnya. Kalut Anis mencari tisu.

“What a good news. Kau jumpa dia kat mana?” Terkejut Anis dengan khabar yang baru disampaikan Auji kepadanya.

Dilapkan bibirnya, tercalit sedikit gincu merah dibibirnya ke tisu.

“Masa pendaftaran tadi.” Ringkas sahaja jawapan Auji.

“Dah 7 tahun tak jumpa dia. Sejak kemalangan dulu. Huh, memang dah jodoh.” Anis membuka memori 7 tahun lepas.

Setelah kemalangan itu berlaku. Mereka langsung tidak mendengar khabar berita dari Amir. Neneknya juga mengikut Amir ke bandar. Tidak tahu mana mahu dicarinya Amir. Entah hidup entahkan tidak. Tidak siapa mengetahui apa yang berlaku kepada Amir. Hilang sebegitu sahaja.

“Macam mana dia sekarang?” Anis penuh minat mahu mendengar.

“Sama macam dulu. Cuma sekarang dah cerah sikit kulitnya. Dah berkaca mata.” Ringkas sahaja jawapan Auji.

“Mesti handsome macam dulu. Tak pun lagi kacak, lagi manis dari dulu.” Anis semakin girang.

Anis mengambil beg tangannya. Diseluknya bedak asas yang ada didalam beg tangannya. Lantas membuka cermin yang melekat bersama bedak asas itu. Dibelek tata rias wajahnya yang semakin mulus. 25 tahun umur mereka sekarang. Sudah dewasa dan menjaga penampilan diri.

Ditutupnya cermin dan disisip kemas didalam beg tangannya. Matanya kali ini mula menumpukan apa yang cuba Auji sampaikan.

“Tapi kenapa kau macam tak happy saja.” Anis seakan tidak faham, seharusnya Auji berasa gembira apa yang dicarinya selama ini telah ditemui.

“Dia tak kenal aku pun.” Auji tunduk, tiada airmata yang keluar. Sudah puas menangis tadi.

“Serius.” Anis kaget. Dia tidak menyangka sebegitu sekali yang berlaku.

“Aku pandang dia. Dia macam tak ada apa-apa pun.” Auji geleng.

Anis baru hendak bersuara, tiba-tiba seorang lelaki berkaca mata berdiri disebelahnya.

“Assalamualaikum.” Sopan salam yang diberi. Suaranya semakin dikenali.

“Waalaikumussalam.” Auji dan Anis sama-sama menjawab soalan itu.

“Ni tadi terjatuh.” Lelaki itu menghulurkan sekeping sijil yang tercicir mungkin sewaktu Auji kalut ketika pendaftaran.

“Owh, terima kasih.” Auji mengambil sambil sebuah senyuman diukir.

“Amir.” Sedikit tinggi suara Anis sehingga mampu didengari oleh Auji dan lelaki itu.

“Ye Saya, awak kenal saya?” Lelaki itu kaget. Seperti dia dikenali oleh wanita berdua yang berada dihadapannya.

“Maaf-maaf, saya tersasul.” Anis cepat-cepat menepis.

Lelaki itu menguntum senyuman.

“Saya Amir.” Lantas lelaki itu memperkenalkan diri.

“Saya Auji. Ni kawan saya Anis.” Auji memperkenalkan diri mereka berdua.

Seperti kali pertama berjumpa. Amir tidak langsung mengenali Auji dan Anis. Anis tergamam. Ditundukkan wajahnya.

“Pelajar baru ke?” Tanya Amir.

“A’ah, tapi dia ni staff kat sini.” Auji menjawab. Anis masih lagi tergamam akan apa yang berlaku

“Owh, Auji fakulti mana?” Amir meneruskan lagi pertanyaannya.

“Kejuruteraan.” Ringkas sahaja jawapan Auji

“Eh, samalah.” Amir girang.

Datang seorang wanita singgah dimeja makan mereka membantutkan perbualan. Berpakaian t-shirt sendat dan berseluar denim potongan perempuan. Rambutnya diwarnakan perang seperti wanita-wanita barat. Tatarias mukanya sememangnya meriah dengan solekan yang tebal. Tangannya membimbit beg tangan berjenama.

Tidak dipandang sedikit pun Auji dan Anis. Lantas memeluk pergelangan tangan Amir.

“Amir, jom makan. Laparlah.” Manja ajakan gadis itu terhadap Amir.

“Ni tunang saya, Ainal Marliza.” Amir memperkenalkan tunangannya.

“Hai. Saya Ainal Marliza. Panggil Ainal sahaja ya.”

Dihulurkan tangannya kepada Auji dan Anis sambil mengukir sedikit senyuman resah. Masih tidak hilang adab ketimuran walaupun gaya sudah seperti bukan wanita melayu.

“Auji.” Auji memperkenalkan diri sewaktu menerima jabat tangan dari Ainal

“Anis” Anis juga sebegitu.

“Saya minta diri dulu ya.” Amir mohon diri dengan penuh tatasusila seorang lelaki melayu.

Anis dan Auji masih terkejut. Banyak perkara yang mengejutkan mereka hari ini.

“Assalamualaikum.” Amir memberi salam sewaktu mahu beredar.

“Waalaikumussalam.” Auji menjawab salam itu. Kali ini matanya menceritakan hatinya bagai disayat-sayat.

Amir meninggalkan mereka berdua dan beredar bersama Ainal.

“Dia tak kenal kita langsung ke?” Anis hairan.

“Entah.” Auji menjengketkan bahunya.

Hati Auji mula di sayat-sayat melihat cinta itu bukan miliknya.

Tuesday, October 27, 2009

Bab 16: Resah


Auji menjengahkan mukanya keluar tingkap setelah Wani memberitahu tentang kehadiran Anis dan Azim kepadanya.

“Ha Anis, kenapa? Gelabah semacam saja.” Auji melirik senyuman kelat.

“Auji, malam tadi budak-budak race tu eksiden. Jom kita ke hospital.” Kelam-kabut suara Anis.

“Siapa yang eksiden?” Auji menekup mulutnya.

“Faris dan kawan-kawannya.” Ringkas sahaja jawapan Anis.

“Maksud kau Amir sekali.” Terketar-ketar suara Auji.

Anis mengangguk perlahan. Auji menekup mulutnya. Airmatanya mula mengalir. Baru semalam hati Amir disayat oleh Auji. Dia cuma mahu merajuk untuk seketika. Tidak sungguh dia menyangka akan jadi begini.

“Iyalah. Cepatlah.” Anis menyuruh Auji segera.

“Teruk ke?” Airmata Auji mula bergenang.

“Dua orang meninggal.” Ringkas sahaja jawapan Anis dalam kerisauan.

“Siapa yang meninggal tu?” Auji risaukan Amir. Empangan air dimatanya tidak dapat ditahan lagi.

“Ni yang nak pergi tengok ni, aku pun tak dikhabarkan siapa yang meninggal. Dah lah, cepat-cepat. Azim tengah tunggu di kereta.” Anis menyuruh Auji bersiap segara.

“Kejap-kejap.” Sendu suara Auji.

Berdesup Auji masuk ke dalam Rumah. Kedengaran suaranya meminta Wani memberitahu Encik Samsul akan apa yang berlaku.

“Macam mana dia.” Tidak sabar-sabar Auji menuruni tangga rumahnya.

“Maksud kau Amir.” Anis meneka.

Auji mengangguk lemah. Airmatanya membasahi pipinya.

“Aku tak tahu la Auji. Azim yang bagitahu aku. Dia cuma bagitahu aku budak-budak lumba eksiden malam. Tu pun bapak dia yang bagitahu. Selebihnya aku tak tahu. Azim kata dia pun tak tahu.” Mereka berdua terus meluru ke kereta.

Auji diam sahaja. Kerisauan jelas terlihat di matanya.

“Yang pasti Amir terlibat.” Pintu kereta di kuak. Terkaku sebentar Auji.

Auji lemah longlai. Terasa kebahagiannya diragut. Sepanjang perjalanan, masing-masing diam. Auji melayan perasaannya. Menyesal Auji tidak memberi peluang kepada Amir membela diri malam tadi. Sekurang-kurangnya dia harus mendengar segala penjelasan Amir. Kemudian, terpulang pada dirinya untuk membuat keputusan.

Sampai sahaja di wad kecemasan, Auji dan Anis terus meluru ke kaunter pertanyaan.

“Nurse, malam tadi ada budak jatuh motor di Jalan Pak Awang. Di mana mereka ye.” Kelam-kabut Anis bertanya. Auji berdiam diri terkaku disebelah Anis.

“Mereka semua di wad 4.” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh nurse sambil melemparkan sebuah senyuman.

“Terima kasih Nurse.” Anis terus menarik tangan Auji meluru ke wad 4. Auji menurut sahaja.

Dari luar pintu bilik wad, Auji terlihatkan seorang perempuan duduk di birai katil hospital. Sedih dan hiba terpancar dari riak wajahnya.

“Auji, tu kakak Faris kan.” Anis menjuihkan mulutnya ke arah perempuan yang duduk dibirai katil hujung itu.

Auji sekadar mengangguk lemah. Anis menghampiri Kakak Faris.

“Assalamualaikum, Ni kakak Faris kan?” Anis menegur.

“Waalaikumussalam. Ya saya.” Terkejut kakak Faris yang sedang meratapi kesedihan.

Diamati wajah Anis dan Auji. Direnung untuk mengenali wajah Auji dan Anis.

“Kami kawan Faris.” Anis memperkenalkan diri sebagai kawan Faris. Perkara yang lama telah Anis lupakan.

“Oh, Terima kasih sudi melawat. Duduklah.” Kakak Faris menghulurkan kerusi kepada Auji dan Anis.

“Macam mana dengan Faris dengan Remi.” Anis bertanyakan keadaan Faris.

“Faris cedera parah. Kakinya patah. Tulang rahangnya patah, dia tidak boleh bercakap lagi buat masa sekarang.” Diusap-usap rambut Faris yang sedang lena hasil penangan ubat-ubat.

“Remi macam mana kak?” Khabar mengenai Remi tiada kedengaran.

Dihela sebuah nafas yang panjang. Kepalanya tunduk. Kakak Faris mencari sebuah kekuatan. Airmatanya mula menitik.

“Remi dah meninggal dunia. Petang nanti kami akan kebumikan. Pagi ni doktor nak buat bedah siasat. Seorang lagi kakak tak berapa kenal. Kawan mereka mereka juga.” Teresak-esak suara kakak Faris.

Airmata Auji dan Anis mula merembes terus membasahi pipi mereka.

“Yang cedera pun ramai. Yang selamat bertempiaran lari entah kemana.” Sambung Kakak Faris.

Kakak Faris mengeluh panjang. Auji dan Anis hanya menjadi pendengar yang setia.

“Pagi-pagi lepas Subuh, Akak pergi rumah nenek. Nak bagitahu tentang kemalangan ni. Tapi, nenek kami meninggal juga. Malangnya nasib kami. Nenek meninggal dalam keadaan mengerikan. Polis masih menyiasat punca kematiannya. Dia seperti mati dibunuh. Mungkin dia akan dikebumikan petang nanti bersama dengan Remi.” Riak wajah kakak Faris mula kelihatan sedikit tenang. Melepaskan segala kesedihan yang tidak tertanggung olehnya.

“Sabarlah ye akak.” Anis menenangkan keadaan.

“Macam mana boleh kemalangan akak.” Auji menggagahkan diri untuk bersuara.

“Faris tadi meracau, dia kata dia nampak hantu. Entahlah, kakak pun tak tahu la dik. Tapi yang pasti, masa ambil selekoh, Faris terjatuh dan motosikalnya melambung melanggar mereka yang berdiri di tepi jalan. Lepas tu motosikal yang dibelakang pun ada yang terjatuh juga. Jalan licin sikit malam tadi. Gerimis turun.” Jelas dalam samar-samar apa yang berlaku.

“Kakak kenal Amir?” Dari tadi berteka-teki akhirnya terpacul keluar soalan yang seolah-olah tersangkut dikerongkong Auji.

“Owh, kawan si Faris tu.” Teringat kakak Faris terhadap kawan adiknya itu.

“Macam mana dengan dia?” Auji mendekati Kakak Faris. Tidak sabar rasanya mendengar khabar berita Amir.

“Dengarnya koma. Kakak pun tak tahulah adik. Nak cerita lebih-lebih. Takut salah cerita, jadi fitnah pula.” Auji menguatkan semangatnya.

Anis menggenggam telapak tangan Auji. Memberi Auji kekuatan untuk menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku. Anis merenung mata Auji. Jelas matanya meminta Auji tenang dan tabah menerima segala kemungkinan. Ditarik tangan Auji ke kaunter pertanyaan wad.

“Assalamualaikum Abang.” Tanya Anis. Auji hanya membontoti Anis.

“Waalaikumussalam Adik, ya boleh saya bantu.” Terukir sebuah senyuman manis di bibir jururawat penjaga kaunter itu.

“Di mana pesakit yang kemalangan malam tadi. Nama dia Muhammad Amir Nurhakimi bin Abdul Razak?” Anis yang bertanya. Auji mendiamkan sendiri sahaja untuk terus mencari kekuatan.

“Owh, yang terlibat dalam kemalangan ngeri malam tadi.” Jururawat penjaga kaunter mengingatkan sesuatu.

“Warisnya meminta dia dihantar ke Hospital di Kuala Lumpur.” Ringkas sahaja jawapan jururawat pembantu itu.

“Macam mana keadaan dia?” Lebih Anis yang risau. Auji hanya terkujur menangis mendengar sahaja apa yang berlaku.

“Yang tu saya tak pasti la Adik. Mungkin adik boleh berjumpa dengan doktor yang merawatnya untuk perkara yang lebih lanjut.” Tersenyum lagi jururawat itu. Senyuman itu bisa menenangkan pesakit yang datang.

“Boleh saya berjumpa dengan doktor tu?” Pinta Anis.

“Boleh, nama dia Doktor Haniza. Ha, itupun dia.” Sambil jururawat itu menuding jari kearah seorang doktor yang berdiri hampir dua puluh meter dari kaunter pertanyaan.

Terkocoh-kocoh Anis mengejar. Auji hanya membontoti dari belakang.

“Assalamualaikum.” Anis memeberi salam penuh sopan.

“Waalaikumussalam.” Doktor Harniza menutup failnya. Dijawab salam itu dengan sebuah senyuman.

“Saya nak bertanya mengenai Muhammad Amir Nurhakimi bin Abdul Razak.” Anis yang bertanya lagi, mulut Auji seakan terkunci.

“owh, yang Eksiden malam tadi tu ke?”

Auji dan Anis mengangguk. Wajah mereka kelihatan begitu ingin tahu.

“Dia koma, warisnya minta dia dirawat di Hospital Kuala Lumpur.” Ringkas sahaja jawapan yang terpacul dari mulut Doktor Harniza.

“Keadaannya pula.” Anis dan Auji terkaku.

“Apa yang saya boleh katakan, dia koma. Kepalanya terhentak dan sedikit retak. Terdapat pendarahan diotaknya. Tangan kanannya patah. Itu saja yang kami dapat katakan. Saya merawatnya sampai disitu. Setakat itu sahaja yang saya tahu. Insyaallah, dia akan sedar walaupun peluang hanya 50-50. Banyak-banyaklah berdoa semoga Allah panjangkan umur dia.” Riak yang menyuruh mereka berdua tenang dan sabar terpancar dari wajah Doktor Harniza.

“Terima kasih Doktor.” Anis menundukkan sedikit kepalanya tanda terima kasih dan menghulurkan tangan untuk berjabat salam.

“Sama-sama.” Doktor Harniza memberikan senyuman semangat sebelum beredar pergi.

“Kuatkan semangat kau Auji. Doakan dia selamat.” Anis cuba menenangkan Auji. Airmata Auji semakin tidak dapat dibendung lagi. Anis merenung wajah Auji. Didakap erat sahabatnya. Auji hanya diam terkaku.

Friday, October 16, 2009

Bab 15: Sedia

Amir baru sahaja sampai ke tempat lepak mat-mat rempit pekan. Malam ini malam minggu. Ada perlumbaan seperti biasa. Dia terus ke tempat berkumpul kawan-kawannya, Faris, Remi dan beberapa orang lagi.

“Beb, apesal muka kau lebam ni?” Faris terperasankan lebam dimuka Amir. Sedikit membengkak kawasan itu.

“Ni si Wan sial tu la. Dia tumbuk aku petang tadi.” Amir bengang. Kemarahan masih lagi membara dibenaknya. Yang pasti dia tidak akan berdendam dengan Wan. Pasti suatu hari dia dapat membalas.

“Cibai lah mamat tu, nak kene debik dengan aku agaknya.” Faris menumbuk-numbuk tapak tangannya menahan rasa geram.

“Tak payah lah besar-besarkan benda kecik macam ni. Aku malas nak ambil pusing. Tak guna gaduh dengan budak macam tu.” Amir menenangkan keadaan. Dia tidak mahu Faris masuk campur urusannya dengan Wan.

“Dah ada bini pun masih nak kejar si Auji tu lagi ke? Bodoh la mamat tu.” Faris menyumpah-nyumpah Wan.

“Dalam perut Hana tu bukan anak dia pun. Anak siapa pun aku tak pasti la.” Remi yang dari tadi diam, mula bersuara.

Semua diam, Faris tahu yang dia sepatutnya bertanggungjawab atas kandungan dalam perut Hana itu. Dia berjaya menyelamatkan diri dengan menyebarkan gambar Wan dan Hana yang sedang bercumbu tahun lepas.

“Malam ni kau nak race ke. Boleh la hilang tensen kau dengan si Auji tu. Kalau kau rasa motor kau tak cukup gempak. Kau boleh pakai motor aku.” Faris memecahkan kesunyian menawarkan motosikalnya untuk digunakan Amir berlumba.

“Aku tak nak lah beb.” Amir menolak pelawaan dengan sungguh sopan.

“Pengecutlah kau ni. Beb, aku tahu kau skill power. Tapi kenapa kau tak nak? Aku peliklah.” Faris mahu meyakinkan Amir untuk mencuba.

“Aku bukan pengecut la Babi. Aku taknak hidup aku mati sia-sia. Lagipun, berlumba kat sini tak selamatlah. Aku tak nak.” Amir tetap dengan pendiriannya tidak mahu berlumba.

“Sudah-sudah. Jangan nak gaduh-gaduh.” Remi cuba menenangkan keadaan.

Faris bengang. Dia cuba memujuk Amir untuk berlumba sejak perkenalan mereka tahun lepas. Misinya gagal. Dia mahu mencipta kemasyhuran dengan mencipta pasukan lumba yang tiada tolok bandingnya di Batu Pahat. Dia tahu Amir sememangnya berbakat dalam berlumba.

Faris beralih berjalan ke arah pelumba-pelumba yang lain. Dia tak akan putus asa memujuk Amir, dia tahu, satu hari nanti Amir akan berlumba juga.

“Aku mana pernah race beb. Aku memang suka dengan motor-motor ni. Tapi race aku tak nak lah.” Amir bungkam.

“Aku hormat dengan keputusan kau. Kalau aku ni jahat pun. Kita tetap kawan beb.” Remi menenangkan Amir. Sememangnya Remi sedikit tenang malam itu.

“Aku tahu, tak semestinya kau merempit, aku tak boleh kawan dengan kau orang.” Amir melepaskan pandangannya ke arah lain. Sebenarnya dia terasa sedikit tercabar. Egonya tercalar.

“Dah lah beb, jangan ambil hati dengan abang aku tu.” Remi memujuk.

Suasana malam itu riuh rendah dengan suara mat-mat rempit bergurau senda. Sememangnya bulan mengambang penuh malam itu. Cahaya bulan menyimbah seluruh kawasan.

“Wei wei, siapa nak join race malam ni. Aku bertaruh diri aku. Satu malam beb.” Suara seorang gadis menjerit menawarkan hadiah dirinya. Semua bersorak.

Sememangnya habuan kemenangan malam ini sangat hebat. Sekujur tubuh mungil yang sangat menggiurkan.

“Aku tak kisah. Buat lauk ramai-ramai.” Faris menyahut dengan senyuman penuh makna disambut dengan sorak.

Sememangnya Faris sangat hebat di trek lumba haram. Tidak pernah gagal dalam semua perlumbaan. Tawaran untuk berkongsi hadiah itu bukan pertama kali. Hana pernah sekali menjadi habuan semua orang. Sehingga mengandung dikerjakan mereka. Yang menjadi mangsa keadaannya adalah Wan.

“Ok, takde hal la Faris.” Gadis itu mengenyit gatal ke arah Faris.

Sememangnya wajah Faris manis dipandang. Wajah lelaki kampung dengan kumis yang kasar mendebarkan setiap mata yang memandang. Banyak gadis rebah ditangannya. Malam ini. Mungkin gadis itu menjadi mangsa.

Semua bersedia untuk memulakan perlumbaan. Faris mengambil tempat. Remi dan Amir hanya memerhatikan di tepi. Gadis itu berjalan ke arah Faris.

“Aku tahu kau akan menang malam ni Faris.” Gadis itu membisik ke telinga Faris. Sememangnya dia sukakan Faris.

“Aku dah sediakan port untuk kita beb.” Faris tersenyum gatal. Tapak tangannya sempat meraba punggung gadis itu.

“Malam ni kita guna trek tiga.” Gadis itu melaungkan trek yang bakal digunakan.

Semua bersorak. Amir dan Remi berjalan mendapatkan Faris.

“Trek tu bahaya la beb.” Amir membisik kepada Faris.

“Baru la best beb. Aku tak pernah kalah la beb. Ini Faris la, tak ada siapa boleh kalahkan aku.” Berlagak sahaja kata-kata yang muncul dari mulut Faris.

“Semua ambil tempat.” Laungan gadis itu memecah kebisingan malam.

Semua mengambil motosikal masing-masing yang sudah dihidupkan enjinnya. Bingit bunyi motosikal memecah hening sunyi. Para pelumba mengambil tempat masing-masing. Gadis itu membuka jaketnya.

“Aku akan lepaskan kau orang semua tepat jam 12.00 malam.” Gadis itu melayang-layangkan jaketnya.

Faris dan Remi berjalan seiringan. Amir membontoti dari belakang.

“Abang, aku nak minta maaf banyak-banyak pada kau.” Remi tiba-tiba bersuara.

“Kau ni dah kenapa Remi. Macam dah nak mampos je.” Faris sedikit tergelak. Entah apa yang difikirkan Remi sehingga terkeluar kata-kata begitu.

“Bukanlah, aku rasa tak sedap hati.” Wajah Remi sidikit pucat. Entah kenapa dengan Remi.

“Tak ada apa-apalah beb.” Faris menyedapkan hati.

“Kau tak payah race boleh tak? Aku rasa tak sedap hati juga lah beb.” Amir mencelah dari belakang.

“Aku tak nak jadi pengecut macam kau.” Sedikit tinggi suara Faris kearah Amir.

“Bukan pasal siapa pengecutlah. Kau tahu tak trek tiga?” tenang sahaja suara Amir.

“Apa pula tak tahu. Trek tiga tu paling best.” Faris girang. Sememangnya dia hebat di trek tiga.

“Trek tiga tu banyak selekoh kawasan gelaplah. Garisan penamat dia di selekoh maut kau tahu tak. Setakat ini, kau saja yang selamat dari trek tiga. Banyak yang eksiden di trek tiga. Trek maut la tu beb.” Amir membuka kisah lama mengenai trek tiga.

Trek tiga merangkumi selekoh tajam yang sangat berbahaya. Sememangnya Faris sahaja yang berjaya melepasi semua trek. Ada yang mati, ada yang c acat seumur hidup. Sememangnya trek tiga berhantu. Mereka yang selamat selalu ternampak sesuatu yang menyeramkan apabila hampir kegarisan penamat trek tiga.

“Aku tahu lah tu. Jangan risaulah beb.” Sedikit riak wajah Faris

Amir dan Remi menginjak selangkah ke belakang mereka yang berlumba. Selepas ini mereka akan berkumpul di garisan penamat. Garisan penamat maut. Hanya Faris sahaja yang pernah melepasinya dengan selamat.

“Semua ambil tempat masing-masing.” Gadis itu bersuara.

Hampir dua puluh biji motosikal siap dengan pelumbanya mengambil tempat. Bunyi sangat membingitkan tanda mereka hampir dilepaskan.

“Ready, go...” Mereka dilepaskan.

Semua memecut dengan laju. Suara motosikal semakin lama semakin sayup. Yang lain bersiap ke garisan penamat perlumbaan.