Wednesday, April 21, 2010

Bab 28: Maaf


“Adik, be strong adik. I promise I will be your good brother. Please, kuatkan semangat sekali lagi untuk kali ini.”

Digenggam tangan adiknya erat-erat sebelum adiknya di tolak memasuki bilik kecemasan, tidak dibenarkan sesiapapun memasuki bilik itu selain doktor dan jururawat.

Hanya dia seorang sahaja yang menuruti ambulans hingga ke Hospital Tawakal, Jalan Pahang. Yang lain-lain, masih lagi kalut-kalut di Masjid Jalan Duta mahu bergerak ke hospital.

Majlis pernikahan terpaksa di tunda saat terdengar adiknya yang berkerusi roda terjatuh dari tangga di Masjid Duta dari tingkat atas hingga ke tingkat bawah. Hadirin yang hadir juga terkejut dengan apa yang berlaku.

Dia duduk di kerusi kayu di luar bilik kecemasan sambil menyandarkan badannya ke dinding. Kepalanya juga disandarkan ke dinding dan matanya terpejam. Dipeluk tubuhnya sendiri. Sekali-sekala di jengahnya jam di tangan. Baru menginjak jam 11.30 pagi.

Dia masih lengkap berbaju melayu putih berserta samping sekali tetapi songkoknya entah ke mana. Kakinya hanya menyarung selipar jepun yang disarungnya saat ambulan sampai. Entah siapa yang empunya. Di rembat saja. Rambut yang tadinya tersisir kemas, kini serabai.

Menerawang fikirannya risau memikirkan apa yang bakal berlaku seterusnya. Saat dia mahu meniti indahnya perkahwinan, adiknya jatuh kemalangan.

Tidak senang duduk dari tadi, menanti dalam penuh debar. Kali ini ditongkat dahinya pula dengan tangannya. Ada airmata yang mula bergenang di kelopak matanya, lantas di seka perlahan. Tidak mahu airmatanya gugur sia-sia.

Hatinya mula berasa bimbang akan kehilangan darah dagingnya sendiri walaupun di mata oranglain adiknya tiada nilainya. Mungkin hidup adiknya pada oranglain tiada makna lagi, tetapi padanya, adiknya lah sumber kekuatan meneruskan perjuangannya di dalam hidup.

“Amir.”

Auji yang baru tiba melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang sama. Perlahan-lahan dia duduk. Wajahnya tertancap ke arah Amir yang tidak sedikit pun menghindari kehadirannya.

“Aku minta maaf.” Kekesalan dari nada suara Auji yang penuh rasa bersalah.

“Minta maaf untuk apa?” Dijelingnya Auji.

“Untuk apa yang berlaku.”

Akim diam membisu. Kalau ikut marahnya, saat ini dia terasa mahu sahaja membelasah wanita yang duduk disebelahnya. Tapi apalah guna dia membelasah Auji, tidak ada faedah untuk dirinya pun.

“Amir, Aku tak faham apa yang berlaku sebenarnya?” Lembut dari nada suara Auji.

“Stop calling me Amir, from now on, panggil aku Akim. Muhammad Amir Nurhakim bin Abdul Razak itu adalah aku dan dia yang kat dalam tu Muhammad Amir Nurhakimi bin Abdul Razak.” Perasaan marahnya dikawal sehabis baik.

“What?” Auji mengerutkan dahinya.

Amir hanya tersengih kecil saat itu. Gelora dihatinya masih lagi dikawal. Cekal dia menghadapi wanita yang banyak menyeksa jiwa dan raga adiknya.

“Jadi kau dengan Amir kembar, maksud aku kau dengan Amir Hakimi kembar?”

“Just call him Kimi. It’s easy for you and you’ll never get confused.”

“Jadi kau tahu hubungan aku dengan Kimi?”

“Iya, tidak pernah sehari dia tidak menyebut nama kau di hadapan aku setiap kali aku berbicara dengan dia.”

Akim sekadar mengangguk lemah. Auji pula mengetapkan bibirnya, saat ini muncul rasa bersalah yang teramat sangat-sangat.

“Jadi kenapa kau tak kenalkan aku pada Kimi? Dari awal perkenalan kita, aku cuba rapat dengan kau, sayangnya kau sudah bertunang. Aku tidak kira apa juga keadaan, aku wajib memiliki insan bernama Amir. Tapi tak sangka, kamu rupanya pelanduk dua serupa. Saling tak tumpah. Ada pertalian darah rupanya. Kenapa kau tak beritahu aku dari awal dulu?”

Akim menyeka air yang mula memenuhi kolam kelopak matanya. Terasa berat dia mahu menjawab soalan Auji itu.

“Sudi ke kau terima dia dalam keadaan macam tu? Berkerusi roda. Tak mampu buat apa-apa. Layakkah dia untuk kau, seorang bekas jurutera dan juga pelajar Master? Dia apa ada Auji. Tak ada apa-apa pun.”

Auji diam, ada betulnya kata-kata Akim itu. Belum tentu dia dapat menerima keadaan Kimi yang berkerusi roda.

“Dia tidak pernah tahu yang aku mengenali kau. Sengaja aku tak mahu dia tahu. Bimbang dia akan bertindak di luar dugaan. Selalu dia meminta kami menghantarnya pulang ke kampung. Katanya mahu ke pantai. Aku tahu dia teringatkan kau. Kali terakhir, minggu lepas, Kakak bawa dia ke pantai.” Akim meyambung.

Auji tertunduk, terasa kesal dia tidak mengejar wanita bersama seorang lelaki yang berkerusi roda yang ditemui ketika hari perkahwinan Azim dan Anis minggu lepas.

“Apa yang berlaku selepas kemalangan tu?” Auji terus-terusan menunduk, tidak sekali wajah Akim di pandang. Ada airmata yang mula gugur atas rasa kekesalan yang tak henti-henti muncul.

Akim memandang ke arah Auji saat di panah dengan soalan itu. Auji sememangnya tidak tahu apa yang berlaku selepas kemalangan itu.

“Selepas kemalangan yang berlaku tu, doktor di Hospital Batu Pahat kata dia terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Johor Bahru. Hospital di sana lebih lengkap. Tapi ayah suruh bawa ke Kuala Lumpur terus, senang untuk kami jaga dia. Kami bawa nenek sekali untuk jaga Kimi. Sebab dia sayangkan Kimi lebih dari kami sayangkan Kimi. Alhamdulillah, pembedahan berjaya, tetapi dia lumpuh dari paras pinggang hingga ke kaki.”

Akim terdiam seketika, lantas jarinya menyeka perlahan airmata yang mula mengalir membasahi pipinya.

“Sejak itu, hidup dia berubah. Dia banyak menyendiri, tidak langsung bercampur dengan keluarga. Nenek yang banyak melayan karenah dia. Ayah pula tidak henti-henti membenci Adik. Katanya, adik tak sedar di untung. Campur dengan budak nakal, tak tahu jaga diri. Siap berlumba lagi. Walhal, dia tidak berlumba pun. Dia cuma berdiri memerhatikan kawan-kawannya berlumba. Dia tak bersalah Auji.”

Akim menghela nafasnya dengan panjang untuk mengumpul kekuatan membuka kisah silam yang berlaku pada Kimi.

“Dan di rumah, dia belajar melukis. Melakar apa sahaja yang ada dalam fikirannya. Penuh biliknya dengan lukisan. Salah satu lukisan tu adalah potret wajah kau. Aku saja melanggar kau sewaktu pendaftaran dulu. Semata-mata nak memastikan adakah kau Auji yang dicari selama ni.”

Auji tertunduk, terbit rasa kesal kerana tidak pernah sekali dia bertanya perkara yang sebenar kepada Akim.

“Aku bukan sengaja mahu menguji kamu Auji. Aku cuma mahu mengetahui kau benar-benar cintakan dia atau tidak sebelum aku ceritakan perkara yang sebenar ini. Tapi semua dah terlambat. Benda dah berlaku.”

Pintu kecemasan di buka, saat itu keluar seorang doktor. Saat itu cepat-cepat Auji dan Akim bangun mendapatkan doktor itu.

“Siapa waris Muhammad Amir Nurhakimi.”

“Saya doktor, saya abang kandung dia.” Cepat-cepat Akim menjawab.

“Terlalu banyak pendarahan dikepalanya berpunca dari kemalangan lama, disamping itu dia kehilangan banyak darah. Kami masukkan 9 pain darah. Tetapi masih tidak dapat menampung kehilangan darahnya. Maafkan kami, tetapi kami dah cuba yang terbaik. Allah lebih sayangkan dia. Bersabar banyak-banyak.”

Doktor itu berlalu pergi. Akim berdiri kaku sambil tertunduk ke bawah. Lama juga dia berkeadaan begitu.

“Innalillahiwainnailaihirajiun.” Akim menekup mulutnya. Dia kembali terduduk di atas kerusi kayu. Airmatanya deras mengalir laju saat itu.

Auji sekadar berdiri sambil bersandar di dinding Hospital tawakal. Terasa bersalah kerana terlalu terburu-buru.

Saat itu, keluarga Akim juga sampai. Tanpa bicara, mereka memahami apa yang berlaku. Bertakung airmata dikelopak-kelopak mata mereka.


3 comments:

epy elina said...

hhohoo...
amir dah mnggal ke??
kcian auji....
best2x...
tp aku bnyk prsoaln yg x thu ada jwpn ni...

i'm nobody said...

sedihnya... mmm... hero da mati...

Unknown said...

best cite nyer,,,