Tuesday, October 27, 2009

Bab 16: Resah


Auji menjengahkan mukanya keluar tingkap setelah Wani memberitahu tentang kehadiran Anis dan Azim kepadanya.

“Ha Anis, kenapa? Gelabah semacam saja.” Auji melirik senyuman kelat.

“Auji, malam tadi budak-budak race tu eksiden. Jom kita ke hospital.” Kelam-kabut suara Anis.

“Siapa yang eksiden?” Auji menekup mulutnya.

“Faris dan kawan-kawannya.” Ringkas sahaja jawapan Anis.

“Maksud kau Amir sekali.” Terketar-ketar suara Auji.

Anis mengangguk perlahan. Auji menekup mulutnya. Airmatanya mula mengalir. Baru semalam hati Amir disayat oleh Auji. Dia cuma mahu merajuk untuk seketika. Tidak sungguh dia menyangka akan jadi begini.

“Iyalah. Cepatlah.” Anis menyuruh Auji segera.

“Teruk ke?” Airmata Auji mula bergenang.

“Dua orang meninggal.” Ringkas sahaja jawapan Anis dalam kerisauan.

“Siapa yang meninggal tu?” Auji risaukan Amir. Empangan air dimatanya tidak dapat ditahan lagi.

“Ni yang nak pergi tengok ni, aku pun tak dikhabarkan siapa yang meninggal. Dah lah, cepat-cepat. Azim tengah tunggu di kereta.” Anis menyuruh Auji bersiap segara.

“Kejap-kejap.” Sendu suara Auji.

Berdesup Auji masuk ke dalam Rumah. Kedengaran suaranya meminta Wani memberitahu Encik Samsul akan apa yang berlaku.

“Macam mana dia.” Tidak sabar-sabar Auji menuruni tangga rumahnya.

“Maksud kau Amir.” Anis meneka.

Auji mengangguk lemah. Airmatanya membasahi pipinya.

“Aku tak tahu la Auji. Azim yang bagitahu aku. Dia cuma bagitahu aku budak-budak lumba eksiden malam. Tu pun bapak dia yang bagitahu. Selebihnya aku tak tahu. Azim kata dia pun tak tahu.” Mereka berdua terus meluru ke kereta.

Auji diam sahaja. Kerisauan jelas terlihat di matanya.

“Yang pasti Amir terlibat.” Pintu kereta di kuak. Terkaku sebentar Auji.

Auji lemah longlai. Terasa kebahagiannya diragut. Sepanjang perjalanan, masing-masing diam. Auji melayan perasaannya. Menyesal Auji tidak memberi peluang kepada Amir membela diri malam tadi. Sekurang-kurangnya dia harus mendengar segala penjelasan Amir. Kemudian, terpulang pada dirinya untuk membuat keputusan.

Sampai sahaja di wad kecemasan, Auji dan Anis terus meluru ke kaunter pertanyaan.

“Nurse, malam tadi ada budak jatuh motor di Jalan Pak Awang. Di mana mereka ye.” Kelam-kabut Anis bertanya. Auji berdiam diri terkaku disebelah Anis.

“Mereka semua di wad 4.” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh nurse sambil melemparkan sebuah senyuman.

“Terima kasih Nurse.” Anis terus menarik tangan Auji meluru ke wad 4. Auji menurut sahaja.

Dari luar pintu bilik wad, Auji terlihatkan seorang perempuan duduk di birai katil hospital. Sedih dan hiba terpancar dari riak wajahnya.

“Auji, tu kakak Faris kan.” Anis menjuihkan mulutnya ke arah perempuan yang duduk dibirai katil hujung itu.

Auji sekadar mengangguk lemah. Anis menghampiri Kakak Faris.

“Assalamualaikum, Ni kakak Faris kan?” Anis menegur.

“Waalaikumussalam. Ya saya.” Terkejut kakak Faris yang sedang meratapi kesedihan.

Diamati wajah Anis dan Auji. Direnung untuk mengenali wajah Auji dan Anis.

“Kami kawan Faris.” Anis memperkenalkan diri sebagai kawan Faris. Perkara yang lama telah Anis lupakan.

“Oh, Terima kasih sudi melawat. Duduklah.” Kakak Faris menghulurkan kerusi kepada Auji dan Anis.

“Macam mana dengan Faris dengan Remi.” Anis bertanyakan keadaan Faris.

“Faris cedera parah. Kakinya patah. Tulang rahangnya patah, dia tidak boleh bercakap lagi buat masa sekarang.” Diusap-usap rambut Faris yang sedang lena hasil penangan ubat-ubat.

“Remi macam mana kak?” Khabar mengenai Remi tiada kedengaran.

Dihela sebuah nafas yang panjang. Kepalanya tunduk. Kakak Faris mencari sebuah kekuatan. Airmatanya mula menitik.

“Remi dah meninggal dunia. Petang nanti kami akan kebumikan. Pagi ni doktor nak buat bedah siasat. Seorang lagi kakak tak berapa kenal. Kawan mereka mereka juga.” Teresak-esak suara kakak Faris.

Airmata Auji dan Anis mula merembes terus membasahi pipi mereka.

“Yang cedera pun ramai. Yang selamat bertempiaran lari entah kemana.” Sambung Kakak Faris.

Kakak Faris mengeluh panjang. Auji dan Anis hanya menjadi pendengar yang setia.

“Pagi-pagi lepas Subuh, Akak pergi rumah nenek. Nak bagitahu tentang kemalangan ni. Tapi, nenek kami meninggal juga. Malangnya nasib kami. Nenek meninggal dalam keadaan mengerikan. Polis masih menyiasat punca kematiannya. Dia seperti mati dibunuh. Mungkin dia akan dikebumikan petang nanti bersama dengan Remi.” Riak wajah kakak Faris mula kelihatan sedikit tenang. Melepaskan segala kesedihan yang tidak tertanggung olehnya.

“Sabarlah ye akak.” Anis menenangkan keadaan.

“Macam mana boleh kemalangan akak.” Auji menggagahkan diri untuk bersuara.

“Faris tadi meracau, dia kata dia nampak hantu. Entahlah, kakak pun tak tahu la dik. Tapi yang pasti, masa ambil selekoh, Faris terjatuh dan motosikalnya melambung melanggar mereka yang berdiri di tepi jalan. Lepas tu motosikal yang dibelakang pun ada yang terjatuh juga. Jalan licin sikit malam tadi. Gerimis turun.” Jelas dalam samar-samar apa yang berlaku.

“Kakak kenal Amir?” Dari tadi berteka-teki akhirnya terpacul keluar soalan yang seolah-olah tersangkut dikerongkong Auji.

“Owh, kawan si Faris tu.” Teringat kakak Faris terhadap kawan adiknya itu.

“Macam mana dengan dia?” Auji mendekati Kakak Faris. Tidak sabar rasanya mendengar khabar berita Amir.

“Dengarnya koma. Kakak pun tak tahulah adik. Nak cerita lebih-lebih. Takut salah cerita, jadi fitnah pula.” Auji menguatkan semangatnya.

Anis menggenggam telapak tangan Auji. Memberi Auji kekuatan untuk menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku. Anis merenung mata Auji. Jelas matanya meminta Auji tenang dan tabah menerima segala kemungkinan. Ditarik tangan Auji ke kaunter pertanyaan wad.

“Assalamualaikum Abang.” Tanya Anis. Auji hanya membontoti Anis.

“Waalaikumussalam Adik, ya boleh saya bantu.” Terukir sebuah senyuman manis di bibir jururawat penjaga kaunter itu.

“Di mana pesakit yang kemalangan malam tadi. Nama dia Muhammad Amir Nurhakimi bin Abdul Razak?” Anis yang bertanya. Auji mendiamkan sendiri sahaja untuk terus mencari kekuatan.

“Owh, yang terlibat dalam kemalangan ngeri malam tadi.” Jururawat penjaga kaunter mengingatkan sesuatu.

“Warisnya meminta dia dihantar ke Hospital di Kuala Lumpur.” Ringkas sahaja jawapan jururawat pembantu itu.

“Macam mana keadaan dia?” Lebih Anis yang risau. Auji hanya terkujur menangis mendengar sahaja apa yang berlaku.

“Yang tu saya tak pasti la Adik. Mungkin adik boleh berjumpa dengan doktor yang merawatnya untuk perkara yang lebih lanjut.” Tersenyum lagi jururawat itu. Senyuman itu bisa menenangkan pesakit yang datang.

“Boleh saya berjumpa dengan doktor tu?” Pinta Anis.

“Boleh, nama dia Doktor Haniza. Ha, itupun dia.” Sambil jururawat itu menuding jari kearah seorang doktor yang berdiri hampir dua puluh meter dari kaunter pertanyaan.

Terkocoh-kocoh Anis mengejar. Auji hanya membontoti dari belakang.

“Assalamualaikum.” Anis memeberi salam penuh sopan.

“Waalaikumussalam.” Doktor Harniza menutup failnya. Dijawab salam itu dengan sebuah senyuman.

“Saya nak bertanya mengenai Muhammad Amir Nurhakimi bin Abdul Razak.” Anis yang bertanya lagi, mulut Auji seakan terkunci.

“owh, yang Eksiden malam tadi tu ke?”

Auji dan Anis mengangguk. Wajah mereka kelihatan begitu ingin tahu.

“Dia koma, warisnya minta dia dirawat di Hospital Kuala Lumpur.” Ringkas sahaja jawapan yang terpacul dari mulut Doktor Harniza.

“Keadaannya pula.” Anis dan Auji terkaku.

“Apa yang saya boleh katakan, dia koma. Kepalanya terhentak dan sedikit retak. Terdapat pendarahan diotaknya. Tangan kanannya patah. Itu saja yang kami dapat katakan. Saya merawatnya sampai disitu. Setakat itu sahaja yang saya tahu. Insyaallah, dia akan sedar walaupun peluang hanya 50-50. Banyak-banyaklah berdoa semoga Allah panjangkan umur dia.” Riak yang menyuruh mereka berdua tenang dan sabar terpancar dari wajah Doktor Harniza.

“Terima kasih Doktor.” Anis menundukkan sedikit kepalanya tanda terima kasih dan menghulurkan tangan untuk berjabat salam.

“Sama-sama.” Doktor Harniza memberikan senyuman semangat sebelum beredar pergi.

“Kuatkan semangat kau Auji. Doakan dia selamat.” Anis cuba menenangkan Auji. Airmata Auji semakin tidak dapat dibendung lagi. Anis merenung wajah Auji. Didakap erat sahabatnya. Auji hanya diam terkaku.

1 comment: