Thursday, March 4, 2010

Bab 20: Ruang


“Kelas you petang ni pukul 3.00 kan. Jom makan. Dah pukul 12.00 ni. I laparlah sayang.” Ainal memecah kesunyian.

Sudah dari tadi Amir, Auji dan Edi membuat tugasan yang diberikan oleh Dr. Hashimi sewaktu kelas minggu lepas. Ainal hanya memerhatikan mereka menyiapkan tugasan yang diberikan.

“Kejaplah, I nak salin assignment ni. Tinggal sikit saja lagi ni.” Tidak sedikit pun Amir memandang ke muka Ainal. Khusyuk dia menyalin jawapan tugasan yang telah sama-sama dibincangkan.

Suasana kembali sunyi. Terkulat-kulat Ainal kebosanan. Dibuka beg tangannya dan lantas mengeluarkan sekeping cermin. Dibelek-belek wajahnya yang sarat ditatarias. Selesai dibelek, dimasukkan kembali cermin itu kedalam beg tangannya. Kemudian dibelek telefon bimbitnya pula. Disimpan semula kemudiannya.

“Jom makan lepas ni.” Edi mempelawa secara Auji secara tiba-tiba.

“Ok je. Makan kat mana?” Auji cuba memancing cemburu Amir.

“Kita makan kat kedai makan depan Bomba tu. Dengar cerita sedap.” Sungguh teruja wajah Edi lantaran pelawaannya disambut Auji dengan baik.

“Aku tak ada hal.” Auji mengangguk setuju.

Auji menyambung menyelesaikan tugasan. Amir hanya diam. Ainal melempiaskan pandangannya keluar. Edi tersenyum sendiri. Edi memutar-mutarkan pena dijarinnya.

“Nak join kami?”Diajukan soalan kepada Amir dan Ainal. Edi sekadar ajak-ajak ayam.

“Bo...” Amir bersuara tapi sempat dipintas oleh Ainal.

“Hari ni kita makan kat Mines yer sayang.” Ainal merengek manja. Dipeluknya lengan Amir.

Amir merasa sedikit tidak selesa. Dia cuba menepis tangan tunangnya itu. Auji dan Edi hanya memandang sinis. Ainal terasa tergugat.

“I teringin nak makan Kenny Rogers.” Dipandang wajah Amir dengan penuh manja.

“Bukan baru minggu lepas ke kita makan Kenny Rogers.” Amir hairan. Jarang benar Ainal mahu makan di restoran yang sama dalam masa yang singkat.

“Teringin la sayang.” Ainal mencebikkan mukanya tanda sedikit merajuk.

“Kejap lagi lah, I nak salin sikit saja lagi ni. Lepas tu kita pergi makan.” Tenang sahaja suara Amir dengan harapan agar dapat menenangkan Ainal dari terus memujuknya.

“Pukul berapa nak pergi ni.” Ainal mula berang. Sudah lama dia menunggu.

“Kejap lah. You ni tak reti sabar betul.” Amir sedikit tinggi suaranya. Hilang kesabarannya.

“I dah lapar.” Ainal tidak mahu mengalah.

Muka Amir berubah. Kelihatan marah benar dia dengan Ainal. Kerjanya masih belum siap. Tunangnya pula mengada-ngada. Rasa mahu ditangannya Ainal sekali.

“Aku dah siap salin dah.” Auji mencelah tiba-tiba. Dikemaskan alat-tulisnya.

“Aku pun dah siap dah.” Edi mula bangun. Mengemas apa-apa yang patut.

Amir masih lagi kalut menyalin. Dari tadi asyik diganggu Ainal. Amir terasa gusar. Bimbang tidak sempat menyiapkan tugasannya.

“Kau bawa sajalah, nanti jumpa di kelas. Kau salin saja di Kenny Rogers.” Edi memberi pendapat.

Amir angguk dan terus mengemas barangnya. Diambilnya kertas jawapan dan diletakkan ke dalam fail. Auji masih lagi duduk membelek tugasan yang disalinnya. Edi buat-buat membelek tugasan yang diberikan.

“Kalau macam tu aku gerak dulu la.” Amir mohon diri. Ainal senyum kelat.

Edi berdiri dan mengekori Amir dan Ainal dengan ekor matanya sahaja sehingga kelibatnya hilang meninggalkan bilik perbincangan.

“Kenapa minah cun perasan cantik tapi tak siap tu macam anti sangat dengan kau?” Edi duduk semula melihatkan Auji masih duduk di situ.

“Takut aku kebas tunang dia agaknya.” Tidak sedikit pun pandangannya dialihkan ke muka Edi.

“Amir dah tunang dengan minah tak siap tu?” Edi mula menyibuk. Terkejut dia saat terdengar Amir sudah bertunang dengan Ainal.

“Minah tak siap tu nama dia Ainal.” Auji memperkenalkan Ainal kepada Edi.

“Dia dah tunang dengan Ainal?” Edi mengulang soalannya dengan nada kaget.

“Iya Encik Brian Ahidi. Yang kau sibuk sangat ni apa pasal?” Auji mengiyakan sahaja.

“Aku cuma nak tahu saja. Tapi tak payahlah kau panggil nama penuh aku. Seganlah aku.” Edi tersengih.

“Kenapa nak segan? Sebelum ni bukan main lagi dalam kelas. Berlagak.” Auji memerli.

Edi terdiam. Sememangnya dia terlalu membangga dengan dirinya. Hanya dirinya yang bagus. Hanya dirinya yang terbaik. Tanpa pernah memikirkan perasaan dan pandangan oranglain. Dia sedikit tersentak dengan kata-kata Auji.

“Kenapa kau panggil dia minah tak siap?” Auji menumpukan perhatiannya pada Edi kali ini.

“Cantik, tapi tak siap tu. Maksud aku dia berangan dialah yang paling cantik. Kau lagi cantik.” Terang Edi.

“Pandailah kau.” Auji menjuihkan bibirnya.

Auji bingkas bangun. Dibimbit begnya. Dikemas fail-fail dan buku-bukunya. Disusun rapi ditangan. Edi dari tadi mengemas. Sudah bersedia menunggu Auji.

“Aku sukakan kau” Telus Edi.

“Aku tak berminat.” Auji memulakan langkah keluar dari bilik perbincangan. Tidak sedikit pun dia memandang Edi.

“Kau nak kemana tu?” Edi terpaku.

“Pergi makanlah.” Sahut Auji.

“Dengan siapa?” Edi mula gelabah. Dia bingkas bangun.

“Kawan akulah.” Auji terus melangkah.

“Habis tu aku macam mana?” Edi mohon simpati.

“Mulut masing-masing. Pandai-pandailah kau nak makan.” Tidak sedikitpun dipandang wajah Edi.

“Tadi kau dah janji dengan aku nak makan di Bomba. Kenapa tak jadi pula ni?” Suara Edi sedikit beremosi.

“Sebabnya, kau tak perlu tahu. Lagi satu. Aku tak sukakan kau. Kau faham. Kita cuma kawan sekelas. Tak lebih dari itu. Aku harap kau faham.” Auji memandang tepat ke arah Edi.

Auji tidak selesa diajukan soalan bertubi-tubi. Sememangnya soalan sebegitu akan merungkai rahsia yang pernah disimpan kemas selama ini. Auji meneruskan langkahnya beberapa langkah. Edi menuruti dari belakang.

“Sebab kau sukakan Amir kan? Betul tak?” Edi meneka.

Langkah Auji terhenti. Kali ini tidak sedikitpun dia memalingkan muka. Dia tertunduk. Edi berhenti meneruskan langkahnya beberapa langkah dibelakang Auji.

“Apalah yang kau pandang sangat si Amir tu. Nak kata kacak, biasa-biasa saja. Nak kata bergaya, aku lagi stylo dari dia. Cuba bagitahu aku kenapa? Apa kurangnya aku dari dia?” Edi membandingkan dirinya dengan Amir.

Auji hanya tertunduk diam. Tidak sedikit pun dia melenting dengan kata-kata Edi. Edi bagaikan dipaku dibelakang Auji.

“Auji, Amir tu tunang orang. Kau sedarlah diri kau tu sikit.” Perlahan sahaja nada suara Edi.

Auji terus membelakangi Edi. Tidak sedikit pun kedengaran Edi melangkah menghampirinya. Sememangnya Edi seakan dipaku kasutnya.

“Auji, Aku suka kat kau. Kau tahu tak? Boleh tak bagi peluang pada diri aku untuk kenal kau. Kita cari keserasian.” Edi meluahkan perasaannya.

“Habis tu, kalau tak jumpa keserasian tu macam mana?” Auji mendongak sedikit. Kedengaran sedikit teresak suaranya.

“Kenapa tidak mahu mencuba dulu?” Edi cuba memujuk.

“Sebab aku tak nak kecewa lagi.” Masih terlalu keras hati Auji.

“Tak pernah jauh kekecewaan itu dalam hidup kita Auji.” Lembut suara Edi. Dia tidak seperti selalu.

“Pandai kau bermain-main kata-kata.” Auji cuba bertahan. Teguh pendiriannya untuk tetap menunggu Amir. Dia tidak mahu hatinya goyah.

“Auji, sekurang-kurangnya kau patut beri aku peluang.” Kali ini Edi serius.

Dialihkan pandangannya ke arah Edi. Bergenangan airmatanya mendengar pengakuan jujur Edi. Terus sahaja dia meninggalkan Edi dengan penuh tanda tanya. Edi masih lagi terpaku disitu. Edi tidak mampu untuk mengejar. Dibiarkan sahaja Auji berlalu.

No comments: