Thursday, November 5, 2009

Bab 18: Yakin


Auji melabuhkan punggungnya di sebuah bangku dalam kelas. Hari pertama kuliahnya.Terasa janggal. Ada hanya lebih kurang 10 orang sahaja pada hari pertama kelasnya. 9 daripadanya adalah pelajar dari negara luar. Hanya dia seorang sahaja yang berasal dari Malaysia. Terasa, seperti berada di luar negara rasanya.

Kemudian masuk seorang lelaki. Berkaca mata hitam. Segak memakai kemeja putih dan berseluar jeans. Rambut lurusnya di sisir kemas potongan tengah. Tegap badannya. Berjalan persis model. Haruman yang dipakainya semerbak menusuk ke hidung Auji. Lelaki itu mengambil tempat di belakang Auji.

“Nak tanya?” Lelaki itu menyapa Auji dari belakang dengan sedikit kasar dan angkuh sambil menyandarkan bahunya ke kerusi plastik.

“Tak boleh beri salam dulu ke?” Perli Auji. Sebuah senyuman kelat diukir tanpa memandang lelaki itu.

“Assalamualaikum.” Tidak berapa ikhlas salam yang diberikan.

“Waalaikumussalam.” Auji menjawab.

Auji masih menghadap kehadapan, tidak sedikit pun pandangannya dialihkan ke belakang.

“Betul ke ini kelas Kawalan Proses?” Sebuah soalan terpacul keluar dari mulutnya. Lelaki itu mendekatkan dadanya ke meja.

“Ya.” Ringkas sahaja jawapan Auji.

“Owh.” Didongakkan sedikit kepalanya sambil kembali menyandar.

“Tak cakap pun terima kasih. Teruk betul.” Sinis sahaja kata-kata Auji, perlahan tapi dapat didengari lelaki itu.

“Terima kasih.” Masih angkuh.

Kedengaran kerusi ditolak sedikit ke belakang. Lelaki itu menghampiri Auji.

“Saya duduk sebelah boleh?” Tanya lelaki itu sambil kini memegang kaca mata hitamnya di tangan kiri. Sambil tangan kanannya memegang sebuah fail.

“Duduklah kalau tak malu.” Auji malas melayan.

“Nama saya Ahidi. Panggil Edi.” Lelaki itu memperkenalkan diri.

“Aku Auji.” Auji tidak berminat mahu berkenalan.

“Kau..” Kata-kata Edi terhenti setelah pintu dikuak.

Kelas yang dari tadinya agak riuh-rendah walaupun hanya ade 11 orang didalamnya. Masuk pensyarah yang usianya lewat 30-an. Dia meletakkan buku-buku yang dibawanya di atas meja. Kemudian dia berdiri tepat ditengah hadapan kelas.

“Sorry I’m slightly a bit late. This is process control class?” Pensyarah itu memulakan bicara.

“Yes” Bergema suara seluruh kelas walaupun hanya ada 11 orang.

“Anyway, today we are not going to start anything. What we are going to do is, you need to introduce yourself and we get to know each other better. Since this is a very small class, I’m hoping that I can remember each and everyone.”

Semua menumpukan perhatian ke arah pensyarah yang sedang berjalan ke arah meja bilik kuliah. Diambilnya sekeping kertas.

“In my list, I have for about 12 student.” Katanya sambil merenung kertas yang mengandungi senarai pelajar siswazah. Kemudian dia mengira jumlah pelajar didalam kelas.

“Its only 11 of you now. Did you know who’s the missing person? There should be 12 of you.” Kemudian dia meletakkan kembali senarai itu kembali ke atas meja.

“Not sure sir.” Satu suara menjawab.

“And there’s only one lady. Impressive. Anyway, let me intoduce myself. My real name was Hashimi. Since I’m holding PhD. So you should call me Doctor. So I’m Doctor Hashimi. I were degree, master and PhD holder from Germany. I’m sorry if my english was not good enough. Hope that you can understand my english. I served this university for about 5 years and I guess thats all.” Doktor Hashimi memperkenalkan diri.

Mata Doktor Hashimie melilau memerhatikan sekeliling seperti mencari sesuatu. Matanya terpana kearah Auji.

“Anyway, now your turn. Why don’t we start with you first young lady. Don’t worry, I’m married with two kids.” Doktor Hashimi cuba berjenaka.

Auji berdiri. Tangannya menolak kerusi yang didudukinya sedikit ke belakang agar dia boleh berdiri dengan tegak.

“Hai everyone, my name is Auji binti Samsul. You can call me Auji. I’m from Johor, Malaysia. Currently I’m doing my Master Degree in Electrical Power Engineering. I think thats all.” Auji memperkenalkan diri.

Tersenyum semua di dalam kelas itu memandang satu-satunya bunga dibalik kumbang mendatang. Auji turut tersenyum dan pipinya merah menahan malu. Jarang sekali dia memperkenalkan diri sedemikian rupa. Auji kembali duduk.

Edi yang dari tadi memandang seakan mula cemburu dengan mata-mata yang memandang. Lantas tanpa disuruh, dia

“Hello Everyone, my name is Brian Ahidi bin Hadi. You can call me Edi. I’m from a Great City of Kuala Lumpur, Malaysia. Currently I’m on my first semester, Master Degree in Microelectronics.” Sedikit angkuh suaranya.

Edi duduk. Pintu di kuak. Masuk seorang lelaki. Terus dia berjalan dan berdiri di sebelah Doktor Hashimi. Mata umat-umat yang berada di kelas itu terpanah kearah lelaki yang tiba lambat.

“Sorry Sir, I’m late.” Termengah sedikit suaranya memohon maaf.

“Nevermind, we just started.” Tersenyum Doktor Hashimi melihat gelagat pelajar yang baru masuk ke kelasnya.

Doktor Hashimi memandang seluruh kelas tapi menumpukan pandangannya kepada pelajar-pelajar siswazah dari luar.

“We finish out Malaysian Student First. After that we continue.” Dianggukkan kepalanya mengharapkan semua pelajar siswazah setuju.

Seluruh kelas hanya sepi. Mungkin setuju sahaja dengan apa yang dilakukan oleh Doktor Hashimi. Pensyarah itu kemudian mengalihkan perhatian kepada pelajar yang baru masuk.

“What you need to do now is introduce yourself to the others.” Doktor Hashimi memberi arahan kepada pelajar yang lambat itu.

“Oh, simple as that?” Pelajar itu menjengketkan sedikit bahunya.

“Yes. Simple as that.” Balas Doktor Hashimi sambil menanti pelajar itu memperkenalkan diri.

“Hello everyone, my name is Muhammad Amir. You can call me Amir.” Amir memperkenalkan namanya.

“Your fathers name?” Auji bersuara ingin tahu.

“Abdul Razak. Actually, my name are longer, so better you know the simple name, Muhammad Amir bin Abdul Razak. This is my first semester. I think its the same with all of you guys. I was Kuala Lumpur born boy and thats it.” Amir menjelaskan sedikit tentang dirinya.

“Your course?” Edi bernada sedikit tidak puas hati.

“Master in Telecomunication.” Ringkas sahaja jawapan Amir.

Kelas sunyi sepi. Tiada soalan selanjutnya kedengaran. Doktor Hashimi memainkan peranan.

“You may sit now.” Disuruhnya Amir duduk.

Auji tiba-tiba bangun.

“Yes Auji.” Doktor Hashimi terlihatkan Auji yang berdiri.

“I’m going to the ladies for a while.” Auji memohon diri.

Amir berjalan ke arah Edi. Amir melepasi Auji dan mengambil tempat dibelakang Auji yang tadinya diduduki oleh Edi.

“Ok sure.” Doktor Hashimi memberi kebenaran.

Auji cepat-cepat berjalan keluar dari bilik itu. Terasa terseksa melihat Amir kali ini. Dia yakin yang itu adalah Muhammad Amir Nurhakimi bin Abdul Razak. Orang yang pernah mendiami hatinya.

Cepat-cepat Auji mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya lantas menaip pesanan ringkas.

(Anis, aku yakin itu Amir yang aku cari selama ini. Minggu lepas, aku tak berapa yakin itu dia. Kali ni aku yakin itu dia.) Auji menghantar pesanan ringkas kepada Anis

Auji hanya berdiri di sinki tandas. Memandang cermin yang berada di tandas. Telefon bimbitnya berdering. Khidmat pesanan ringkas diterima.

(Dia dah tunanglah, kau still nak kat dia lagi ke?) Balas Anis menggunakan khidmat pesanan ringkas. Cepat-cepat Auji membalas.

(Aku nak tau kenapa dia tak cari aku selama ini. Aku nak tahu mana dia menghilang dan kenapa dia menghilang. I wanna fight for my love.) Cepat-cepat Auji membalas.

Auji memandang jam tangannya. Agak lama juga dia berada di tandas. Telefon bimbitnya berdering lagi tanda dia menerima khidmat pesanan ringkas.

(Apa-apa pun yang kau buat. Aku sokong kau.) Ringkas sahaja balasan Anis.

(Thank you so much.) Auji cepat-cepat membalas.

Auji terus membelek-belek wajahnya cepat-cepat. Dia sedar yang dia sudah agak lama dia berada di tandas perempuan. Dia terus keluar dan berjalan ke arah kelas.

Sesampai di muka pintu kelas yang tertutup itu, Auji mendengus, dia yakin yang itu adalah cintanya. Kali ini, dia yakin kerana dia benar-benar cintakan Amir.

No comments: