Tuesday, February 19, 2013

Cerpen: Hujan Petang

‘Kalaulah sebuah hati yang hancur remuk itu bisa dicantum dan disatukan dengan gam gajah, adakah ia bisa menyamai bentuk asalnya. Atau paling tidak pun, bisakah keretakan itu hilang dari pandangan mata kasar? Eh, hati mana boleh dilihat dengan mata kasar. Jadi hati yang hancur remuk itu juga tidak mungkin akan berderai jatuh ke bumi kerana letaknya yang kukuh di rusuk kiri. Tapi kalau berderai ke bumi, akan aku pastikan ada insan yang sudi mengutip cebisan-cebisannya. Kalau dia tidak mahu dicantum dengan gam, akan aku pastikan dia merawat setiap cebisan itu dan memastikan tumbuhnya sel-sel baru lalu akan terbitlah cinta baru.’

Juliana bermonolong sendirian, menunggang motosikal honda  jenis EX5 kesayangannya dengan kelajuan sederhana membuat fikirannya menerawang jauh. Saat berseorangan dan tiada gangguan membuat dia teringat kekasih yang baru saja ditinggalkannya, Helmi. Bagaimana hatinya hancur berkecai apabila video rakaman asmara lelaki itu bersama perempuan lain terlepas ke telefon bimbitnya. Tiada diketahui pula insan yang menghantar khidmat pesanan video itu kepadanya. 

Setelah melihat rakaman video, pada hari yang sama dia terus ke pejabat Helmi di Pekan Kulai. Mendaki rumah kedai dua tingkat yang dijadikan pejabat dan terus ke bilik Helmi. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menyuakan telefon bimbit yang sedang memainkan rakaman itu ke muka Helmi. Terkejut besar lelaki itu melihatnya.

“Mulai hari ini aku dengan kau tak ada apa-apa, kita putus.”

Juliana membuka langkahnya mahu keluar dari pejabat yang mampat dengan debu-debu dan udara dosa. Namun, telapak tangannya di tarik dari belakang. 

“Juliana, Helmi minta maaf banyak-banyak. Itu video lama.”

Juliana menghempas telapak tangan Helmi. Bibirnya diketap kukuh, menahan perasan marah yang meluap-luap terhadap lelaki yang sama baya dengannya itu.

“Video lama kau kata, kau tahu tak dalam video itu ada tarikh dan masa. Baru dua hari lepas video ini dirakam, masanya jam satu tengahhari.”

“Aku cuma buat seks dengan dia. Apalah sangat dengan seks yang aku buat dengan perempuan dalam video itu.”

“Cuma kau kata? Dengar sini lelaki yang perasan bagus, seks itu sesuatu yang sewajibnya dilakukan setelah halal sebuah perhubungan. Berzina itu haram, kau tahu kan? Harap saja sekolah menengah agama, tapi perangai lagi teruk dari budak tak sekolah.”

“Perempuan rempit, kau ingat kau bagus dah bagus sangat?”

“Aku bukan sekadar perempuan rempit. Aku, Cikgu Juliana Muslimah Rempit.”

“Apa-apalah. Kau ingat kau pakai tudung litup, hanya nampak dua telapak tangan dah buktikan kau baik sangat?”

“Aku tak cakap pun aku baik dan aku bukan perempuan yang perasan bagus, aku cakap yang aku ini Cikgu Juliana Muslimah Rempit.”

“Sudahlah perempuan kampung. Semua perempuan sama saja. Aku ayat kau sikit mesti boleh rakam punyalah. Jangan nak tunjuk kau itu perempuan yang konon-konon beriman, padahal amal kau pun belum tentu bawa kau ke syurga.”

“Kau tidak ada hak untuk menilai iman dan syurga. Kau manusia biasa sama seperti aku. Harap saja tonggang-tonggeng solat. Tapi buat dosa lagi banyak dari buat pahala.”

Helmi kembali ke kerusinya, bibirnya hilang bicara. Juliana mencebik lalu membuka langkah semula tetapi dia kembali menjeling ke arah Helmi.

“Lagi satu. Barang kau kecil sangat. Aku tak berminat.” Perli Juliana.

Bergema hilai tawa Juliana ketika menuruni tangga rumah kedai itu. Puas hati dia melepaskan semua amarahnya sehingga membuat lelaki itu terdiam seribu bahasa. Semua kenangan terakhir bersama Helmi itu berlaku minggu lepas.

‘Helmi, aku syukur Allah tunjukkan aku siapa kau sebenarnya.’

Pon!!! Pon!!!

“Opocot terkejut.”

Sebuah kereta satria putih yang dipandu laju membunyikan hon kereta memotong motosikal yang dipandu Juliana.

“Hoi, kau ingat dah bagus sangat bawa kereta satria putih laju-laju? Kau ingat kau kacak sangat bawa kereta berangan kereta sport? Mentang-mentanglah aku ada motosikal saja, kau nak berlagak dengan aku. Aku doakan kereta kau rosak tepi jalan. Padan muka kau.”

Juliana menjerit dengan suara wanitanya yang nyaring ke arah proton satria putih itu. Hatinya puas walaupun jeritan itu tidak bisa didengari oleh pemandu yang tidak memiliki etika di jalanraya.

Sinar petang yang tadinya cerah menjadi suram. Langit dipenuhi dengan awan gelap yang berarak ganas. Angin yang tadinya bertiup lembut kini bertiup kencang.

‘Baru sampai Parit Markom. Dah tak jauh perjalanan nak sampai ke rumah mak. Janganlah hujan.’ Juliana berharap air hujan itu masih tertahan-tahan di kelopak-kelopak awan. Rumah ibunya tinggal lagi lima belas minit perjalanan.

‘Kalau hujan turun, terpaksalah berhenti di tempat menunggu bas. Lambatlah sampai rumah macam ni.’

Tiba-tiba, rintik-rintik hujan mula terasa mencucuk-cucuk di kulit Juliana. Matanya terarah jaket yang dipakainya, mula dibasahi titik-titik air yang gugur dari langit. Bibir daranya dikemam dengan gigi. Hatinya gusar, membayangkan hujan lebat yang bakal turun dan dirinya basah-lencun mahu meneruskan perjalanan.

‘Tak mengapalah. Redha saja.’ Desis hatinya sendirian.

Perjalanannya ke kampung halaman tidak dapat diteruskan, gerimis beserta angin yang sangat kuat mencemburuinya meneruskan perjalanan. Matanya melilau mencari tempat berteduh.

Hatinya lega melihat sebuah pondok menunggu bas. Juliana membelokkan motosikalnya, memberhentikan betul-betul di hadapan pondok bas itu. 

Enjin dimatikan, kunci dicabut lalu Juliana meluru laju ke tempat berteduh. Hujan yang tadinya rintik-rintik mula mencurah-curah. Dia duduk di kerusi, yang menghadap jalan.

Kelihatan kenderaan-kenderaan bergerak perlahan, berhati-hati dek air yang bergenang di permukaan jalan. Lampu hadapan turut di pasang untuk keselamatan.

‘Hujan lebat, pukul berapa aku nak sampai rumah mak ni.’ Juliana mengeluh di dalam hati. Dia yang beria-ia bergegas mahu pulang segera, tetapi tersangkut di tengah jalan pula.

Guruh berdentum tanpa henti, diikuti kilat yang sabung menyabung. Pokok-pokok sekeliling bergoyang-goyang di tiup angin hujan petang yang bertiup kencang. Tempias air hujan turut mengenai Juliana.

Juliana memeluk tubuhnya sendiri. Kesejukan petang akibat hujan, ditambah dengan angin yang bertiup berserta tempias air hujan yang mengenai wajahnya dan tapak tangannya begitu mendinginkan. Sekali-sekala telapak tangan kanannya menggosok-gosok telapak tangan kirinya untuk memanaskan sebahagian anggota badannya.

Dari sayup-sayup air hujan, ada kereta menuju ke arah pondok bas tempat Juliana berteduh. Dia mengecilkan anak matanya melihat kereta itu.

“Itu macam kereta tadi?”

Matanya dijengilkan lagi sekecil-kecilnya. Bibirnya diketapkan dengan gigi, marah yang tadinya reda membara kembali.

“Sah, itu memang kereta tadi. Memang mati aku kerjakan nanti. Siaplah kau, mentang-mentanglah kau bawa kereta berangan kereta sport, padahal kereta cuma kereta Satria.”

Juliana memeluk tubuhnya erat-erat. Matanya diarahkan ke lain, terasa jelak memandang lelaki itu. Sekali-sekala dia menjeling ke arah kereta ini, matanya tidak dapat memfokus wajah pemandunya dengan jelas.

Enjin kereta itu dimatikan, lalu kedengaran satu pintunya dibuka dan ditutup segera. Air yang sedang mengalir di atas tanah dan derap langkah menangkap halwa telinganya.

“Hujan lebat, kereta tak ada air-cond. Itu yang berhenti tu.”

Juliana tidak menghiraukan langsung kata-kata lelaki itu. Pandangannya juga tidak langsung terarah memandang lelaki itu.

Tersengih-sengih lelaki itu akibat tidak mendapat layanan memuaskan dari Juliana.

“Adik, jam berapa sekarang?”

‘Teknik lama mengurat.’ Desis hati Juliana.

Lelaki itu terpinga-pinga tidak mendapat layanan dari Juliana. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Bibirnya bersiul kebosanan.

Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora
Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi
Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman
Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara

“Hoi, bisinglah. Diam boleh tak, aku nak menikmati bunyi hujan ni.”

Suara bingit lelaki itu menyanyi menambahkan amarah geramnya. Mahu sahaja dia melempang pipi lelaki itu.

“Ingatkan awak ini pekak. Boleh dengar rupanya siap boleh menikmati bunyi hujan lagi rupanya.”

“Aku belum pekak lagi lah. Aku ni bukan orang kurang upaya.”

Juliana sempat memperincikan pandangan matanya ke arah lelaki yang sedang berdiri beberapa meter di hadapannya. Indahnya ciptaan Ilahi yang ditemukan padanya hari ini, namun dia mengawal perasaannya dengan membiarkan wajahnya dihiasi amarah yang membara.

‘Kacaknya dia, rambut lurus, kulit putih. Ada lesung pipit pula. Lepas tu pakai baju Polo. Memang mengancamlah dia ni. Pakai seluar slack krim, kasut warna coklat, tak tahu pula jenama apa?’ Juliana memuji makhluk ciptaan Ilahi di hadapannya.

“Maafkan saya cik adik manis, saya ingatkan mulut awak bisu, telinga awak pekak.” Nada suara lelaki itu perlahan.

“Aku masih lagi diberi kenikmatan hidup dan mensyukuri nikmatnya.”

“Wah, Ustazah sangat kamu ni. Mengajar di mana Ustazah?”

Juliana menjengilkan matanya tanda geram ke arah lelaki itu. Hatinya dibakar rasa geram yang membara. Tangannya terasa ringan mahu melempang lelaki yang kurang ajar padanya.

“Aku bukan ustazah. Ada faham?”

Juliana memeluk tubuhnya tanda geram yang semakin menebal dan membiarkan lelaki itu duduk di sudut satu lagi kerusi pondok bas. Lelaki itu turut memeluk tubuhnya yang kesejukan.

“Jadi awak ini ustazah rempitlah ya.” Lelaki itu tertawa kecil sambil menekup mulutnya dengan tangan telapak tangan kanan.

“Hey lelaki kurang siuman, apa pun nama kau, aku tak hairan. Aku bukan ustazah rempit. Tapi aku Cikgu Juliana Muslimah Rempit.”

Juliana memandang ke arah lain, jantungnya berdegup kencang melihat anak mata lelaki itu. Hatinya pula terasa ingin benar mengenali lelaki itu.

Suasana menjadi sunyi. Hanya kedengaran hujan yang masih lagi lebat, petanda hujan masih mahu belum berhenti, mencurah rezeki kepada manusia-manusia dalam mukim hujan itu.

“Cikgu Juliana rupanya nama awak. Nama saya Eqwan.”

Juliana mencebik sambil memberikan senyum kelat, lelaki bernama Eqwan itu cuba berbaik-baik dengannya.

‘Sedapnya nama dia, aku nak minta nombor telefon dia lah nanti. Hujan lama-lama sikit ya, aku nak kenal dengan Eqwan. Kalau tak dapat kenal, ini satu kerugian.’ Bisik Juliana dalam hati yang berbunga mekar walaupun wajahnya bertopengkan rasa marah dan geram.

Eqwan mengukir senyuman sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Entah apalah dalam fikiran wanita yang langsung tidak dikenali Eqwan itu sehinggakan dia begitu ego terhadap Eqwan.

“Maafkan saya kerana memekak menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu tu. Saya Cuma mahu hiburkan hati saya yang sedang bosan.”

Eqwan menundukkan kepalanya, rasa kesal terbit dalam dirinya kerana tidak menghormati Juliana. Dia memandang ke arah langit, melihat air hujan yang masih lagi mencurah-curah dengan lebatnya.

“Encik Eqwan, banyak lagi cara nak hiburkan hati tanpa perlu mengganggu orang lain.”

“Maafkan saya Cik Juliana.”

Juliana diam sahaja, fikirannya menerawang ke lain. Lelaki di hadapannya itu dilenyapkan dari pandangan matanya.

“Lainkali, kalau bawa kereta tu ingat pengguna jalanraya yang lain. Jangan pentingkan diri sendiri. Kemalangan itu selalu berlaku akibat kecuaian manusia. Jangan sampai oranglain merana atas kecuaian yang kamu cipta Encik Eqwan.”

Juliana berceramah di hadapan Eqwan, tangannya masih lagi erat memeluk tubuhnya. Hatinya tiba-tiba lembut, tidak jadi marahkan lelaki itu. 

“Maafkan saya, saya nak cepat tadi.”

“Encik Eqwan, kalau nak cepat sekalipun jangan sampai membahayakan orang lain.”

“Baiklah Cikgu Juliana, saya mohon ampun dan maaf sekali lagi. Saya akan pegang janji saya yang saya tak akan buat lagi perkara sebegitu.”

Eqwan memandang ke arah Juliana, sebuah senyuman diukir untuk memujuk Juliana. Lalu senyuman itu menerima sebuah kerlingan yang tajam. Eqwan cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain, bimbang hatinya terpanah oleh renungan mata wanita di hadapannya.

“Cikgu Juliana, jam berapa sekarang ya?”

“Taktik lamalah Encik Eqwan.” Juliana jual mahal.

“Oh, Maaf.”

Eqwan menyeluk poket seluarnya mengeluarkan telefon bimbit nokia model 3310. Setelah merenung ke skrin telefon bimbitnya beberapa saat, dia memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.

“Baru jam 4.30.”

“Kereta punyalah sporty, tak ada jam ke?” Juliana mencebikkan bibirnya.

“Jam saya rosak.”

‘Macam-macam alasan kau kan. Nasib baiklah kau kacak, tak jadi aku nak cilikan mata kau. Alahai Eqwan, kacaknya kau. Cepatlah minta nombor telefon bimbit aku. Nanti kita boleh berhubungan.’ Juliana mengharap dari hati.

“Juliana tinggal di mana?”

“Yang kau sibuk kenapa?”

“Saya cuma bertanya.”

“Simpang Renggam.”

“Nak balik ke mana?”

“Ish, banyak pula soalan dia ni.”

“Aku duduk simpang renggam, umur 24 tahun, kerja sebagai Cikgu Pendidikan Moral. Aku ni perempuan kampung, tinggal di Kampung Parit Abdul Rahman.”

“Lagi?”

“Graduan Utm.”

“Lagi?”

“Aku perempuan rempit yang sangat cantik, sekian”

Berderai tawa Eqwan melihat gelagat dan celoteh Juliana. Soalan yang ditanyakan dua sahaja. Tetapi jawapannya berjela pula panjangnya.

“Bulu hidung kerinting kah?”

Juliana terus meraba-raba bulu hidunganya. Berkerut-kerut dahinya hairan. Mana bisa Eqwan bisa melihat bulu hidungnya.

“Hoi, suka hati sahaja kau tengok bulu hidung aku ya. Mentang-mentanglah bulu hidung aku melengkung, lepas tu bulu hidung aku ni terjulur-julur keluar nak cecah bibir, kau kutuk-kutuk aku. Entah-entah bulu kau semua bersimpul kan.”

Juliana memeluk tubuhnya lagi. Geram dengan lelaki yang sengaja mencari pasal dengannya. Mahu sahaja dia menghampiri lelaki itu dan menamparnya sekali.

‘Kacak tapi kurang ajar, tak apa, jadi suami aku nanti aku ajar kau.’

“Nama saya Eqwan, umur 25 asal Parit Sikom. Dekat-dekat sini saja. Salam perkenalan saya ucapkan buat Cikgu Juliana.”

“Tak kuasalah saya nak berkenalan dengan lelaki yang berangan kacak.”

Eqwan menggeleng-gelengkan kepalanya, ego sungguh berhadapan dengan wanita yang bergelar Cikgu Muslimah Rempit itu.

Eqwan berdiri lalu berjalan menghampiri gigi air hujan yang mengalir dari atap pondok bas. Disentuh alur air hujan itu, terasa sejuk tangannya.

“Dah tak ada kerja main hujan ya.”

“Menikmati nikmat kurniaan Ilahi Cikgu Juliana.”

“Saya pun sedang menikmati keindahan ciptaan Ilahi juga.”

Juliana mengambil kesempatan memandang ke arah Eqwan, memerhatikan susuk tubuh Eqwan dari hujung rambut ke hujung kaki di kala pandangan lelaki itu jauh beralih dari memandang Juliana.

Kring kring!

Telefon bimbit Juliana berdering, dia segera mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya.

“Hello.”

Juliana diam sebentar.

“Mak, Ana di Parit Markom ni. Hujan lebat. Nanti dah reda, Ana terus balik rumah. Assalamualaikum.”

Juliana memutuskan talian dan telefon bimbitnya diselitkan di poketnya. Dia buat-buat tidak nampak yang Eqwan sedang menghampirinya.

“Mak saya telefon ke?”

“Eee, bila masa pula dia jadi mak awak? Kenal pun tidak, ada hati mahu jadi anak dia.”

“Kalau saya nak jadikan dia mak saya melalui awak bagaimana?”

“Kau gila? Aku kenal kau pun tidak.”

“Tadi kita dah berkenalan.”

“Macam tu kau kata berkenalan.”

Juliana mengalihkan pandangan ke arah berlainan. Hatinya gembira dipertemukan dengan lelaki kacak. Mungkin itulah jodohnya yang selama ini dinanti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada hujang petang.

Telefon bimbit Eqwan pula berbunyi.

“Saya ada di pondok bas Parit Markom ni.”

Entah apa yang diperkatakan oleh pemanggil telefon bimbit Eqwan di hujung talian.

“Baiklah.”

Wajah Eqwan berubah gelisah. Sekejap dia menunduk ke lantai, kemudian dia memandang jauh ke arah jalan. Kemudian dia memandang ke arah Juliana.

“Kapan kita akan bertemu lagi?”

“Kenapa Eqwan?”

“Boleh beri saya nombor telefon awak?”

“Boleh, salin nombor ini.”

“Sekejap.”

Eqwan, mengambil telefon bimbitnya yang tersemat kemas di dalam poketnya. Menggigil-gigil dia menekan butang-butang nombor papan kekuncinya.

“Eqwan. Awak OK ke?”

“Saya OK?” Eqwan mula mengelap peluhnya.

Hujan yang tadinya lebat beransur reda. Juliana merasa sangat lega. Hatinya pula ditebak rasa kasihan terhadap Eqwan. Entah apa masalah yang melandanya sehingga gelisah demikian rupa. Bibirnya terasa berat benar ingin bertanya.

“Nombor telefon awak.”

“Kosong satu sembilan...”

Baru sahaja Juliana ingin memberi nombor telefon bimbitnya, satu proton waja berwarna emas singgah di tempat perteduhan mereka berdua. Seorang wanita di dalamnya keluar dari isi perutnya. Cepat-cepat wanita itu mendapatkan Eqwan. Mata Juliana dan Eqwan memanah pandangan ke arah wanita itu.

“Sayang, you kat sini. Siapa perempuan ni?” Tiba-tiba kedengaran suara wanita itu sungguh garau.

“Dia tumpang berteduh kat sini. Kereta I aircond rosak. Panas duduk dalam kereta.” Tergagap-gagap Eqwan menjawab.

“Hai, nama saya Khaleeda Antasha binti Ahmad.”

“Saya Juliana.”

Khaleeda menghulur tangan ke arah Juliana. Juliana takut-takut menyambut salam Khaleeda itu. Dia menggagahkan diri menyambut salam itu juga beserta sebuah senyuman kelat.

“Eqwan sayang, Jom.”

Khaleeda serta merta menarik tangan Eqwan dan berlalu. Dipeluk erat lengan kanan Eqwan dan kepalanya dijatuhkan di bahu Eqwan. Eqwan sempat menjeling ke arah Juliana dengan wajah yang sangat kecewa. Mata Eqwan jelas menyatakan selamat tinggal kepada Juliana.

Juliana mengangkat tangannya dan melambai sambil tersenyum.

“Lega aku, homoseksual rupanya. Muka kacak tapi bercinta dengan Mak Nyah. Nama Khaleeda Antasha konon. Entah-entah Khalid bin Ahmad. Dah renovate sana-sini panggil Khaleeda. Patutlah aku tengok semacam saja tadi, bahu lebar, leher ade halkum besar tapi barang baik punya. Kalah aku punya barang.”

Juliana mengomel sendirian. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan pergi ke arah motosikalnya. Hujan petang hari itu tidak membawa apa-apa makna bagi dirinya. Hanya sebuah pengajaran, jangan terlalu mempercayai orang yang baru dikenali.

3 comments:

Lieynaim mohd noor said...

sambung... best cerita nie

Anonymous said...

Best dan lawak

Unknown said...

Hi,

Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk:"BENAR-BENAR" yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

Sekian.


Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com


Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.