Monday, April 5, 2010

Bab 25: Lantak

Justify Full
Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi
Bahgia ke anak cucu
Sentosa murah rezeki
Alhamdulillah bertemu jodohnya
Berkat kesucian Akhir terlak...

Auji mematikan Radio yang menyiarkan lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Anita Sarawak. Entah mengapa dirinya tidak senang tatkala lagu itu berkumandang di Radio Malaysia Kuala Lumpur. Mungkin rasa cemburunya mula menyelubungi diri.

Edy hanya memandang dan membiarkan Auji melayan perasaannya yang sedang memandu. Kadang-kadang Edy melirik ke jam yang terikat kemas di tangan kirinya.

“Er... Kau yakin ke Auji dengan apa yang kau buat ni?”

Edy memberanikan diri untuk bertanyakan soalan itu pada Auji.

“Mestilah aku yakin. Kenapa?”

Tangan Auji terus melekat di steering kereta. Matanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduan. Edy di sebelahnya sedikit pun tidak diendahkan.

“Tak ada apa-apalah?”

Kereta kelisa yang di pandu Auji meluncur laju memasuki Jalan Duta. Lengang sahaja jalan duta dan tidak banyak kenderaan pagi itu. Hari Sabtu, memang ramai yang tidak bekerja.

“Hidup ni macam kita memilih jagung.”

Auji menjelingkan matanya sedikit kepada Edy. Entah mengapa terpacul topik jagung dari mulut Edy.

“Kita dilepaskan di sebuah ladang jagung yang luas. Kemudian, kita di suruh memilih jagung yang kita rasakan terbaik sebelum menjelang matahari terbenam. Lantas kita memulakan pemilihan. Dalam pemilihan tu, kita berjumpa dengan jagung yang kita rasakan terbaik, cantik dan mungkin paling sedap antara jagung-jagung yang lain.”

Nadanya lembut sahaja, tuturnya perlahan dan beremosi. Edy menghela nafasnya dalam-dalam. Pandangannya dibiarkan sepi memandang tepi sepanjang Jalan Duta.

“Tapi hati kita sentiasa berbisik, mesti ada lagi jagung yang lebih baik dari jagung yang kita temui mula-mula dan sebelum-sebelum itu, ladang jagung ini kan luas. Kita terus-terusan mencari, dari satu pokok ke satu pokok, jagung-jagung yang terbaik terus kita temui. Ada juga yang tak elok. Dalam tak sedar, kita membuang masa sehinggalah gelap ladang jagung itu. Tanpa kita sedari rupanya matahari sudah terbenam. Nak petik jagung yang sebelum ini yang kita temui, sudah kehabisan masa.” Edy menyambung.

“Apa cuba kau sampaikan ni Edy?” Berkerut-kerut dahi Auji mendengarkan cerita Edy.

“Hargai apa yang ada di hadapan kau. Dari terus mencari dan mencari sesuatu yang kau tak pasti sama ada kau akan ketemu atau tidak. Takut bila kau sedar nanti, semuanya sudah terlambat.”

Edy memandang Auji mengharapkan Auji tidak melakukan sesuatu yang di luar batasan.

“Edy, Aku dah bagitahu kau kan. Kalau Amir tak terima aku, aku akan mulakan hidup bersama kau.”

Auji melemparkan sebuah senyuman kepada Edy. Edy hanya tunduk, di kuis-kuis kukunya.

“Aku ni pilihan terakhir kau ke?” Kecewa nada suara Edy.

“Biarpun kau bukan yang pertama, aku berjanji, mungkin kau bisa jadi yang terakhir dan sehingga ke akhir hayat aku.”

Auji tersenyum lagi sekali. Dia terus menumpukan kepada pemanduan.

“Auji, I love you so much.”

Kali ini, Edy betul-betul serius dalam bicaranya. Dia sangat mengharap Auji menerimanya sebagai pasangan sehidup semati.

“I know.” Auji menjawab acuh tak acuh.

“So...” Edy mengjengketkan bahunya dan dahinya berkerut.

“So what?” Auji tidak mengerti apa yang Edy mahukan sebenar-benarnya.

“Don’t you understand.” Edy menongkat dahinya.

“Understand what?” Auji semakin tidak faham dengan situasi yang berlaku.

Edy sedaya mungkin tenang dalam bicaranya. Disabarkan panas barannya agar tidak meletus.

“Oh God. Just tell her that I need her in mylife.” Edy menyandarkan kepalanya.

“Edy, kadangkala sesuatu yang kita mahukan itu tidak begitu penting pun dalam hidup kita.” Tenang sahaja bicara Auji dengan harapan Edy tidak terluka.

“Simple as that?...”

Kata-kata Edy terhenti tatkala terdengar telefon Auji berbunyi.

“Oh my goodness. I shouldn’t be here.” Edy menongkat dahinya kembali.

Kereta kelisa Auji menghampiri simpang masuk ke Masjid Jalan Duta.

“Stop the car.” Keras suara Edy. Dia menjadi marah.

“What?” Auji terkejut.

“I said stop the car.” Nada suara Edy sungguh marah, sepertinya dia melepaskan seluruh kemarahanya kepada Auji.

Auji berang. Dia terus menyalakan lampu signal kirinya dan memberhentikan keretanya di bahu jalan.

“Teruskan bermimpi di siang hari Auji. Terima kasih.” Edy membuka tali pinggangnya.

Edy terus keluar dari perut kereta kelisa Auji. Lantas dia menghempas pintu kereta bagaikan nak tercabut. Edy memulakan langkah, berjalan membelakangi kereta Auji. Dia kecewa saat perasaan hatinya langsung tidak didengari dan difahami.

Cepat-cepat Auji keluar dari perut keretanya dan terus berdiri disisi kereta.

“Hey, kata nak tolong aku.” Auji menjerit sahaja dari keretanya.

“Get lost!” Edy menjerit geram.

Edy menunjukkan isyarat jari hantu ke arah Auji. Tidak sedikitpun pandangannya memandang belakang. Dia meneruskan langkah kakinya.

“Ok fine. Go on with your life then, I found mine.”

Auji masuk semula ke dalam keretanya. Di tutup pintu keretanya dengan kuat. Dia menggetap bibir, dalam marah itu, terbit rasa kesal dalam dirinya membuat insan yang bisa bergelar sahabat sebegitu rupa.

“Patut ke aku buat macam ni?” Auji berkata sendirian di dalam keretanya.

Auji menukar gear dari ‘N’ ke gear ‘D’ lantas menurunkan brek tangan. Kakinya menekan pedal minyak, keretanya meluncur laju. Edy ditinggalkan sahaja.

“Lantaklah apa nak jadi.” Auji nekad.

2 comments:

Anonymous said...

new n3....lama lg ke cite ni?

akira sendoh said...

“Hargai apa yang ada di hadapan kau. Dari terus mencari dan mencari sesuatu yang kau tak pasti sama ada kau akan ketemu atau tidak. Takut bila kau sedar nanti, semuanya sudah terlambat.”

suka sgt dgn kata2 neh...pndai berpuitis ek..