Saturday, October 9, 2010

Loro: Chendana Episod 14


Tajuk : Chendana
Penulis : Faizal Sulaiman
Cerita ini juga boleh dilayari di Seindah Dunia Kita (Klik Sini). Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8.08 malam. Jilbab Episod 15 akan disiar pada 11 Oktober 2010.

Chendana (Episod 14)

Rona Asyraf memucat.
Ditoreh pun tidak berdarah.

Dihadapannya, kini dia melihat tubuh Hajar yang telah dirasuk ‘sesuatu’ terapung-apung seperti sedang menarikan sesuatu dengan mulutnya terkumat-kamit berkata sesuatu. Sesuatu tentang pengertian cinta.

Rahasia cinta..
Bukanlah harta atau rupa

Suara gadis itu kedengaran lirih, mendayu dan sayu. Seperti ada bebanan besar yang ditanggungnya dan ini langsung membuatkan Asyraf merasa kasihan dengan nasib yang menimpa Hajar.

“Asyraf..you buatlah sesuatu! Saya..saya betul-betul takut ni”, suara Samira tiba-tiba menerjah ke gegendang telinganya.

Asyraf cuba fokus kepada pembacaan doa nya. Sesekali dia nampak Hajar yang terawang-awang mulai menyanyi dan meliuk lentukkan tangannya gemalai.

Wajahnya yang bujur memandang Asyraf yang leka membaca ayat Kursi.

“Kau cuba menghalau aku?”
Tawanya berdetar di hujung kata. Tubuhnya terapung apung beberapa sentimeter dari lantai, terbang perlahan-lahan menuju ke arah Asyraf sambil bersenandung hiba.

Ia adalah rela hati yang memandu kita
Ke jalan yang paling biasa ataupun luarbiasa

“Kau berdua tak akan pernah mengerti bagaimana rasanya aku dikhianati!”, ‘Hajar’ bersuara garau. Matanya membuntang memandang kedua makhluk yang kelihatan sangat takut itu.

Seketika dia menyambung.

“Lelaki yang ku cintai telah mengorbankan aku..demi serakah dan nafsu untuk kekayaan hidup! Aku terpedaya dengan cinta…aku terbuai dengan kata-kata manis dan janji seorang laki-laki!”, bidasnya tiba-tiba garang, menjeling Asyraf dengan ekor mata yang sangat menggoda.

“Kau boleh jadi pengganti aku. Dan kemudian biar aku robek hati engkau kerana engkau sudah mempermainkan naluri wanita!”, ujarnya penuh dendam. Baginya semua lelaki sama sahaja. Pemain hati wanita. Perosak naluri wanita. Pemusnah harapan wanita! Dan kerana itu dia berdendam.

Mahu menghapuskan keturunan yang berasal Adam itu!

“Kau bacalah surah itu. Ayat itu. Ia sedikitpun tidak akan memamah jasad aku dari mengusai budak perempuan ini!”, suara garau Hajar berkata menakutkan. Matanya melilau-lilau tidak keruan.

Kedengaran pintu dikuak.
Kelibat seorang lelaki kelihatan, berjubah putih dengan serban tersenyum tenang.

“Assalamualaikum”

‘Hajar’ yang terapung-apung lekas memandang lelaki berjubah putih itu dengan renungan mata yang sangat marah. Tubuh terapungnya lekas meluru ke arah lelaki itu sebelum menghayunkan tangannya ke udara yang kelihatan seperti menolak sesuatu. Lelaki itu terdorong sedikit ke tepi. Pipinya kelihatan seperti dicakar.
“Kehadiran kau sememangnya tak diundang ke rumah aku, Jamil! Baik kau berambus dari sini”, pekiknya lantang sebelum Jamil melibas serbannya ke udara, bagai seolah-olah memukul cemeti. Kedengaran bunyi terhenpas yang kuat sebelum lembaga yang merasuki Hajar terpelanting menghentam dinding.
“Kau sebenarnya yang tidak layak duduk di dalam budak ini. Dia tak berdosa! Demi nama Allah, keluar kau dari tubuh dia!”, Jamil melangking kuat sebelum membuat libasan kali ke dua. ‘Hajar’ ternyata tidak bodoh. Dia bingkas bangun dari tempat jatuhnya, kembali terapung-apung lalu menangkis serangan Jamil dengan membuat kedua belah tangannya sebagai perisai lalu menolaknya ke arah Jamil dengan sangat kuat.

Satu aura hitam terbentuk seperti kelompok kaca beterbangan menuju hadapan lelaki itu sebelum matanya dikatupkan dan dengan tangkas membaca ayat Kursi dengan kusyuk.

“Kau takkan selamat, Jamil! Seluruh keturunan kau akan aku hapuskan! Keturunan pengkhianat!”

Serpihan kaca semakin hampir pada batang tubuh Jamil. Tersilap langkah, tubuh Jamil bakal tersayat barai dengan serpihan tajam itu.

Dua baris ayat kursi yang terakhir dibacanya dengan penuh penghayatan.

Serpihan kaca semakin mendekat…
‘Hajar’ tersenyum sehinggga menampakkan taring!
Mati lah kau, Jamil!

Baris itu dihayati dengan mendalam. Allah Maha Mengetahui..Dialah Yang Maha Esa..Dialah Pengampun Dosa..

Serpihan kaca bertukar menjadi debu, halus dan berbau wangi…

‘Hajar’ tercengang.
“Kau memang tak guna! Biadap! Aku akan musnahkan kau!”, pekiknya lantang sebelum terbang mencerun ke arah Jamil.

Lelaki itu sudah bersiap sedia.

Dia kemudiannya melibas muka ‘Hajar’. Sekali lagi lembaga itu terpelanting sebelum kelihatan sesuatu, berwarna jernih keluar seperti asap putih lalu hilang dibawa angin.

Beberapa ketika Hajar membuka matanya lemah.
Samira memandang Jamil dengan wajah kelagaan. “Nasib abang Jamil dapat mesej yang saya kirimkan tu. Alhamdulilah”
Jamil sekadar tersenyum tenang.

Hajar memandang orang-orang dikelilingnya dengan wajah keliru.
Samira yang kelihatan sangat cemas.
“Apa dah jadi ni, dik?”
Hajar masih mamai-mamai, tetapi mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya sebelum menunjukkannya kepada Samira, Asyraf dan Jamil.
“Bila Hajar sentuh benda ni, Hajar langsung tak ingat apa-apa”, ujarnya lemah sebelum kelihatan dua biji batu dari genggaman gadis itu.

Jamil tersentak
Asyraf seperti tahu sesuatu.

Tahu ‘siapa’kah punya angkara itu!

BERSAMBUNG

No comments: