Saturday, May 30, 2009

Bab 8: Luahan

“Auji, kau nak terus balik ke?” Amir datang ke meja Auji. Sesi persekolahan hari itu baru sahaja habis. Fikirannya sedikit serabut.

“Tak adalah, aku ingat nak lepak kedai Pak Man dengan Anis. Azim pun ada sekali. Bapak aku lambat sikit hari ni. Dia kata dia nak ke Bandar sekejap. Jomlah, nak join kita orang?” Auji mengajak Amir sambil mengemas buku-buku dan alat tulisnya.

“Aku nak jalan sama-sama dengan kau sampai kedai Pak Man boleh?” Pohon Amir pada Auji. Riak Wajahnya sangat mengharapkan sesuatu.

“Boleh saja. Tapi motor kau macam mana?” Auji seakan tidak endah. Matanya dilarikan dari renungan mata Amir.

“Motor aku hantar repair. Nanti balik member aku ambil.” Amir sangat berharap Auji akan membenarkan dia turut mengiringi Auji berjalan ke Kedai Pak Man di medan selera pekan.

Auji hanya menganggukkan kepalanya. Dia hanya membalas dengan sebuah senyuman tanda setuju.

“Kejap, aku kemas beg aku kejap.” Amir sedikit gopoh. Dia berjalan laju ke mejanya untuk mengemas barang-barangnya. Sedikit girang riaknya.

Anis memandang dari depan kelas terperasankan Amir baru sahaja meninggalkan Auji. Dia keluar sebntar dengan Azim tadi.

“Mamat tu nak apa dari kau?” Raut wajah Anis sedikit kerisauan.

“Dia nak ikut kita minum kat kedai Pak Man?” Auji selamba berkata-kata. Beberapa helaian kertas jatuh ke lantai.

Anis memandang tepat wajah Auji. Dia tak mahu apa yang pernah berlaku pada dirinya berulang kembali pada sahabat kesayangannya.

“Kau hati-hati sikit la dengan dia. Kita bukan kenal dia sangat pun.” Anis cuba menyedarkan Auji.

“Ala Anis, jangan risaulah. Aku tahu jaga diri. Lagipun dalam kelas dia ok saja. Cuma dia tu tak pandai la. Lagipun aku bukan ada apa-apa dengan dia pun. Mungkin dia nak terangkan hal minggu lepas agaknya.” Auji tertawa kecil. Pandai sahaja dia cuba membuat Anis tersenyum. Kenangan di pantai masih lagi terngiang-ngiang di fikiran Auji dan dia memerlukan penjelasan dari Amir atas apa yang berlaku.

“Iya lah. Kau saja yang dapat nombor satu kan.” Senyuman Anis kelat. Masih terpancar riak kerisauan.

“Itu no comment.” Auji menutup beg sekolahnya sambil memerhatikan mejanya takut ada apa-apa yang tertinggal.

“Kau jalan dengan dia, aku dengan Azim ikut belakang kau. Jangan risau, apa-apa dia cuba buat tak baik pada kau. Kau jerit je. Memang aku dengan Azim lanyak dia sampai lunyai.”Anis sedikit geram.

“Macam-macam lah kau ni.” Auji tertawa lagi. Dia terus berdiri. Menyusun kerusinya.

Auji meluru keluar kelas. Amir mengejar. Anis terus cepat-cepat mengikut Amir dan Auji sambil menunjukkan isyarat kepada Azim agar cepat.

“Auji, tunggulah.” Amir menegur Auji dari belakang sesampainya di tingkat paling bawah bangunan kelasnya.

“Iya, aku tunggu kau la ni?” Auji memusingkan badannya semula ke hapadan. Dia berjalan perlahan menunggu Amir.

Amir dan Auji berjalan seiring. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut mereka. Mulut Auji terkunci rapat. Dia tidak tahu sebenarnya bagaimana mahu berdepan dengan Amir sejak perkara-perkara yang berlaku minggu lepas.

“Sebenarnya kenapa kau nak jumpa aku minggu lepas?” Auji membuka bicara. Amir hanya memerhatikan sekeliling. Entah dengar entah tidak si Amir.

“Kau dengar tak. Aku tanya ni, kenapa kau nak jumpa aku minggu lepas?” Auji meninggikan sedikit suaranya.

“Aku nak bagi kau sesuatu.” Amir memandang tepat ke mata Auji.

“Apa dia?” Auji menghentikan langkahnya. Dia sedikit terkejut.

Amir membuka begnya lantas mengeluarkan sekeping sampul surat dari begnya. Anis dan Azim hanya memerhatikan dari belakang.

“Ni dia. Tapi janji dengan aku kau akan buka di rumah. Boleh?” Pinta Amir.

“No hal punya lah.” Auji memberi tabik kepada Amir.

“Lagi satu, aku nak bagi hadiah pada kau.” Amir mengeluarkan satu kotak yang terlah dibalut kemas.

“Hadiah apa? Bukan hari jadi aku pun.” Auji mengerutkan dahinya.

“Hadiah ni untuk aku mohon maaf daripada kau. Sebab aku dah malukan kau dalam kelas pasal surat Hana hari tu.” Raut sedikit kesal terpancar dari wajah amir.

“Thank you.” Ringkas sahaja sahutan Auji.

“Kau maafkan aku ke tak?” Amir sedikit menyergah Auji yang sedikit mengelamun setelah mengambil hadiah itu dari tangan Amir.

“Aku dah lupakan semua tu la.” Auji menjawab sedikit malas.

Amir menyambutnya dengan sebuah senyuman. Tatkala senyuman itu diberikan Auji memandang tepat ke muka Amir. Amir terus mengambil peluang itu sebaik mungkin. Dia terus mematikan langkah. Auji juga. Dia memusingkan badannya ke arah Auji. Auji hanya terpana.

“Lagi satu. Aku nak cakap dengan kau yang aku suka pada kau. Aku jatuh cinta. Hari pertama dalam kelas, aku terus terpandang wajah kau. Aku terus jatuh hati pada kau. Aku nak kau tahu aku selalu cari peluang untuk jumpa kau. Tapi aku rasa lepas kes surat tu, aku rasa memang masa yang sangat sesuai untuk aku jumpa dengan kau. Aku ego dengan perasaan aku sendiri. Tapi sekarang aku nak kau tau yang aku sukakan kau sangat-sangat.” Amir meluahkan apa yang terbuku didadanya. Lancar sahaja pertuturannya. Terpancar kelegaan di raut wajahnya.

“Kau ni.” Muka Auji merah padam dek menahan malu. Dia membuka langkah. Laju sahaja langkahnya.

“Kenapa Auji, orang macam aku ni tak layak ke untuk bercinta, menyintai dan dicintai. Walaupun kau kata aku tak macho. Aku kayu, tapi aku pun ada hati dan perasaan.” Amir meninggikan sedikit suaranya agar dapat didengar oelh Auji. Dia tidak menghiraukan mata yang memandang.

Amir hanya berdiri memandang Auji yang terus berjalan. Anis mengejar Auji dan memintas Amir dengan pandangan benci dan tidak puas hati. Azim hanya berjalan kehadapan. Biasa saja langkahnya.

Auji terus meninggalkan mereka semua. Tanpa lengah, Auji terus menahan sebuah teksi dan terus masuk ke dalam perut teksi itu tanpa dapat di capai oleh Anis.

******************************************

“Kamu naik apa? Ayah baru nak ambil kamu.” Ayah Auji yang sedang bersiap-siap untuk mengambilnya dari sekolah terlihatkan anak sulungnya sampai di rumah dengan berjalan kaki.

“Naik teksi tadi. Kakak penat ayah. Ingatkan ayah lambat lagi. Jadi kakak balik terus. Penat sangat hari ni. Ada kerja banyak kat sekolah. Lagipun tolong Cikgu Azizul tadi. Auji masuk bilik dulu ya ayah.” Auji berseribu satu alasan.

“Pergi mandi. Solat Zuhur. Lepas tu kita makan sama-sama. Dah 1.30 dah ni. Adik kamu mana?” Pelik Ayahnya. Auji tidak pernah menaiki teksi pun. Selalunya dia betah menunggu bas sangkut-sangkut buruk warna merah hati.

“Dia kata nanti kawan dia hantar. Kan dia dah cakap dengan ayah.” Sahut Auji dari dalam rumah.

“Kawan yang mana?” Ayahnya lupa. Ayahnya duduk di anjung.

Kelihatan sebuah kereta wira hijau berhenti di jalan hadapan rumahnya. Lantas Anaknya keluar dari kereta

“Siapa hantar kamu balik tu Adik?” Terus diacu soalan kepada Wani tatkala anak bongsunya sampai di tangga.

“Cikgu Azizul. Tadi dia belanja pelajar kelas Wani yang dapat A dalam Bahasa Melayu. Kan Wani dapat A Ujian Bahasa Melayu hari tu. Jadi dia belanja. Lagipun 4 orang saja yang dapat A. Wani masuk dulu ya Ayah.” Ayahnya sedikit kerisauan. Menjaga anak perempuan tersangatlah sukar. Takut-takut keluar fitnah sahaja nanti.

*****************************************

“Hai Akak, kenapa tersenyum seorang ni. Ada apa-apa ke?” Wani terlihatkan Auji terbaring di atas katil sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. Disebelahnya terdapat satu bungkusan hadiah dan sampul surat.

“Kau nak tau. Tengahhari tadi si Amir tu cakap dia suka kat aku.” Auji berangan.

“Akak ni biar betul? Habis tu akak terima?” Wani terus ke birai katil. Dia duduk disitu.

“Aku terus masuk teksi dan balik. Aku panik la. Tak tahu nak buat apa. Jadi terus naik teksi balik rumah.” Auji bingkas duduk.

Dia mengambil bungkusan hadiah itu. Dibelek-beleknya bungkusan itu cuba meneka apa yang ada didalamnya.

“Apa pasal Cikgu Azizul hantar kau balik rumah? Semalam kau kata kau nak balik dengan kawan.” Auji menerjah adiknya dengan soalan. Dia masih hairan bagaimana Cikgu Azizul boleh menghantar Wani balik dari sekolah.

“Dia hantar semua orang la.” Wani menjawab malas.

“Kau skandal dengan dia ya?” Auji menduga.

“Ngarut la Akak ni.” Wani menampar kecil kakaknya dibahu.

Wani masih di tingkatan 3. Masih muda lagi. Sememangnya Cikgu Azizul mempunyai ramai peminat sejak dia memulakan tugas di sekolah mereka.

“Apa benda tu akak?” Anis menjuihkan bibirnya ke arah bungkusan hadiah dan juga sampul surat yang dipegang Auji dari tadi.

“Satu ni hadiah. Tak tahu la apa dalam dia. Satu lagi ni, sampul surat. Surat agaknya dalam dia. Tak apa. Kita buka hadiah dulu.” Auji membuka hadiah itu dengan berhati-hati. Dia mahu menyimpan segala pemberian Amir dengan baik, termasuklah sampul hadiah itu.

“Wah, kotak muzik. Tak sangka, tak macho dan kayu macam tu pun boleh romantik.” Wani tersenyum penuh makna.

“Kau ingat, orang kayu tak ada hak untuk bercinta ke? Dia pun ada hati dan perasaan tahu.” Auji mempertahankan Amir.

“Yang dalam sampul surat tu apa. Dah la sampul surat warna pink.” Wani mencebik.

“Entah la.” Auji menjengketkan bahunya seraya membuka sampul surat pemberian Amir.

“Mak ai. Siap bagi gambar tu. Belakang ada tulis apa-apa tak?” Wani bersuara tatkala Auji mengeluarkan sekeping gambar dari dalam sampul surat itu.

“Auji, aku cinta padamu, yang benar Amir.” Wani dan Auji pecah perut. Mereka tertawa besar.

“Apa kamu dua beradik mengilai ni. Malam la.” Umi menjerit dari ruang tamu.

“Tak ada apa-apa lah umi.” Auji menyahut.

Wani dan Auji menekup mulut masing-masing. Tawa mereka pecah lagi.

“Tapi akak nak terima ke tidak?” Wani bangun dan terus ke arah meja belajarnya. Mahu mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan tinggal klagi dua minggu sahaja lagi.

Auji diam. Fikirannya bercelaru.

9 comments:

Unknown said...

adakah "wani" tue ada skandal ngn cikgu azizul,
hurm....

bab 8 nie best tau,
I LIKE !!!!!
hik hik hik hik...

teruskan menulis dear:)
i akn sokong u setiap penulisan u itu:)
hik hik hik

p/s:don't PS PS alwaz dear,bahayawooo:P:P:P:P

JR said...

Hehe
kero kero kero kero kero.....
X)

Danish said...

tipikal malay novel but then imrpove a lot. keep up the good work

Max J. Potter said...

aha, a good long post. a better read than last time. keep it up, man. you're doing great~!

btw, how tall is amir?

cik PELANGI . said...

awwww , nakk kotak musik jugakkkkkk !

AniS GalaXy said...

setuju dgn mr danish.
but i like ending chapter 8.
persoalan yg x memeningkan kepala anis....hehe

El-Zaffril said...

Wani: Skandal ke? Kita tunggu...

Amir: Kero tu bukan mata juling ke??

Danish: I try to improve day by day...

Nani: Typical malay tall... bleh??

Auji: Aiyak... suh amir belikan...

Anis: I always like that persoalan...

ZaaRz said...

Haha. ngan aku tergelak sekali baca part surat tue... :) bagus... penulisan yang bersahaja, tapi boleh enjoy... ^_^

akira sendoh said...

kuikuikui..lawak la si amir neh..(amir dlm watak yer..bkn si blogger..)

tpkan..mmg yg pendiam nmpk cool ar..keke..opsss