Thursday, November 4, 2010

Loro: Jilbab Episod 21



Tajuk : Jilbab
Penulis : El-Zaffril
Cerita ini juga boleh dilayari di Seindah Dunia Kita (Klik Sini). Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8.08 malam. Chendana Episod 21 akan disiar pada 6 November 2010.

Jilbab (Episod 21)

Seri lenyap entah ke mana perginya. Mencari mangsa untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala. Selagi tuannya masih bernafas, selagi itulah dia mampu untuk terus bernyawa. Kalau tuannya tidak bernyawa sekalipun, akan Seri pastikan yang jasadnya masih bisa dikawal olehnya.

Uthman memandang keluar rumah. Nyatanya, nyawa bapanya yang diinginkannya masih belum pasti adakah patut dilakukan atau tidak. Sungguhpun dia begitu menginginkan nyawa bapanya, namun jauh di sudut hatinya masih mahukan bapanya sihat seperti sediakala.

‘Man, kau satu-satunya waris Abah. Kenapa kau buat Abah macam ini?’ Bapa Uthman hanya menggunakan hatinya untuk berbicara, dia tahu Uthman bisa mendengar.

“Dan Man bahu bertanya Abah, kenapa Abah buat keluarga kita macam ni? Man tak mahu jawapan Abah yang kolot tu.”

Tiada apa yang bisa didengar oleh Uthman. Bapanya hanya diam dan memejamkan matanya. Sesekali bergerak-gerak kelopak matanya itu dek gerakan bebola mata yang tidak berhenti bergolek.

“Kali ini Man minta nyawa Abah.”

‘Untuk apa Man?’

“Untuk menghidupkan sesuatu yang masih hidup dan mematikan sesuatu yang sepatutnya sudah lama mati.”

‘Jadi kau mahu bunuh Abah?’

Uthman mengalihkan berdiri tubuhnya dari tingkap dan memandang tepat kepada bapanya seraya dia mengangguk perlahan. Uthman tersenyum sinis tatkala itu.

“Ia Abah, dengan satu cara yang tidak menyakitkan Abah. Untuk sebuah kehidupan yang lebih menjamin masa depan, pengorbanan Abah amat Man perlukan.”

‘Maksud Man, nyawa Abah man perlukan untuk kebaikan diri Man.’

“Apa guna Abah hidup untuk menghidupkan Seri yang akan membawa Abah ke neraka. Man tak mahu anak-anak dan cucu-cucu Man terpesong akidah semata-mata kerana Seri. Banyak lagi cara lain untuk kita hidup senang Abah. Semua yang kita buat kerana Allah.”

‘Abah minta ampun Man.’

“Abah ingat dengan minta ampun macam ni sahaja dah boleh kembalikan nyawa Mak dan oranglain yang Abah ambil nyawanya untuk kepentingan hidup Abah? Sia-sia saja Abah solat lima kali sehari, puasa penuh sebulan, bayar zakar setiap tahun. Sia-sia saja apa yang Abah lakukan.”

Uthman mencekak pinggangnya. Mukanya merah padam menahan marah yang membara. Nafasnya tercungap-cungap dek gemuruh yang melanda.

‘Kau tekad mahu mengambil nyawa Abah?’

“Iya.” Uthman mengangguk laju untuk yang sekian kalinya.

Uthman memandang tepat ke arah bapanya dengan sebuah senyuman sini. Menyeringai senyum lebarnya itu sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Uthman tidak lagi seperti selalu. Wajahnya berubah menjadi seorang yang bukan dirinya. Karakternya turut berubah. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri lelaki yang sudah tidak ada daya untuk bangun.

“Kau sudah bersedia untuk menyerahkan apa yang aku minta?”

Bapanya mengangguk lemah.

‘Tapi dengan syarat.’

“Apa syaratnya?”

‘Kau wajib menerima Seri. Kalau kau berkeras mahu nyawa abah, kau harus turuti pintaku. Kerana, aku tak mungkin akan mati selagi Seri bersama aku.’

Uthman tersenyum. Hajatnya mahu mendapatkan nyawa untuk menghidupkan seseorang tercapai, dan yang paling penting, dia akan akan pastikan yang Nur bernafas semula.

“Baiklah...”

No comments: