Tuesday, December 14, 2010

Laila Namamu Teratas: Prolog


Sebuah kaca yang hancur berderai tentu bisa disambungkan semula. Itu pasti. Namun belum tentu setiap rekahan itu bersambung semula dengan sempurna. Pasti akan berbekas. Pasti tidak dapat digunakan dengan sempurna.

Andai hati yang hancur itu juga bisa dicantumkan sebegitu rupa, nescaya akan aku cantum menjadi sebuah hati yang tiada rekahan langsung dipermukaannya. Sehingga aku pasti dan yakin bahawa aku akan teguh berdiri seterusnya berjalan mencari jati diri.

Aku juga insan yang pernah bercinta. Gagal bercinta cuma sekali sahaja. Namun kekecewaan itu memberi kesan yang amat mendalam dalam hidup aku. Dipersia-siakan sebegitu saja.

Ah, terlalu banyak duka aku pendam. Terlalu banyak luka yang semakin dalam. Tapi aku biarkan saja. Aku biarkan diri ini dibuai ombak derita. Semoga ada bahagia di hujung sinar benua.

Sungguh, aku yakin. Bahagia akan ada di hujung sinar dalam hidup yang penuh pancaroba. Semoga aku terus diberi kekuatan untuk meneruskan hidup. Semoga aku terus kuat. Semoga aku terus teguh berdiri di atas kaki sendiri.

Biar aku dengan jalan aku sendiri. Diri kau dengan jalan yang kau pilih. Aku redha.

Dan aku mohon pada dirimu, Andai kau tidak bisa membahagiakan, janganlah kau tambah duka di hati ini.

2 comments:

apezs shah said...

Sedap bunyinya.... ;)

Anonymous said...

belajar banyak