Tuesday, April 27, 2010

Cerpen: Sufi


“Yin, jom breakfast dulu. Nanti dah mula kerja, sibuk sangat sampai lupa nak makan pula. Aku bukan tak tahu perangai kau yang workholic tu.”

Nazrin yang mesra dipanggil Yin membalas ajakan sahabat baiknya, Faizal yang dikenali sejak di tingkatan satu lagi dengan sebuah senyuman kelat. Jam dinding di wad Lelaki, tingkat enam Hospital Serdang menunjukkan 7.30pagi dan Nazrin masih lagi menghadap laporan perubatan beberapa pesakit yang berada di bawah jagaannya di dalam laptopnya.

Faizal bersandar di meja kaunter jururawat di wad enam. Tangannya memeluk tubuh yang sejuk kerana penghawa dingin. Matanya melilau memerhatikan sekeliling sementara menunggu Nazrin berkemas untuk bersarapan pagi. Disebelah kirinya terdapat beberapa pesakit menonton siaran televisyen di ruang menonton televisyen. Di hadapan dan kanannya dipenuhi dengan katil-katil bercadar putih. Ada yang berpesakit dan ada juga yang kosong tidak berpenghuni.

“Dahlah Yin. Jom breakfast, aku dah macam zombie dah ni. Mata mengantuk gila ni. Malam tadi on call tak dapat tidur.”

Nazrin tidak berganjak dari membuat kerja walaupun Faizal sudah terpacak di hadapannya menunggu, dia masih lagi setia terhadap tugasnya yang masih belum selesai.

“Cepatlah Yin. Kerja tu sambung kejap lagilah. Tahulah kau doktor, tapi doktor bukan robot. Kena makan, kena minum, kena rehat.”

“Iyalah, iyalah.”

Nazrin akur kali ini, tak tahan dia mendengar leteran sahabatnya. Dia menutup komputer ribanya dan bingkas bangun. Komputer ribanya dibiarkan sahaja di atas kaunter wad enam, Hospital Serdang. Tiada apa yang hendak dirisaukan, yang ada cuma jururawat dan pesakit sahaja. Masa melawat pesakit tengahhari.

Nazrin dan Faizal mula bersahabat baik sejak di tingkatan satu lagi. Bersekolah di sekolah yang sama, kemudian menyambung pengajian di tempat yang sama dalam bidang yang sama, jurusan kedoktoran di Dublin, Ireland. Mereka baru sahaja pulang dan sedang menjalani program pegawai latihan siswazah di Hospital Serdang sebelum bergelar pegawai perubatan tetap.

“Malam tadi ramai betul patient trauma case. Tak larat aku nak handle. Tak tidur aku malam tadi. Unit kecemasan penuh sesak. Aku balik pukul 10.00 malam pun banyak tak settle lagi. Pagi ni masuk shift pagi pula. Huh, memang letihlah aku. Baru berapa minggu houseman dah tak larat macam ni.”

Faizal membuka cerita saat berada di dalam perut lift menuruni tingkat enam, untuk ke tingkat satu di mana disitulah terletaknya kafe untuk pengunjung dan juga pekerja hospital.

“Kau ni Adam, dah nama pun doktor. Mengadap pesakit sajalah kerja kita ni.”

Pintu lift terbuka, lantas mereka berdua meluru keluar dari lift dan melangkah keluar dan berjalan cepat-cepat ke kafe. Kelihatan ramai pekerja dan juga orang awam yang mula membanjiri kafe. Hari isnin memang ramai orang waktu pagi. Kebanyakan mereka ada temujanji di klinik-klinik pakar. Ada juga dikalangan mereka menunggu pesakit di hospital dan dikalangan mereka itu ada juga pelajar-pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Putra Malaysia yang turut makan di situ.

“Faizal, aku cari tempat duduk. Kau, belikan aku air soya tin sajalah. Aku malaslah nak makan. Aku nak minum saja.”

“Lah, diet pulak mamat ni. Nak berapa?”

“Satu cukuplah, perut pun dah jalan depan dah ni.”

Nazrin menepuk-nepuk perutnya yang sedikit buncit dan kemudiannya berjalan ke arah tempat duduk yang paling penjuru yang terletak di penjuru kanan kafe.

Lantas teringat wajah wanita yang muncul dalam mimpinya malam tadi. Wanita itu sangat dikenalinya. Wanita itu tidak berkata-kata apa pun dalam mimpinya, sekadar hadir dan tersenyum kemudian lenyap begitu sahaja. Sudah tiga malam berturut-turut wanita itu hadir dalam mimpinya. Sejak dia menerima mimpi itu, hatinya rasa sungguh tak keruan dan tak tenang.

“Kenapa kau tak makan ni?”

Faizal menyapanya saat tiba dengan membawa dua tin air kacang soya dan juga sepinggan mee goreng berserta sambal telur puyuh rebus. Ada lima biji kesemuanya.

“Selera aku mati.” Nazrin menjawab ringkas.

“Kau kenapa? Cerita sikit pada aku. Manalah tahu aku boleh membantu. Kita pun kawan dah lama.”

“Entahlah.”

Nazrin menjengketkan bahunya. Pandangannya dilempiaskan ke arah orang yang beratur panjang mahu membeli makanan. Matanya mula berkaca rasa kecewa yang bercampur baur dengan kekesalan dan kepedihan.

Kemudian pandangannya dikembalikan kepada sahabatnya yang mula menikmati mee goreng bersama sambal telur puyuh rebus. Dia lantas membuka tin air kacang soya lantas diteguknya sehingga habis. Lega benar dapat air penghilang dahaga dari tadi. Habis minuman itu, terus sahaja diletakkan tin kosong itu di atas meja makan.

“Kau ingat lagi Sufi?”

“Apa pula tak ingat. Awek lama kau masa sekolah dulu.”

“Malam tadi, aku mimpi jumpa dia.”

“Yin, mimpi sajalah. Kan semua tu mainan tidur.”

Faizal cuba mengalihkan perhatian Nazrin dari terus mengingati Sufi. Faizal hairan bagaimana setelah hampir tujuh tahun nama Sufi lenyap dari bibir Nazrin, kini muncul kembali.

“Tapi tiga malam berturut-turut Faizal dia datang dalam mimpi aku.”

Faizal cepat-cepat mengunyah mee yang dari tadi khusyuk dijamahnya dan lagi sedap dimakan ketika perut sedang memberontak lapar. Topik perbualan yang dijelmakan rakannya dibiarkan sahaja. Faizal hanya tersenyum melihat keresahan yang terpancar di wajah sahabat baiknya itu.

“Aku nak cari dialah Faizal.”

“Nampak Sufi dalam mimpi takkan terus nak jumpa kot. Sabarlah Yin, kan semua tu mimpi saja.”

“Aku nak jumpa dia. Aku nak minta maaf dari dia.”

“Kau menyesal tinggalkan dia?”

Nazrin membisu saat diajukan soalan sebegitu oleh teman kerjanya. Dia masih tidak tahu, adakah dia perlu menyesal setelah dia meninggalkan Sufiani saat dia tergila-gilakan seseorang yang juga bakal Doktor sepertinya. Dia seangkatan dengan Nazrin ke Dublin.

Lantas dia teringatkan gadis bernama Sufiani atau lebih mesra dengan panggilan Sufi. Wajah gadis yang muda tiga tahun darinya itu menarik perhatiannya, kulitnya kuning langsat dan anak matanya yang bundar berwarna coklat sudah bisa membuatkan setiap orang dua kali memandang. Di tambah dengan kening aslinya yang tajam dan hitam menambahkan lagi keayuan wajahnya walaupun baru berada ditingkatan satu ketika itu.

“Aku nak tanya ni, kau menyesal tinggalkan dia dulu, sewaktu kau bersiap-siap mahu ke Dublin?” Soalan Faizal menghentikan lamunan Nazrin.

“Aku tak akan menyesal atas apa yang berlaku kerana itu ketentuan Ilahi, sudah ditakdirkan cinta aku dengan dia setakat itu sahaja. Dia adalah antara perkara terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku. Cuma aku bukan jauhari yang bijak mengenal manikam.”

Nazrin tidak pernah merendahkan egonya yang cukup tinggi. Faizal sedar yang rakan baiknya itu memang menyesali tindakannya yang terlalu mengikut perasaan. Tetapi tidak pernah mahu mengakui tindakannya itu adalah kesilapan yang pernah berlaku dalam hidupnya.

“Faizal, kau ni tak pernah pun aku dengar pasal awek kau.” Nazrin cuba mengubah haluan perbualan pagi itu.

“Aku suruh mak aku carikan. Dah ada calon dah pun. Sudah-sudah, jangan nak ubah topik pula.”

Nazrin mengeluarkan sekotak rokok bersama pemetik api dari poket seluarnya. Sudah menjadi tabiatnya menghisap rokok sejak sekolah dahulu lagi. Bibir Nazrin yang dulunya merah, kini hitam. Begitu juga gusinya yang semakin hitam akibat ketagihan rokok.

Dikeluarkan sebatang rokok dari kotaknya lantas diletak terus dibibirnya dan kotak itu dicampakkan ke atas meja. Pemetik api yang digenggamnya dari tadi dinyalakan dan terus dia menyalakan rokoknya pula. Pemetik api dicampakkan, disedutnya dalam-dalam asap rokok itu.

Faizal menggelengkan kepalanya, dia dapat merasa sahabatnya sedang tertekan. Sebagai seorang doktor, sudah tentu Nazrin sedar akan bahaya merokok. Kadangkala terlepas juga batuk-batuk Nazrin akibat kedegilannya yang tidak mahu berhenti merokok.

“Yin, Kau tak cuba cari Sufi?” Faizal membuka semula lembaran kenangan Sufiani dan Nazrin.

“Masa kat sana adalah aku cuba cari dia. Tapi aku telefon nombor rumah dia dah tak dapat.”

“Dah cari dia di rumahnya?”

“Alamatnya entah mana aku campak. Setakat yang aku ingat dia tinggal di Kuala Kangsar. Mana aku nak cari Faizal. Bukan kecil Kuala Kangsar tu. Kalau setakat besar hospital ni, boleh juga la semua ceruk aku cari.”

Nazrin menyedut dalam-dalam asap rokoknya. Kemudian dijentik-jentik puntung rokoknya supaya bahagian tembakau yang sudah menjadi debu itu jatuh ke lantai.

Faizal yang baru sahaja menyelesaikan mee gorengnya kemudian meminum air kacang soya yang dibelinya tadi. Hilang rasa pedas yang datang dari mee yang ditumis sedikit pedas oleh tukang masaknya barangkali. Berpeluh-peluh dahinya menahan kepedasan. Namun, dia tidak suka makan berulamkan air. Pedas mana pun makanan itu, akan dihabiskan dahulu sebelum minum air. Dia akan makan dengan berhati-hati untuk mengelakkan dirinya tersedak.

Kemudian diletakkan tin air kacang soya yang sudah separuh diteguknya itu di atas meja. Diperhatikan wajah sahabat baiknya yang gelisah dengan penangan mimpi Sufiani.

“Sebenarnya, dia tak hilang ke mana. Nombor telefonnya sahaja bertukar.”

“Maksud kau?” Berkerut dahi Nazrin yang hairan mendengar kenyataan sahabat baiknya.

“Aku berhubung dengan Sufi sejak dari hari pertama ke Dublin.”

“Jadi dia tahu apa yang berlaku pada aku selama ini?”

Faizal mengangguk sahaja. Nazrin terus menyandarkan badannya ke kerusi, wajahnya berubah namun masih dapat dikawal lagi perasaan marahnya itu.

“Kami jadi rapat, hampir setiap minggu aku menelefonnya dari Dublin. Dia selalu bertanya khabar tentang aku dan kau. Dia terlalu cintakan kau Yin.”

“Maksudnya dia tahu apa yang berlaku pada aku waktu kita belajar di Dublin dulu?”

“Selepas kau tinggalkan dia, dia cari aku Yin. Dia hanya mahu mendengar khabar tentang kau. Itupun sudah bisa menenangkan hatinya Yin. Walaupun kau hancurkan hatinya. Dia tak pernah marah pada kau. Dia kata, kau akan jadi cinta pertama dan terakhirnya sampai bila-bila Yin.”

Wajah Nazrin yang tadinya marah kini berubah menjadi semakin tenang mendengar cerita dari Faizal.

“Dia sentiasa mahu tahu perkembangan kau Yin. Setiap kali aku telefon dia. Mesti soalan pertama yang akan keluar dari mulutnya adalah khabar kau. Jujur pada kau, aku cemburu juga bila dia bertanya begitu. Aku pernah luahkan pada dirinya yang aku sukakan dia, aku jatuh cinta pada dia. Dia berkata, dirinya hanya untuk kau dan teguh sungguh hatinya, tidak mahu berganjak walau sedikit pun mencintai dan menyayangi kau walau tak mampu memiliki kau.”

“Dia tahu kisah aku dengan Farah.”

“Tidak ada cerita yang pernah aku selindung dari dia tentang kau. Semua tentang diri kau memang dia tahu. Kalau aku tak cerita, dia akan mendesak aku sekeras-kerasnya.”

“Dia tahu yang aku kene dumb with that prostitute?”

Faizal mengangguk. Rokok Nazrin terbengkalai di tangan saat bercerita tentang Sufi. Semakin panjang bercerita, semakin kecewa diri Nazrin.

“Hubungan aku dengan that protitute memang tak di rancang. Tak sangka aku Faizal. Dia memang nakal, tapi sampai sanggup menjual tubuh.” Nazrin menongkat dahinya.

“Sabarlah, semua berlaku itu mesti ada sebabnya.”

“Oh my goodness, kenapa kau tak pernah nak beritahu aku tentang hal ini Faizal?”

“Sebab kau tak pernah tanya Yin. Lagipun apalah pentingnya dia selepas kau pergi ke Dublin.”

Nazrin mematikan api puntung rokoknya, nafsu untuk menghisap rokok tiba-tiba mati dan hilang sepi saat mendengar cerita lama yang dikupas satu persatu oleh Faizal.

“Selepas kau tinggalkan dia, Sufi hilang arah hidupnya Yin. Dia tidak boleh belajar dan dia kena buang dari KYS dan bersekolah di Kuala Kangsar. She’s fail on her PMR and not make it on SPM. Dia kata kau cinta pertama dia dan terakhir dia dan dia akan pegang janji dia untuk menyintai kau dulu kini dan selamanya. Sufi sangat kecewa kau tinggalkan dia Yin. Sehingga gagal periksa PMR, lepas tu tak ambil SPM.”

“Tak kan sampai macam tu sekali?”

Saat itu, rasa bersalah mula menebal dalam diri Nazrin. Besar sangatkah salah dia terhadap Sufi sehingga hancur masa depan seorang gadis cantik yang bijaksana itu.

“Yin, saat kau tinggalkan dia, memang kau tak tahu apa yang berlaku pada dia bukan?”

Nazrin menggeleng lemah, seluruh tubuhnya seperti hilang roh dan semangat.

“Masih ingat lagi kau mengorat dia di Sekolah dulu. Tahun 1999, waktu tu dia baru di tingkatan satu dan kita di tingkatan lima. Kau cakap dia comel sangat-sangat. Memang Sufi comel pun, mata sepet, rambut hitam. Aku ingat lagi kau beria-ia minta Farah kenalkan dia pada kau. Macam-macam cara kau buat untuk dapatkan Sufi. Bagi coklat, bagi kad. Bagi perfume. Semata-mata nak menangi hati dia. Finally kau berjaya setelah setengah tahun kau ambil masa untuk mendapatkan hati dia. Penantian kau tu memang berbaloi.”

Faizal menghirup air minuman soya yang di dalam tin sebelum menyambung ceritanya semula.

“On september 2001 kita fly pergi dublin, kau tergila-gilakan budak perempuan yang sama batch dengan kita tu. Seminggu di Dublin kau putuskan hubungan kau dengan Sufi melalui surat yang kau hantar ke sekolah. Kau tahu tak on that year itself, dia nak PMR?”

Faizal mula melepaskan kemarahan yang dipendam selama ini terhadap Nazrin. Kesilapan yang dilakukan Nazrin bagi Faizal adalah terlalu besar dan sukar untuk dimaafkan.

“Kau happy sahaja kat Dublin aku tengok dengan minah pelacur tu. Jalan ke hulu-hilir macam belangkas. Kau sedar tak, ada hati yang terluka, kecewa dan merana di Malaysia. Kenapa kau pentingkan diri kau Yin? Kenapa kau tamak Yin?”

Faizal menahan rasa marahnya dengan diam sahaja. Lantas diperhatikan jam tangannya. Jam sudah menginjak ke 8.30 pagi.

“Lambat masuk tak apalah. Aku nak selesaikan hal ini, hari ni juga Yin.”

“Satu malam tu, aku pergi ke rumah dia. Entah kenapa hati aku teringin sangat nak jumpa dia. Ketuk-ketuk pintu rumah, tak berjawap. Pintu tak berkunci, aku masuk dan terus mencari dia. Saat membuka pintu bilik dia, nampak dia bergumpalan dengan mat salleh mana entah.” Nazrin membuka cerita bagaimana perempuan pelacur itu terkantoi dengannya.

“Dan lepas tu kau terus minta putus dengan dia kan. That was on 2004.” Faizal masih belum hilang rasa marahnya.

“Ya, dan aku menumpukan pada pelajaran aku. Sampailah kita balik Malaysia this year. Sebenarnya aku mula cari Sufi semula saat aku kecewa dengan pelacur tu Faizal.”

Faizal menggelengkan kepalanya memikirkan tentang sahabatnya itu. Sahabat yang terbaik adalah sahabat yang menegur kesilapan sahabatnya yang lain. Kali ini dia sedang berusaha menyedarkan sahabat baiknya dan mengharapkan Nazrin dapat memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan.

“Sejak kau tinggalkan dia, bermulalah episod malang dalam hidup dia. Kau tahu tak masa kau dump Sufi, tahun tu dia nak PMR. And the result, the worse ever in our school. She created a bad history to the school.”

“Really?” Nazrin terkejut saat itu.

“She only managed to get 1A, 1B, the rest are C. Lepas tu dia kena buang sekolah. Kau tahu la KYS kan nak menjaga maruah diorang kan.”

Nazrin diam kali ni, wajahnya tertunduk lesu.

“Yin, aku nak kau jujur dengan aku. Kau ada ambil apa-apa dari dia yang belum hak kau lagi?”

“Maksud kau?”

“You have sex with her?”

“Kau ni, mengarutlah.”

Nazrin tertawa kecil sambil mengambil kotak rokok dan pemetik api lalu dimasukkan ke dalam poketnya. Wajahnya berpaling ke kiri sambil terbatuk kecil.

“Yin, terpulang kau nak jujur dengan aku ke tak. But on July 2001, before kita fly. Dia keguguran dan dalam hidup dia ada kau sahaja.”

“Ya Allah, apa aku dah buat ni.”

“Yin, aku tahu kau yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam hidup dia Yin. Tak ada oranglain selain kau dalam hidupnya Yin.”

Nazrin menekup mulutnya. Terasa banyak dosa yang sudah dilakukan dan balasan mengecewakan Sufi sudah diterimanya.

“Dahlah Yin, aku gerak dulu. Kalau kau nak jumpa dia. Petang nanti aku bawa jumpa dia. Dia sekarang tinggal di Klang.”

“Tolong aku Faizal, aku nak tebus semua kesilapan aku pada Sufi.”

Faizal tersenyum saat mendengar perkhabaran Nazrin, dia sedar yang sahabatnya akan mula insaf atas apa yang dilakukannya selama ini.

“Aku gerak dulu. Nanti ramai pula pesakit terkandas di kecemasan.”

Faizal mula bangun dan berjalan meninggalkan Nazrin. Dia berjalan cepat-cepat kerana jam sudah menginjak ke pukul 9.00 pagi. Sudah tentu dia akan di marah oleh ketua jabatan kerana terlalu lama keluar rehat.

Nazrin masih lagi terduduk sepi. Saat itu, terbuka satu persatu kisah lamanya yang berlaku. Paling dikesalinya, dia telah mengandungkan Sufi. Dia memarahi diri sendiri saat itu kerana terlalu mengikut nafsu sehingga memperdaya seorang remaja yang cerah masa depannya. Kemudian dia hadir lalu menggelapkan warna pelangi hidup Sufi.

Telefon bimbitnya berbunyi lantas dikeluarkan dari poket seluarnya. Terpampang nama Faizal di skrin telefon bimbitnya. Cepat-cepat dia menjawab panggillan itu.

“Yin, datang zon merah sekarang. Sufi Yin, Sufi...”

“Kenapa dengan Sufi?”

Faizal lantas berdiri sehingga kerusi yang didudukinya terbalik. Mata disekeliling hanya memandang.

“Sufi kemalangan Yin. Datang sini cepat.”

“Aku datang sekarang.”

Nazrin terus berlari menyusuri kaki lima terus masuk ke zon merah wad kecemasan. Masuk sahaja di dalam bilik zon merah, matanya melilau memerhatikan sekeliling mencari kedukukan Faizal.

“Yin, kat sini.”

Faizal berjalan laju-laju saat dipanggil sahabat baiknya.

“Ya Allah.”

Nazrin terkejur saat melihatkan wajah Sufi yang penuh dengan luka yang sedang di cuci oleh jururawat.

“Kenapa dengan dia Faizal?”

“Menurut orang yang menghantarnya, dia dilanggar sebuah kereta dari belakang. Tulang belakangnya retak. Kakinya patah kiri dan kanan. Peluangnya 50-50. Bergantung kepada kekuatan dirinya Yin. Aku yakin dia mahu ke sini untuk mencari kau Yin.”

Nazrin terus merapatkan diri ke arah wajah Sufiani. Airmata mula memenuhi kelopak matanya. Ego lelakinya tidak mampu di tampung lagi kali ini.

“Sufi... Sufi...”

Perlahan dia memanggil nama Sufi, insan yang terlalu mendambakan cintanya dan menyayanginya separuh mati. Sufi masih tidak sedarkan diri sejak tiba tadi. Pernafasannya dibantu dengan mesin oksigen.

Memandangkan Faizal sedang memantau keadaan Sufi, jururawat yang membantu beredar. Degupan jantung dan penafasan Sufi masih lagi di tahap membimbangkan.

Nazrin berdiri menggunakan lutut betul-betul menghadap wajah Sufiani. Diusap perlahan rambut wanita itu. Kemudian tapak tangan kanan Sufi diambil, digenggam lalu dikucup perlahan.

“Sufi, maafkan Yin. Yin terlalu banyak dosa pada Sufi. Beri peluang pada diri Yin untuk tebus kesilapan Yin pada Sufi. Yin berjanji tak akan sia-siakan hidup Sufi. Yin janji akan menjadi yang pertama dan yang terakhir untuk Sufi. Kuatkan semangatmu sayang.”

Nazrin mengucup perlahan dahi Sufi. Tidak dihiraukan darah yang memercik ke dahi Sufi. Darah itu lebih suci dari hati Nazrin yang semakin kotor. Airmatanya gugur ke pipi Sufiani. Tangannya erat menggenggam tapak tangan kanan Sufiani yang kemudiannya dikucup sekali lagi. Sesudah itu, tapak tangan kanan Sufi diletakkan di sisi Sufiani semula.

‘Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon padaMu Ya Allah, agar menerima taubatku. Memberi ruang dalam hidupku untuk beriman kepadaMu Ya Allah. Panjangkanlah umur Sufiani ya Allah, agar bisa aku dan dia memanjatkan taubat nasuha ku padaMu Ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin.’ Bisik doa Nazrin di dalam hati.

“Yin, Positif.”

“Alhamdulillah.”

Melihatkan perubahan Sufiani, Nazrin memanjatkan rasa syukurnya kepada Allah kerana memberi peluang untuk dia memperbetulkan hidupnya.

“Tapi kita kena bedah dia untuk betulkan beberapa tulangnya yang patah ya Yin.”

“Do your very best. Nanti confirm aku akan masuk ke bilik bedah sekali.”

Nazrin yakin yang ketua Jabatan Ortopedik akan memanggilnya sebentar lagi untuk pembedahan kecemasan.

“Be strong Sufi. Yin akan lakukan yang terbaik untuk Sufi.” Bisik Nazrin pada Sufi.

“Syukur padamu Ya Allah kerana memberi kami peluang kedua.” Nazrin mula tersenyum, dia yakin yang dia akan memulakan episod indah dalam hidupnya.

6 comments:

khasyikelvin_ said...

“Kami jadi rapat, hampir setiap minggu aku menelefonnya dari Dublin untuk bertanya khabar tentang aku dan kau. Dia terlalu cintakan kau Yin.”

abg long, ada kesilapan di sini.
sila cari...tee hee~

!!--WhiTeLiLy--!! said...

sedih~~~aq menangis ni~~~tp best~~ thumbs up!

!!--WhiTeLiLy--!! said...

sedih~~~aq menangis ni~~~tp best~~ thumbs up!

akira sendoh said...

hmm...ok jugak..next pulak nk bca..

Cap Api said...

keep it up!...

NsuchAi said...

kesucian hati tanpa mengharapkan balasan..=) semua mmpu berbicara soalnye, tp xrmai yg mampu wat kan?? btw, besh cite ni..~ =)