Tuesday, December 21, 2010

Laila Namamu Teratas Episod 6




“So how was your first day?”

Soalan Zakiah langsung tidak menarik perhatian Laila. Setelah membuat pesanan makanan, Laila terus mengelamun, dagunya ditongkat dengan tangan kirinya.

Zakiah hairan dengan tingkah-laku sahabatnya. Adakah kerana kakitangan pejabat membuatnya jadi begitu. Padahal Laila sudah biasa dengan kakitangan yang lain.

“Beb, aku tanya kau ni.” Zakiah menggoyangkan tangan Laila.

“Ha, apa dia?”Laila terkejut.

“Kau ni kenapa?” Zakiah mengerutkan dahinya.

“Tak ada apa-apa.” Cepat-cepat Laila menggelengkan kepalanya.

Air yang dipesan sudah pun sampai. Perbualan mereka terhenti ketika pelayan itu sedang meletakkan kedua-dua minuman kepada pelanggan Restoran Ikan Bakar. Laila cepat-cepat menyedut air di dalam gelasnya.

“Sorrylah pasal FEDex tadi. Aku divert the call to you. Aku busy sangat. Since aku tahu kau boleh buat. Kau pernah handle pun kan. Simple saja kan.” Mendatar sahaja suara Zakiah sambil mengacau air minumannya dengan straw.

Laila hanya menjawab dengan sebuah senyuman membuatkan Zakiah terpinga-pinga akan apa yang sedang berlaku. Bimbang juga Zakiah kalau semua ini berpunca dari dirinya.

“Kau ni, macam tak ada mood saja.” Zakiah mengerutkan dahinya lalu mendorong badannya menghampiri meja dan kepalanya dihampirkan kepada Laila. Beberapa garis halus muncul di dahi Zakiah akibat mengeurtkan dahinya.

“Aku teringatkan Zaf.” Laila bersuara.

Laila memandang keluar melalui cermin kaca yang menjadi dinding. Jalanraya penuh sesak dipandang kosong saja oleh Laila, teringatkan lelaki bernama Zafuan.

“Zafuan?” Zakiah mahukan kepastian.

Laila mengangguk, namun tidak langsung wajahnya memandang Zakiah. Matanya masih lagi tertancap ke jalanraya yang masih di pandang sepi.

“Kisah lamalah Laila. Tak perlu nak ingat lagi.” Zakiah memujuk.

“Kau ada hubungi dia lagi?”

“Adalah facebook dia aku add. Tapi dia tak approve pun. Aku tengok dia lama dah tak update facebook dia.”

Zakiah menyedut minumannya sementara menanti pesanan makanannya sampai. Perutnya sudah berkeroncong sedak tadi lagi. Hanya bersarapan pagi dengan segelas minuman bijiran sekadar pengalas perut membuatkan dia semakin lapar. Tambahan pula, dia tidak menyentuh makanan apa-apa malam tadi.

“Kenapa tiba-tiba teringat Zaf ni?” Soalan Zakiah mengejutkan Laila dari lamunan yang panjang.

“Aku nak cari dia.”

“Up to you, tapi tak payahlah kau cari dia lagi. Kau dengan dia dah break off lama dah kan. Sejak hujung 2005.”

Laila diam membisu. Suara lelaki dari syarikat FEDex itu benar-benar mengingatkan dia kepada Zafuan.

“Makanlah.”

“Ha? Ok ok.” Laila mengangguk kemudian dia mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah Zakiah dengan rasa geram. Tiada makanan langsung terhidang di hadapannya.

“Mana ada makanan sampai, tak sudah-sudah mengelamun.” Zakiah tertawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

‘Sungguh, aku rindukan Zafuan. Dah lama aku rindukan dia.’ Bisik Laila dalam hati.

No comments: