Thursday, June 11, 2009

Bab 12: Beban

Auji melabuhkan punggungnya sambil merenung ke pantai. Diamati ombak Selat Melaka menghempas pasir pantai. Lemah sahaja ombak itu. Diambilnya sebiji batu lantas dilontarkan dengan malas.

Dilepaskan pandangannya jauh-jauh ke arah air laut yang membiru. Disahut pula deru angin yang membelai. Auji memejamkan matanya. Terasa lembut angin yang menyapa pipinya.

“Sudah-sudahlah tu nak berangan pun.” Suara garau Amir mengejutkan Auji.

“Kau ni, buat terkejut aku je.” Auji mengurut dadanya.

“Hodohlah kau buat muka berangan macam tu. Tersengih macam kerang busuk.” Perli Amir sambil memandang ke arah Selat Melaka.

Amir melabuhkan punggungnya di sebelah Auji. Di lemparkan pandangannya jauh-jauh dari wajah Auji.

“Aku cuma rasa semua beban yang aku tanggung selama ni dah lepas. Saja la nak layan perasaan aku.” Auji meluahkan apa yang terbuku sambil mengambil kulit kerang yang ada di depannya. Dikuis-kuisnya kulit kerang ke pasir.

“Maksud kau?” Amir mengeutkan dahinya.

“Ish, kenapa la kau ni lembap sangat. SPM dah habis. Lepas ni boleh rileks la.” Auji sedikit geram.

“La, itu saja ke? Aku ingat kau bawa beban sebakul durian untuk aku. Boleh juga aku melantak tepi pantai layan kau.” Amir membalas kata-kata Auji. Wajahnya selamba saja.

“Sekarang ni mana musim durian la ngok.” Auji mencebik.

“Siot la kau panggil aku ngok.” Amir sedikit merajuk.

Wajah Amir berubah. Amir terasa bagai dihina.

“Ala busuk-busuk jangan la merajuk. Ok ok, aku tak panggil lagi.” Auji memujuk.

“Aku merajuk 40 hari, baru kau tau.” Amir masih tidak berpuas hati.

“Ala, janganlah. Susah aku nak pujuk nanti.” Auji gelabah.

“Suka hati aku la.” Amir masih sukar untuk dipujuk. Sedikit keras hatinya.

“Lantak kau la, nak merajuk. Merajuk la kau. Malas aku nak layan.” Auji pula merajuk. Malas dia mahu memujuk.

“Ala Auji. Janganlah macam ni. Baru nak manja-manja dengan kau.” Amir pula memujuk. Dirisaukan merajuk Auji panjang.

“Belah la kau.” Auji sakit hati.

Auji bingkas bangun mahu meninggalkan Amir. Amir dengan segera terus melutut dihadapan Auji. Auji berdiri kaku. Auji melepaskan pandangannya ke laut. Dipeluk tubuhnya sendiri. Amir mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Amir mula bermadah.

“Kalau kau umpama bulan di langit. Akulah umpama bintangnya. Kalau kau umpama air sungai yang mengalir. Aku menjadi muaranya. Menunggumu hingga dirimu tiba. Kalau kau menjadi anggerik rimba. Aku akan menjadi pokok meranti yang kau bisa panjat untuk mencari cahaya. Kalau kau...”

“Sudah-sudah. Tak payah la kau nak jiwang-jiwang karat depan aku. Dah la baca kertas. Tak romantik la kau ni. Memang kayu. Nasib baik la kau ni handsome. Kalau tak, tak ingin aku ada boyfriend macam kau.” Auji memintas kata-kata manis Amir.

Auji terdiam. Terlepas kata-katanya.

“Boyfriend? Kau dah terima aku ke Auji.” Amir mahu memastikan apa yang didengarnya.

Muka Auji merah padam menahan malu.

“Bagi aku kertas tu.” Auji cuba merampas kertas yang dibaca oleh Amir tadi.

“Mana boleh.” Amir menyorokkannya dibelakang.

“Bagi la Amir.” Auji bergerak sedikit.

Amir terus berlari. Auji mahu membaca seluruh puisi yang baca oleh Amir tadi. Dikerah seluruh tenaganya mengejar Amir.

“Tak nak.” Amir mencebik pada Auji.

Amir terus berlari dan berlari. Auji mengejar di belakang. Amir menggenggam erat kertas puisi yang dibacanya.

“Amir, argh. Tolong Auji. Sakitnya.” Auji menjerit. Tiba-tiba dia tertiarap ke pasir pantai. Auji menahan kesakitan.

“Auji.” Amir terus mendapatkan Auji.

Amir gelabah. Dia terus duduk di sebelah Auji yang mula tidak bergerak. Dipusingkan badan Auji sekuatnya, diribanya kepala Auji.

“Auji, kenapa ni?” Amir risau. Ditampar-tampar kecil pipi Auji.

Dilihat sekelilingnya. Sepi sahaja. Tiada siapa yang boleh membantunya.

“Auji, jangan diam je. Cakap la sesuatu. Jangan la takutkan Amir.” Amir risau, terasa bersalah pula dia.

Amir berlari mencari punca air berdekatatan. Berlari dia mengambil air segayung.

“Auji, Amir sayangkan Auji. Bangun sayang. Bukalah mata.” Amir semakin gelabah.

Diceduknya air digayung dengan tangan, lalu disapunya ke muka Auji. Tapi sayang, Auji masih begitu. Tiada reaksi.

Amir mengerah kudrat. Dia cuba mendukung Auji. Belum pun sempat pun dia bangun.

“Blueekkkkk.” Tiba-tiba Auji membuka mata.

Auji mencebik, di rampasnya kertas di tangan Amir.

“Padan muka, kena tipu.” Auji bingkas duduk.

“Kurang asam punya Auji.” Amir berang. Dia cuba merampas kertas puisi yang dirampas daripadanya.

“Bagi la Auji baca kejap.” Auji tidak puas hati.

Amir membiarkan sahaja. Dilayan perasaannya ke pantai. Amir terasa tertipu, tersengih dia sendirian tatkala Auji sedang khusyuk membaca puisi.

“Eh, ni tulisan Azim ni.” Auji cam tulisan itu.

Auji memandang Amir. Direnung tajam mata Amir agar Amir dapat membaca api kemarahan yang mula membara.

“Ni kan sajak yang Azim tulis untuk Anis. Teruklah Amir ni. Cetak Rompak betul.” Auji menampar kecil bahu Amir.

“Amir mana tahu nak karang-karang macam tu.” Amir mengusap bahunya yang sedikit pedih.

Masing-masing diam. Melayan perasaan kali ini. Masing-masing melepaskan pandangan ke pantai.

“Amir, Betul ke apa yang Amir cakapkan tadi? Betul ke Amir sayangkan Auji?”

“Betul, sumpah.” Amir mengangkat tangannya tanda bersumpah. Dia sangat ternanti-nantikan saat ini.

“Amir kena janji dengan Auji yang Amir akan jaga Auji. Sampai ke akhir hayat Amir. Janji tau.” Auji sedikit garang. Dia mahu Amir sayangkan dia sampai bila-bila. Dia tak nak dipersia-siakan.

“Amir janji akan jaga Auji. Tapi Amir ni tak pandai macam Auji.” Amir mula merendah diri.

“Janganlah macam tu Amir. Pandai ke, kaya ke, semua tu tak penting. Yang penting kita usaha.” Auji memujuk.

“Amir nak Auji belajar rajin-rajin. Sampai PhD. Amir tak pandai macam Auji. Peperiksaan SPM hari tu pun tak tahu la dapat berapa. Lepas keluar keputusan nanti Amir ingat nak ambil kemahiran la. Di ILP ke. Tak pun di IKM ke. Tak apa kalau Amir mula dari bawah. Nanti lama-lama sama macam Auji juga. Auji sambung sampai PhD ye.” Amir memberi kata-kata semangat.

“Amir, Auji sayang Amir sangat-sangat.” Terpancar keikhlasan Auji melafazkan kata-kata itu.

“I love you Auji.” Ringkas sahaja Amir membalas.

Bergetar seluruh urat saraf Auji tatkala mendengar kata-kata itu.

15 comments:

Danish said...

Kan senang plot yang tak banyak tapi bawa pembaca untuk menghayati setiap detik dalam novel ini.. suka dengan novel ini tapi lagik bagus puisi itu dilengkapkan di penghujung cerita agar yang tersirat itu bisa jadi tersurat dan mampu dirasai oleh pembaca.. congrat's i like this chapter... :D

"cinta itu membenarkan orang yang dicintai hidup bahagia dengan pilihannya"

chill !!

Cahaya Yang Riang Gembira said...

I love you too.. Wah.. Jiwang karat tahap dewa dah mat rempit sorang ni.. Sweet lah kamu.. Ku dapat mrasa ada rasa yg mngalir di seluruh urat saraf ku jugee.. Hik hik hik.. =p

El-Zaffril said...

Danish: Thanks... akan di usahakan... tengah gigih cari plot utk chap 13 ni...

Farhana: Hahaha, mat rempit pun ade hati dan perasaan bukan... hehehehhe

z o u l said...

aku terbuai2 hanyut dlm dunia ku sendri..
tetiba feeling ni..
kikikiki..

'AQILAH said...

romantik nyer bab kali ni, lagi2 men lari kat air.jeles betol...heee

mule2 die org ber aku kau kan, then bile men2 tuh terus cakap nama..konpius pius...

tapi best,dan mane puisi? nak tgk...:)eeee

El-Zaffril said...

Aizoul: Aiyak... tetiba feeling sangat erk...

Aqila: Nak buat macam mana... kene romantik la... asyik nak merempit je... hua hua hua

Anonymous said...

i love it!!:DD
keep it going:)

El-Zaffril said...

Faten: Thanks erk... try my best to do the very best...

AniS GalaXy said...

kali ke 3 i baca
ttp rase yg sama...airmata gembira menitis jgk.

thaniah el
kali nie u buat i betul2 tersentuh..
next chapter aper la plak feeling i

p/s: suke bab sajak & kejar mengejar then akhirnya kami terHANGIT

El-Zaffril said...

Anis: U ni kan sensitip la... hehehehe.... next chapter try nak tulis yang meruntun jiwa....

JR said...

huhu...chill!!

El-Zaffril said...

Amir: Chill

'AQILAH said...

rindunye nak tau sambungan cerite ni...

El-Zaffril said...

aqila: maaflah... saya sibuk sangat la... kelas dah mula... sorry erk

ZaaRz said...

Aku tak baca lagi, KIV dulu sebab da nak isyak. Terus jump to comment box dlu... heh, macam best aje chapter nie bila bace kekomen kat atas..

Hoho... :) best ke x best ni ? musykil2...