Monday, November 2, 2009

Bab 17: Luluh


Terkuis-kuis Auji nasi yang dimakannya. Tidak terjamah pun nasi ayam yang dibelikan Anis untuknya. Hairan Anis dengan tingkah kawan baiknya itu. Tiba-tiba sahaja dia berubah.

“Macam mana pendaftaran tadi?” Anis bersuara setelah suasana sepi untuk beberapa ketika.

Auji termenung jauh. Entah apa yang menerawang di benak fikiran Auji tidaklah Anis ketahui. Soalan Anis tidak diendahkannya.

“Auji, aku tanya ni.” Anis menggertak sedikit suaranya.

“Ha, Oh ok saja.” Auji tersentak dari lamunan. Kaget digertak oleh Anis sedemikian rupa.

“Apa yang ok?” Anis menduga.

“Aku ok saja.” Auji hilang arah. Sementelah, dia tidak langsung mendengar apa yang ditanya Anis tadi.

Anis geleng kepala, dia kenal benar dengan sahabatnya itu. Sememangnya Auji tidak akan begini sekiranya tiada apa yang mengganggu benak fikirannya.

“Kau ni kenapa Auji. Semacam je. Baru minggu lepas kita jumpa. Kau ada masalah apa-apa ke?” Anis sedikit kerisauan.

“Tak tak.” Segera dipintas Auji akan soalan itu.

“Habis tu yang kau jadi macam ni kenapa?” Anis semakin hairan.

“Tak ada apalah.” Auji semakin sunyi.

Anis terasa sedikit bosan hari itu. Seakan Auji hilang serinya. Walaupun senyum Auji sudah mula terukir, tapi matanya masih tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selama ini. Terlalu cuba menggambirakan dirinya.

“Apa cerita Rengit?” Anis cuba mengubah haluan perbualan mereka.

“Masih sama macam dulu.” Kali ini Auji cuba sedaya-upaya menumpukan pada Anis yang ada dihadapannya.

“Cerita terbaru?” Anis cuba untuk berbual. Menghilangkan rasa bosan masing-masing.

“Tak ada apa pun cerita terbaru. Tapi aku adalah terjumpa Wan. Dia bercerai dengan Hana. Dia kata dia tak ada perasaan langsung pada Hana.” Auji membuka kisah yang berlaku.

“Kau biar betul.” Anis kaget lagi.

Sememangnya tidak ada apa yang perlu dihairankan. Mereka kahwin muda dan sudah terang bukan atas dasar cinta.

“Entahlah, aku dengar saja.” Auji menjengketkan bahunya.

Auji melepaskan pandangan kearah parkir kereta besebelahan dengan cafe. Anis menghirup air tembikai merah yang dibelinya tadi. Masing-masing diam.

“Tadi aku jumpa Amir.” Auji tunduk. Pandangannya ke arah parkir kini diarahkan kelantai., seakan melepas beban yang tidak tertanggung selama ini.

Tersembur sedikit air yang baru diminumnya. Kalut Anis mencari tisu.

“What a good news. Kau jumpa dia kat mana?” Terkejut Anis dengan khabar yang baru disampaikan Auji kepadanya.

Dilapkan bibirnya, tercalit sedikit gincu merah dibibirnya ke tisu.

“Masa pendaftaran tadi.” Ringkas sahaja jawapan Auji.

“Dah 7 tahun tak jumpa dia. Sejak kemalangan dulu. Huh, memang dah jodoh.” Anis membuka memori 7 tahun lepas.

Setelah kemalangan itu berlaku. Mereka langsung tidak mendengar khabar berita dari Amir. Neneknya juga mengikut Amir ke bandar. Tidak tahu mana mahu dicarinya Amir. Entah hidup entahkan tidak. Tidak siapa mengetahui apa yang berlaku kepada Amir. Hilang sebegitu sahaja.

“Macam mana dia sekarang?” Anis penuh minat mahu mendengar.

“Sama macam dulu. Cuma sekarang dah cerah sikit kulitnya. Dah berkaca mata.” Ringkas sahaja jawapan Auji.

“Mesti handsome macam dulu. Tak pun lagi kacak, lagi manis dari dulu.” Anis semakin girang.

Anis mengambil beg tangannya. Diseluknya bedak asas yang ada didalam beg tangannya. Lantas membuka cermin yang melekat bersama bedak asas itu. Dibelek tata rias wajahnya yang semakin mulus. 25 tahun umur mereka sekarang. Sudah dewasa dan menjaga penampilan diri.

Ditutupnya cermin dan disisip kemas didalam beg tangannya. Matanya kali ini mula menumpukan apa yang cuba Auji sampaikan.

“Tapi kenapa kau macam tak happy saja.” Anis seakan tidak faham, seharusnya Auji berasa gembira apa yang dicarinya selama ini telah ditemui.

“Dia tak kenal aku pun.” Auji tunduk, tiada airmata yang keluar. Sudah puas menangis tadi.

“Serius.” Anis kaget. Dia tidak menyangka sebegitu sekali yang berlaku.

“Aku pandang dia. Dia macam tak ada apa-apa pun.” Auji geleng.

Anis baru hendak bersuara, tiba-tiba seorang lelaki berkaca mata berdiri disebelahnya.

“Assalamualaikum.” Sopan salam yang diberi. Suaranya semakin dikenali.

“Waalaikumussalam.” Auji dan Anis sama-sama menjawab soalan itu.

“Ni tadi terjatuh.” Lelaki itu menghulurkan sekeping sijil yang tercicir mungkin sewaktu Auji kalut ketika pendaftaran.

“Owh, terima kasih.” Auji mengambil sambil sebuah senyuman diukir.

“Amir.” Sedikit tinggi suara Anis sehingga mampu didengari oleh Auji dan lelaki itu.

“Ye Saya, awak kenal saya?” Lelaki itu kaget. Seperti dia dikenali oleh wanita berdua yang berada dihadapannya.

“Maaf-maaf, saya tersasul.” Anis cepat-cepat menepis.

Lelaki itu menguntum senyuman.

“Saya Amir.” Lantas lelaki itu memperkenalkan diri.

“Saya Auji. Ni kawan saya Anis.” Auji memperkenalkan diri mereka berdua.

Seperti kali pertama berjumpa. Amir tidak langsung mengenali Auji dan Anis. Anis tergamam. Ditundukkan wajahnya.

“Pelajar baru ke?” Tanya Amir.

“A’ah, tapi dia ni staff kat sini.” Auji menjawab. Anis masih lagi tergamam akan apa yang berlaku

“Owh, Auji fakulti mana?” Amir meneruskan lagi pertanyaannya.

“Kejuruteraan.” Ringkas sahaja jawapan Auji

“Eh, samalah.” Amir girang.

Datang seorang wanita singgah dimeja makan mereka membantutkan perbualan. Berpakaian t-shirt sendat dan berseluar denim potongan perempuan. Rambutnya diwarnakan perang seperti wanita-wanita barat. Tatarias mukanya sememangnya meriah dengan solekan yang tebal. Tangannya membimbit beg tangan berjenama.

Tidak dipandang sedikit pun Auji dan Anis. Lantas memeluk pergelangan tangan Amir.

“Amir, jom makan. Laparlah.” Manja ajakan gadis itu terhadap Amir.

“Ni tunang saya, Ainal Marliza.” Amir memperkenalkan tunangannya.

“Hai. Saya Ainal Marliza. Panggil Ainal sahaja ya.”

Dihulurkan tangannya kepada Auji dan Anis sambil mengukir sedikit senyuman resah. Masih tidak hilang adab ketimuran walaupun gaya sudah seperti bukan wanita melayu.

“Auji.” Auji memperkenalkan diri sewaktu menerima jabat tangan dari Ainal

“Anis” Anis juga sebegitu.

“Saya minta diri dulu ya.” Amir mohon diri dengan penuh tatasusila seorang lelaki melayu.

Anis dan Auji masih terkejut. Banyak perkara yang mengejutkan mereka hari ini.

“Assalamualaikum.” Amir memberi salam sewaktu mahu beredar.

“Waalaikumussalam.” Auji menjawab salam itu. Kali ini matanya menceritakan hatinya bagai disayat-sayat.

Amir meninggalkan mereka berdua dan beredar bersama Ainal.

“Dia tak kenal kita langsung ke?” Anis hairan.

“Entah.” Auji menjengketkan bahunya.

Hati Auji mula di sayat-sayat melihat cinta itu bukan miliknya.

2 comments:

i'm nobody said...

nice blog.. =)
from ur own experience??

apezs shah said...

wawawaaaaaaaaaaaaaaaa nak menagislaaa... mencik2..