Friday, March 5, 2010

Bab 21: Rajuk


Amir meletakkan kereta di tingkat 2, Pusat Beli-Belah The Mines. Di situ sahaja tempat meletak kereta yang kosong. Entah mengapa pusat beli-belah itu sedikit sesak hari itu.

Ainal terus keluar dari perut kereta dan meluru ke pintu masuk New York Skin Solution. Mengambil risalah dihadapan kedai itu secara percuma. Ditinggalkan Amir sendirian mengunci kereta.

Asyik dia membelek risalah yang disediakan. Tidak sedikitpun disedari Amir sudah berada disebelahnya. Amir mengusik sedikit siku Ainal. Lantas dibalas senyuman manja Ainal. Amir senyum. Dirangkul erat lengan Amir sambil berjalan meninggalkan hadapan pintu masuk New York Skin Solution. Kepalanya disandarkan dihujung bahu Amir.

“You, kalau boleh kita selalu lah keluar. Lagipun you bukan kerja pun. I bosanlah, tak ada apa-apa nak buat.” Tiba-tiba Ainal bersuara. Meluahkan perasaan. Dia sememangnya selalu kesunyian.

“I kan kadang-kadang ada kelas.” Amir hanya memandang ke hadapan. Tidak sedikitpun pandangannya dilempiaskan kepada Ainal.

“Bosanlah.” Ainal mendengus.

Mereka berjalan lambat-lambat. Ramai sahaja manusia yang kalut-kalut hari itu. Mengambil peluang makan tengahhari di kompleks membeli-belah bukanlah sesuatu yang luar biasa. Mata Ainal asyik melilau-lilau dari satu kedai ke satu kedai yang lain.

“Sejak you belajar ni, I rasa makin jauh dengan you la.” Ainal meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Amir buat-buat tak dengar. Diatur langkahnya mengikut rentak Ainal. Ainal sesekali menjeling ke arah tunangnya.

“You dah tak sayang I ke?” Ainal seakan-akan merajuk.

“Merepeklah you ni. You ni masuk office ke tidak?” Amir mengubah haluan perbualan.

“Malaslah, suruh secretary I settlekan.” Ainal mencebik.

“Mana boleh macam tu. You kene buat kerja you. Tanggungjawab you tu.” Senyum kelat Amir melihat karenah tunangnya.

“I nak luangkan masa dengan you.” Ainal memuncungkan bibirnya.

“Nanti bila dah kahwin, setiap saat you nak peluk I pun boleh. Nak berkepit sana-sini, tiap-tiap malam pun boleh. Nak duduk dalam bilik setiap masa pun boleh.” Amir memerli Ainal dengan tawa kecil.

“Lambat lagi la sayang.” Ainal merajuk.

“Dah, jom Kenny Rogers.” Diajaknya Ainal ke Kenny Rogers.

“Malaslah. I kenyang lagi la.” Bersungguh benar Ainal merajuk.

“Mengadalah you ni. Nak makan Kenny Rogers. Lepas tu tak nak pula. You tau tak I tak ada masa nak layan mengada-ngada you ni. Kalau I tahu you tak nak makan Kenny Rogers tadi, baik I lepak study. Ni pun assignment tak siap lagi. I banyak test tak lama lagi.” Amir berang. Suaranya sedikit tinggi.

Pelukan Ainal dilengannya dilepaskan sedaya upaya. Ainal cuba menghalang. Tapi tiada daya. Ainal terpaku. Tidak dilayan Amir sedikit pun.

“Ala you. Janganlah macam ni.” Ainal cuba memujuk. Tidak pernah Amir marah sebegini terhadapnya.

Amir mula bergerak ke arah pintu keluar pusat beli-belah The Mines. Marah benar Amir padanya. Ainal terkaku. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Teksi!” Amir masuk ke dalam teksi meninggalkan Ainal terpinga-pinga. Sangkanya Amir hanya mahu menenangkan perasaan diluar.

1 comment:

i'm nobody said...

finally.. abes gak bce dr mle smp abes...hik3x.. xsbar nk nntikan smbgnnya.. ;-)