Sunday, May 24, 2009

Bab 6: Jangan

Sudah dua minggu sunyi sepi. Baik di pihak Auji mahupun di pihak Amir. Azim dan Anis juga diam dan tak tahu apa yang perlu dilakukan. Kalau dimenangkan Auji, nanti si Amir macam mana pula.

“Awak, saya dahaga la. Awak nak air apa? Saya pergi order kat Pak Man.” Azim memecah kesunyian. Panas terik sedang membakar bumi yang semakin panas. Pejalanan Anis dan Azim dari sekolah ke kedai minuman Pak Man membuatkan tekaknya kering.

“Awak order saja air apa-apa. Saya taram saja.” Anis sambung termenung. Menerawang jauh entah kemana. Kadangkala dibetulkan sedikit tudung putihnya yang sedikit melorot ke dapan. Azim memerhatikan sahaja daripada kaunter air Pak Man.

Pertemuan Azim pada tengahhari di Medan Selera berhampiran sekolah bukan semata-mata mahu berjumpa dengan Anis. Tetapi mahu menguraikan keadaan yang semakin kusut. Hari peperiksaan tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

“Awak, sebenarnya yang hantar surat tu bukan Auji.” Kata anis sewaktu Azim duduk dengan membawa dua gelas minuman.

“Habis tu?” Azim tidak berapa endah dengan kata-kata Anis.

“Hana.” Anis mencebik.

“Apa?” Azim terkejut. Tiada disangkanya Hana punya angkara.

“Yer, Hana yang letak.” Anis menjelaskan sekali lagi.

“Macam mana awak boleh tahu?” Azim ingin tahu. Barangkali Anis cuba menyelamatkan Auji sahaja.

“Saya kan duduk belakang Hana. Tiap-tiap hari saya nampak si Hana ni asyik pandang ke meja awak dengan Amir. Hari mula-mula tu saya tak syak apa-apa masa dia mundar mandir kat meja Amir. Lagipun masih pagi. Hana tu pula memang pantang nampak lelaki dahi licin. Memang semua nak ditaramnya.” Jenuh Anis bercerita.

“Habis tu?” Azim mendengar dengan penuh minat.

“Waktu rehat masa hari yang mula-mula saya perasan tu, saya nampak dia macam campakkan sesuatu bawah meja Amir. Tapi tak sempat nak siasat, Amir sampai kat meja dia. Lepas tu saya tanya Auji ada nampak Hana buat apa-apa tak. Dia kata tak ada nampak apa-apa pun.” Anis sedikit kehilangan nafas. Dia meneguk air.

“Lepas tu?” Azim tidak sabar.

“Esoknya, Hana campak lagi sekali. Saya belum sampai kelas lagi. Si Auji boleh pula pergi seluk meja Amir nak tengok surat dari Hana tu.” Anis geleng kepala.

“Then kantoi.” Azim meneka.

“Ha’a, tak sangka Amir sampai sekolah pula masa tu.” Anis menyandar.

“Yang Auji lari kenapa?” Azim mula menunjukkan rasa tidak puas hati pada Auji.

“Awak, dia panik la. Lagipun kalau dia cerita benda yang betul bukan Amir tu nak percaya.” Anis mempertahankan Auji.

“Sekarang ni apa kita nak buat?” Anis hilang akal.

“Entah, Saya pun tak tahu.” Azim hilang akal juga.

“Kita bagitahu Amir ok ke?” Anis memberi cadangan setalah beberapa saat membisu.

“Dia bukan nak dengar.” Azim mencebik.

Azim dan Anis kekeringan idea. Tidak tahu bagaimana mahu menolong mereka yang dalam situasi itu.

“Anis.” Suatu suara mengejutkan anis dari arah belakang.

“Weh, terkejut aku. Ada apa Amir?” Anis mengusap dadanya. Terkejut Amir tiba-tiba muncul dari belakang.

Amir menghulurkan tangan. Azim menyambut jabat tangan Amir dengan penuh sopan.

“Bagitahu Auji, esok aku nak jumpa dia kat pantai yang dekat dengan rumah dia tu dalam pukul 5.00 petang.”

Anis ternganga. Azim pelik.

“Ya, itu ja. Aku belah dulu.” Amir meninggikan sedikit suara apabila melihat Azim dan Anis terdiam dengan kata-katanya.

Amir meninggalkan Azim dan Anis. Anis dan Azim hanya mengekori dengan anak mata sahaja. Di tempat meletak motosikal, kelihatan dua orang budak lelaki yang begitu Anis kenali. Amir mengekori dua budak lelaki itu.

“Awak, tu bukan Faris dengan Remi ke?” Azim merenung ke arah Faris dan Remi.

“Ya lah. Kan dia orang tu berjiran.” Anis malas memandang. Mukanya berubah, keluar perasaan benci.

“Awak, betul ke Remi dengan Faris kene buang sekolah. Saya dengar-dengar lah. Sebab dah lama juga saya tak nampak mereka berdua pergi sekolah.” Azim bertanya kepada Anis tentang khabar yang didengarnya.

“Yang Awak sibuk sangat hal Faris dengan Remi ni kenapa?” Anis naik angin.

“Saya cuma tanya saja.” Azim tak nak meneruskan ceritanya lagi. Takut Anis naik angin.

Anis meluat memerhatikan Faris dan Remi. Dibiarkan mereka berlalu pergi dengan sebuah motosikal setiap seorang. Muka Anis berubah. Masam mencuka.

“Kenapa dengan awak ni? Teringat si Faris dengan Remi buat pada awak ke? Sudah-sudahlah tu. Maafkanlah dia orang tu. Kan kemaafan dendam yang terindah.” Azim mohon pada Anis.

Anis bungkam, airmatanya bergenang. Walaupun sudah lebih setahun peristiwa itu. Dia akan ingat sampai bila-bila.

******************************************

“Mak, biar Anis tolong mak berniaga kuih petang ni ye.” Anis menawarkan diri.

“Tak apalah Anis, biar mak buat semua ni. Kamu tengok-tengokkan adik-adik. Mak nak kamu ajar adik-adik. Tengok-tengokkan pelajaran dia orang tu. Mak ni belajar tak tinggi. Tak pandai nak ajar, adik-adik kamu tu.” Mak Anis tahu akan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu tunggal.

“Mak tak berapa sihat tu. Tak apalah. Mak duduk rumah. Malam ni Anis tengok-tengokkan adik-adik punya kerja sekolah ye.” Anis sememangnya ingin membantu.

“Takkan kamu seorang saja.” Mak Anis kerisauan.

“Tak apalah, lagipun Anis dah besar la Mak. Dah tingkatan 4 dah pun. Kat simpang baroh tu kan jalan besar. Ramai orang lalu lalang kat sana.” Anis meyakinkan maknya.

“Kalau macam tu tak apalah. Tapi hati-hati ye. Nanti dah habis berniaga terus balik. Jangan nak melencong ke mana-mana.” Mak Anis sedikit risau.

“Mak ni, ke situ pulak dia. Anis bukan macam tu la mak.” Anis meyakinkan maknya.

“Nanti kalau Faris dengan Remi datang, bagilah diorang 10 ringgit ye.” Mak Anis tunduk.

“Kenapa pula nak kena bagi dia orang mak?” Anis semakin hairan. Sesuatu yang tidak difahami.

“Ala, budak-budak. Kau bagi saja lah.” Mak Anis bungkam.

“Tapi kenapa?” Wajah Anis berubah. Sedikit pelik.

Mak Anis hanya diam dan menyediakan semua barang-barang untuk berniaga. Anis semakin hairan.

******************************************

“Cik Adik comel, dah habis berniaga?” Faris yang datangnya dari celah mana bersama Remi.

“Dah habis la. Aku dah kemas-kemas nak balik ni.” Anis malas nak melayan. Sememangnya dia kurang gemar dengan dua orang budak kampung sebelah itu.

“Garangnya. Aku nak duit cukai?” Faris memerintah.

“Cukai apa benda ni?” Anis buat-buat tidak faham.

“Cukai tanah la adik comel.” Faris sedikit berang.

“Hei Faris, Remi, Kau ingat senang-senang saja nak dapat duit ke? Berusahalah, ni nak mintak orang pula. Malu la sikit.” Anis marah.

“Degil la pula minah seekor ni. Remi, kita ganyang je la dia petang ni” Faris hanya memberi perintah pada Remi yang dari tadi duduk diam saja.

Faris dan Remi memerhati sekeliling. Memastikan tiada orang.

“Eh, Apa ni. Tolong!” Anis tidak selesa. Remi memegang bahunya dengan erat dan mengheretnya.

“Kita ajar budak degil macam kau ni” Faris tersenyum.

Faris dan Remi hanya ketawa. Diheretnya Anis ke kebun berhampiran simpang itu. Anis meronta-ronta meminta tolong.

“Kau main-main dengan kita orang ya. Rasakan penangan kita orang ni.” Faris merebahkan dirinya ke atas Anis.

Satu tumbukan mengenai muka Faris. Remi ketakutan terus membuka langkah seribu. Faris terpelanting. Menekup pipinya kesakitan.

“Kau jangan nak main kasar dengan perempuan. Kita hidup kena ada budi bahasa.” Azim datang membantu.

“Kurang ajar kau Azim.” Faris berang, dia bangkit lalu menumbuk si Azim.

Azim mengelak dan sempat melepaskan satu sepakan tepat ke arah perut Faris. Faris tergolek-golek menahan kesakitan.

“Aku nak kau hormat pada orang lain. Belajarlah jadi baik. Bukan jadi sampah masyarakat.” Azim masih lembut dalam berbicara.

Azim menghulurkan tangannya kepada Anis. Disambut dengan sedih yang bercampur baur. Azim dan Anis berjalan meninggalkan Faris.

“Terima kasih Azim.” Anis kehilangan kata-kata

Azim hanya senyum. Menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang manusia membantu mereka yang lemah.

10 comments:

Max J. Potter said...

5 & 6 are cool. a good rebounce from 4. ah well. cant wait to read more. and ah, amir itu mmg kurang macho ye orangnye?

*suka hero macho je*

but he's interesting.

hey.

rata2 karekter namanya bermula huruf A kan?

your style?

El-Zaffril said...

Max J. Potter: Thanks... I main taram je tulis... nanti hari selase I upload new chapter ok... hari nak menulis lagi few chapter

JR said...

hana..hana...
kan senang bg taw awal2..
x yahlaa si "AMIR" tuh nak reject auji ganaz2.. Cian minah sorg nih.

HOHO... Azim...! hero of the day!

El-Zaffril said...

Amir: Haha, nak buat macam mana... dah nama pun cerita kan... so jadikan complicated sikit la... tapi takde la complicated sangat.... as long as dia tak la merepek macam telenovela... Nanti saya buat watak amir jadi hero plak... hehehhehe...

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Entah hana tu.. Kan sonang eh bagi tau awal2.. Kan amir kan? Amir dahi licin ker??? Wahh.. Hik hik hik..

Encik Zaffril.. Saya pn nak gak, jadi heroin of the day.. Huuhuu.. Rosalinda Ayamore.. Boley? =p

El-Zaffril said...

Farhana: Nak jadi heroin of the day ke? Nak jadi baik and membantu yang lemah ke? Hahaha... kite tengok nanti ape jadi...

AniS GalaXy said...

el.....
ksh yg hampir serupa.

El-Zaffril said...

Anis: Kebetulan je kot...

ZaaRz said...

Hoho... best2... :)

Azim pun si budak baik rupanye... tapi dari awal2 cerita, macam budak slow jek mamat tue.. Ingat ke pendiam pastu jenis kaku ngan pompuan, padahal lain pulak..

Sebab ni la Anis ngan Amir kapel ekh ? Hehe.. bgus2.. ;)

apezs shah said...

Heheehe so sweet...
I want hehe...:)