Friday, April 23, 2010

Epilog: Peluang

(Auji, kau kat mana. Please answer my call. Urgent!)

Dibiarkan sahaja khidmat pesanan ringkas yang diterimanya. Telefon bimbitnya dicampak sahaja di birai katil.

Sudah seminggu dia terperuk di rumah, tidak keluar kemana-mana pun. Sekadar dari bilik ke dapur untuk masak dan makan, mengemas rumah, mandi dan bersolat, selebihnya duduk di ruang tamu ataupun sekadar terperap di bilik.

Dia mahu bersendiri saat ini. Kehilangan Muhamad Amir Nurhakimi masih lagi dirasai. Saat hatinya tak terjawab tentang kehilangan Kimi, dia dikejutkan dengan kemunculan pelanduk dua serupa yang saling tak tumpah dengan Kimi. Lantas dia mengejar cinta lelaki. Malangnya, lelaki itu adalah kembar Kimi. Kesedarannya tentang perkara itu selepas pemergian Akim ke rahmatullah.

Telefonnya berbunyi lagi, khidmat pesanan ringkas. Entah dari mana Akim mendapat nombor telefon bimbitnya. Dia tidak pernah memberikan kepada Akim nombor telefon bimbitnya. Lambat-lambat dia mengambil telefon bimbit itu.

(Auji, tolong pick up my call. Its very urgent and important to your life. I’ve been looking for you almost a week.)

Di campak lagi sekali telefon bimbitnya ke sisinya. Tidak sampai seminit, telefon bimbitnya berdering. Terpapar nama nombor telefon Akim. Kali ini digagahkan juga untuk menjawab panggilan yang entah kali ke berapa ratus.

“Hello. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Auji, kau kat mana?”

“Aku ada kat kampung.”

“Kau di Batu Pahat?”

“Ya.”

“Ok, aku cuma nak cakap satu benda. Edy’s flight will be tonight. Dia akan ke Australia.”

“What?”

“Aku tahu, ini masanya untuk kau tebus kesilapan kau pada Kimi. Kimi nak tengok kau bahagia. Ada masa lagi ni. Sekarang baru pukul 3.00 petang. Kalau kau speed mesti sempat. Dalam 6.30 sampai KLIA. Flight dia pukul 8.00 malam. For sure kau sempat catch up dia.”

Auji terdiam saat itu. Mendengar suara Akim mengingatkan dia pada Kimi. Tersayat hatinya saat mendengar suara itu.

“Auji, you still there?”

“Yes.”

“Dia dah terminate phone dia. Kau tunggu dia kat gate dekat departure hall tu ok. Kalau kau tak percaya kejap lagi aku forward sms yang dia hantar pada aku. Good luck.”

“Thanks.”

“Please Auji. Jangan sia-siakan orang yang sayangkan kau ok. It was never too late to start a new beginning. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Ada air yang bergenang di kelopak matanya. Lantas air itu perlahan-lahan mengalir ke pipi. Diseka perlahan.

Telefon bimbit Auji berbunyi lagi. Pesanan ringkas dari Akim.

(Salam Amir, Aku nak minta maaf banyak-banyak salah silap aku dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kau tolong jaga Auji bagi pihak aku. Aku sayangkan dia sangat-sangat. Kalau perlu kau kahwin dua, kau kahwinlah dengan Auji. Dia terlalu menyintai kau. Aku akan ke Australia Sabtu ni. Flight aku 8.00 malam. Aku berhenti Master di UPM. Umur yang panjang, ketemu lagi. Wassalam)

“Ya Allah. Apa aku nak buat ni.”

Auji menekup mulutnya. Bingkas dia bangun dari katil dan mundar-mandir di dalam biliknya. Lantas cepat-cepat dia mencapai tuala untuk mandi dan bersiap.

Usai mandi, disarung sahaja baju dan seluar yang dicapainya di almari. Dibiarkan wajahnya tanpa secalit alat solek pun. Cepat-cepat dicapainya handbag dan kunci kereta.

Kereta kelisanya meluncur jalan besar menuju ke Lebuhraya Utara Selatan. Bagai mahu tercabut seluruh kereta dengan gegaran akibat kelajuan melebihi had maksima.

“Alamak, Lebuhraya Elit sesak pula.”

Saat itu, dia terlihat ke papan kenyataan LED yang terpampang akan amaran kesesakan yang berlaku di Leburaya Elit hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sempat dia menjeling ke arah jam keretanya yang menunjukkan tepat jam 5.30 petang.

“Kenapa sesak pula ni? Mesti ada kemalangan ni. Sempat sampai ke? Tak apa, park kat Putrajaya, naik ERL.” Auji mengomel sendirian.

Auji membatalkan niatnya melalui lebuhraya Elit, lantas memandu keretanya menyelusuri terus ke arah susur keluar kajang dan menuju ke arah Putrajaya Sentral.

Cepat-cepat dia keluar dari kereta dan membawa beg tangannya. Kereta cepat-cepat di kunci menggunakan alat kawalan jauh. Kalut dia mencari telefon bimbitnya sambil berjalan menuju ke arah tempat membeli tiket ERL.

“Hello Abah, Kakak balik KL. Ada emergency, esok kakak balik kampung semula. Bye Abah.”

Tidak sempat bapanya mahu berkata-kata agaknya sudah diputuskan talian itu.

“KLIA seorang. Berapa kak?”

“Enam ringgit dua puluh sen.”

Auji mengeluarkan duit genap-genap dari handbag dia lantas diserahkan ke penjual tiket, tiketnya diambil.

“Terima kasih.”

Langkahnya laju menuju ke tempat menunggu koc ERL. Jam tangannya, menunjukkan tepat pukul 6.15 petang. Saat itu juga koc ERL ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Tiba. Cepat-cepat Auji masuk ke dalam Koc dan duduk melayan perasaan.

Dua puluh minit sahaja sudah sampai ke stesen. Auji berlari-lari anak ke tingkat atas sekali, sudah tentu Edy berlegar-legar di sana sebelum masuk ke balai ketibaan.

Dilihatnya jam saat tiba di hadapan CIMB berhampiran dengan kaunter daftar masuk. Diperhatikan sekeliling, kelibat Edy langsung tidak kelihatan.

“Solat Asar dulu. Dah lambat dah ni.” Auji mempercepatkan langkahnya ke surau berhampiran.

Selesai solat, dia memanjatkan doa agar diyakinkan hatinya dengan jodoh yang sudah ditentukan oleh Allah kepadanya. Dia tidak mahu melakukan kesilapan lagi sekali.

Selipar Vinci kesayangan cepat-cepat disarungnya, terus dia ke gerbang masuk ke balai berlepas. Setia menunggu, jam tepat menunjukkan 6.50 petang.

Airmatanya mula bergenang, saat itu dia terasa bersalah mengecewakan Edy. Sudah tentu Edy terlalu kecewa. Panggilan telefon Edy tidak pernah dijawabnya sejak hari dia kehilangan Kimi. Tidak pernah sekali pun dia memberi peluang pada Edy mencuba untuk menyintainya.

“Auji..”

Auji memusingkan badannya. Kelihatan seorang lelaki menarik bagasinya sedang berdiri kaku sambil memegang bekas minuman KFC. Mungkin dari arah KFC.

“Akim!”

Auji menggelengkan kepalanya, dia gagal memahami apa yang sedang berlaku.

“Apa sebenarnya semua ni Akim.”

“Bukan Edy yang nak pergi Auji. Sebenarnya aku.”

Bagasinya diletakkan, lantas dia berjalan ke arah Auji.

“Aku Muhammad Amir Nurhakim bin Abdul Razak. Itu nama penuh aku yang ingin kau tahu dulu, abang kepada arwah Muhammad Amir Nurhakimi bin Abdul Razak.”

Amir mendekatkan badannya ke pagar berhampiran dengan gerbang tempat berdirinya Auji. Tangannya mendepa memegang Auji masih kaku.

“Gagalnya pernikahan aku ada hikmahnya. Sehari selepas pengebumian Kimi, tiba-tiba Ainal muntah-muntah. Kami bawanya ke klinik, doktor mengesahkan dia mengandung. Setelah di desak, akhirnya dia mengaku yang dia berhubungan dengan Edy. Aku sangat kecewa Auji. Tersangat kecewa. Tak sangka kawan aku sanggup tikam aku dari belakang.”

Nafas Amir di tarik panjang-panjang. Mencari kekuatan yang sudah hancur berkecai.

“Mungkin aku bukan Kimi yang pernah kau kenal 9 tahun dahulu. Tapi sudikah kau memberi peluang diri ini bertakhta di hati kau?”

“Apa maksud kau Akim?”

“Tak perlu panggil aku Akim. Panggil aku Amir. Tak perlu kau berikan jawapannya sekarang, aku berjanji akan tetap menunggu jawapan kau.”

“Akim...”

Amir menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak mahu sekali dia di panggil Akim. Biar dia menjadi Amir dulu, kini dan selamanya.

“Bukan Akim. Tapi Amir.”

Amir kembali ke bagasinya. Ditarik bagasinya dan dia berjalan menunggu giliran untuk diperiksa di gerbang pemeriksaan pertama.

“Maaf Amir. Jangan pergi, tolong. Aku merayu.”

Dilemparkan sebuah senyuman untuk Auji. Sebuah senyuman selamat tinggal. Amir terasa tenang selepas meluahkan apa yang terbuku di hati.

“I have to go Auji.”

Amir sedang menunggu giliran untuk menyerahkan passport dan tiket kapal terbangnya. Auji merapati dan terus berdiri di sebelah Amir.

“You said, it was never too late to start a new beginning. Why you wanted to leave me?”

“I’m starting up a new beginning in my life with this step.”

Tiket dan pasportnya diserahkan kepada pengawal keselamatan. Sekejap sahaja dia menerima kembali tiket dan passportnya semula.

“Selamat tinggal Auji. Assalamulaikum.”

Amir menuruni eskalator menuju ke ruang satu tingkat ke bawah ke arah balai berlepas. Masa semakin mencemburui.

Auji mula menitikkan airmata saat melihat Amir menuruni eskalator itu. Amir juga memandang ke arahnya. Amir terlihat Auji bibir Auji bergerak-gerak, Amir mendepakan tangannya paras siku tanda tidak memahami apa yang cuba disampaikan Auji.

“I’ll give you a chance to love me.” Sempat Auji menjerit kecil ke arah Amir.

“I will come back ok. Sampai sana, I will call you. I’m gonna miss you.” Amir tersenyum ke arah Auji.

Auji tersenyum, saat itu dia bersyukur. Allah hilangkan matahari apabila hujan turun, rupa-rupanya dikurniakan pelangi untuknya.

“I’ll wait for you, Amir”

Justify Full~Tamat~

9 comments:

epy elina said...

hohhoho...
dah tmat ke??
try la bt special episode...
aku trtnya...
mcm mna ainal ngn edy lak??
isyyy..
compius..
pe pun best2x..

Anonymous said...

dh abis???cam de yg x trjwb la..tp pe2 pon best..cite ni cm kat aksara kan,btul x??hehehe

Unknown said...

da abis ker,,,???

nk lg,,,

saya said...

best cte

i'm nobody said...

finally... ;-)
hepy ending...

Anonymous said...

x bes la ending cmni...
byk benda ag x dirungkaikan....

knpa ekim guna nama edy...x ke nmpk cam Auji ni mula cntakan Ady klu dia ke KLIA???

n blog ni bro i pny ke???

~~niCk~~

akira sendoh said...

Good job!!..hee...bgs..leh diperbaiki lagik...

NsuchAi said...

em, penggunaan nama yg mengelirukan la bro.. but, ok la kot.. sy pn mne taw bab2 wat cite ni.. hee =)

Anonymous said...

....unsangkarable...
-lynn_razak-