Monday, January 3, 2011

Laila Namamu Teratas Episod 13




Laila melihat ke arah jam tangannya, lagi lima minit menghampiri 8.30 pagi. Masih di kira awal baginya. Dia tersenyum lalu melangkah masuk penuh yakin ke dalam pajabatnya.

“Selamat pagi Cik Laila.” Mel, penyambut tetamu bangun dan menyapa selamat pagi kepada Laila. Sudah menjadi kebiasaan Mel untuk datang lebih awal sepuluh minit dari masa bekerja. Mel tersenyum memandang tepat ke arah mata Laila.

“Selamat pagi Mel. Awal awak sampai.”

Mel tersengih lalu menjengketkan bahunya sedikit dipuji oleh Laila.

“Cik Laila, ni surat dari FEDex.” Mel menghulurkan sampul surat bersaiz A4 kepada Laila. Tertera logo FEDex di sampul surat itu berserta alamat dan juga nama Laila.

Laila tersenyum lalu mengambil sampul surat itu dan terus membaca sampul suratnya. Dia mengucapkan terima kasih sambil berjalan menaiki tangga ke bilik pejabatnya di tingkat satu.

‘Tulisan Hafiz sama dengan tulisan Zafuan. Mungkin, kebetulan sahaja.’ Bisik Laila mahu menyedapkan hati melihat tulisan yang di miliki hampir sama dengan tulisan yang pernah dikenalinya dulu.

Laila masuk ke pejabatnya dan menghidupkan suis komputer lalu duduk di kerusi. Badannya disandarkan ke kerusi. Mahu segera diselesaikan kerjanya kemudian melayari laman blog semalam. Dia merasa tidak puas membacanya.

Dia membuka sampul surat yang diterimanya. Terdapat dua set borang Kastam. Dia perlu mencetak borang Kastam itu dengan klausa-klausa yang perlu untuk pengecualian cukai. Dia menyelesaikannya seberapa pantas yang mungkin.

“Siap pun.” Laila mengukir senyuman lalu mengangkat gagang telefon pejabatnya.

[Trut trut] Nada deringan interkom.

“Hello.” Suara dari hujung talian.

“Pakcik Mail, Laila ni. Pakcik sibuk tak hari ni?”

Laila menghubungi Pakcik Ismail yang menjadi piun di pejabatnya. Dia yang akan mengambil tugas menghantar surat-surat penting.

“Tak sibuk sangat. Kenapa Laila?”

“Laila nak minta tolong, kejap lagi Pakcik pergi Kementerian Pelajaran, jumpa Puan Aisah di tingkat lima, Blok E. Laila nak buat pengecualian Kastam. Dia tahulah apa yang dia nak buat.”

“Kejap lagi Pakcik datang bilik Laila.”

“Terima kasih Pakcik.”

[Klik] Laila meletakkan gagang telefonnya.

Sementara menanti Pakcik Ismail datang ke pejabatnya. Dia membuka laman blog semalam. Mahu menyambung pembacaan di laman blog itu.

Bab11: Jangan Pernah Dekat
15 Januari 2002, Selasa

Sedang aku menikmati hidangan makan tengahhari bersama sahabat baikku, aku di sapa oleh dia bersama teman baiknya. Aku terpinga-pinga di sapa secara tiba-tiba. Aku hanya senyum tatkala dia memohon izin untuk duduk di sebelahku dan teman baiknya duduk di sebelah sahabat baikku.

Aku memandang sahabat baikku, dia memahami lalu menenangkan hati melalui isyarat memek mukanya. Ketika itu, mereka berdua tiada di meja kerana membeli makanan.

Selesai membeli makanan, dia duduk kembali bersama kami. Katanya dia merindui aku. Tersedak sahabat baikku mendengar kata-katanya. Aku hanya tersenyum sahaja. Hati aku yang di sayat-sayat belum lagi pulih seperti sediakala.

Dia cuba mengajak aku berbicara, setiap perkataan yang muncul dari bibirnya. Aku jawab beberapa patah sahaja. Aku tidak bisa mengawal perasaan aku sendiri.

Selesai menghabiskan hidanganku, aku segera beredar. Aku tidak bisa melihat wajahnya lagi. Hati aku terasa sakit bagai disayat-sayat oleh belati tajam. Sahabatku terpinga-pinga dengan prilaku aku.

Maaf, aku tak bisa menghadapi semua ini.

Yang Benar
Itu Aku.

“Laila, mana borang tu.” Pakcik Ismail yang tiba-tiba menjengah di pintu biliknya mengejutkan Laila merenung monitor komputernya.

“Ini dia Pakcik.” Laila menghulurkan sampul surat yang terisi borang Kastam.

Pakcik Ismail tersenyum gatal memandang Laila lalu dia melepaskan satu kenyitan mata kiri kepadanya. Laila hanya tersenyum. Pakcik Ismail sudah berusia melepasi separuh abad, masih lagi bertenaga. Dia berlalu pergi meninggalkan Laila.

Laila mengarahkan pandangannya ke monitor komputer seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Bab 12: Terima kasih.
22 Januari 2002, Selasa

Entah kenapa hari itu dia menghampiriku dengan memegang tisu yang melekat di hidungnya. Aku jadi kaget kerana aku sedang berada di perpustakaan, menelaah kuliah yang aku lalui tadi.

Dia sudah dikecewakan oleh temannya. Aku hanya tersenyum mendengar ceritanya. Sungguh, aku sungguh lega mendengarnya. Mungkin ini peluang aku untuk bersamanya.

Aku menghantarnya ke rumah dengan berjalan kaki. Sesampai di pagar rumahnya. Dia mengucapkan terima kasih. Aku hanya tersenyum dan mengangguk lalu pulang ke rumah.

Yang benar
Itu Aku

‘Sweetlah kau.’ Laila tersenyum sendirian.

Bab 13: Aku kah yang terlewat.
24 Januari 2002, Khamis

Hari ini, aku terlihatkan dia berjalan bersama seorang lelaki lain. Mesra sungguh kelihatannya. Dia sempat memandangku lalu melemparkan senyuman.

Aku membalas senyumannya dengan sebuah senyuman kelat. Hatiku disayat lagi.

Kenapa dia hadir hanya di saat dia memerlukan aku. Kenapa dia memberi aku harapan lalu pergi bersama insan lain. Sudah dua kali aku kecewa. Adakah penantian aku untuk meluahkan segala yang terbuku di hati ini berbaloi.

Adakah aku yang sudah terlewat.

Yang Benar
Itu Aku.

[Trut Trut]

“Hello.” Kedengaran Suara Zakiah di hujung talian.

“Laila, jom kita keluar sekejap.”

“Ke mana?”

“Lunch appointment di Subang Parade.”

“Dengan?”

“I’ll tell you later.”

“Ok.”

Laila meletakkan gagang telefonnya dan mengambil beg tangannya. Rambutnya disisir dengan jari dan terus berdiri. Zakiah juga sudah keluar dari biliknya dan berjalan ke arah Laila.

‘Must be a handsome guy I guess.’ Laila tersenyum sendiri.

1 comment:

eddy syrol said...

tumpang lalu tuan tanah...nak promote sikit boleh? heheheh

follow la my blog kalau sudi ye..sape2 la kat sini

http://pena-pujangga.blogspot.com

dan

http://eddysyrol.blogspot.com

thx ya...