Tuesday, December 14, 2010

Laila Namamu Teratas Episod 1




“Hows the air over here, do you like it?”

“Mengadalah kau ni Zek, macamlah aku ni pelancong negro datang ke Malaysia kan. Aku pergi Aussie bukan lama pun. Tak sampai setahun aku di sana. Buat Master di Aussie bukan lama. Tak hilang kemelayuan aku ni.”

“Laila, Lapan bulan kalau aku mengandung. Dah almost duelah.”

“Kau ni Zek. Macam-macam.”

Laila menggelengkan kepalanya, tak berubah langsung pertama teman baiknya sejak di tahun pertama Ijazah Sarjana Muda. Zakiah yang mesra di panggil Zek memang begitu, gemar mengusik dan bergurau. Walaupun adakalanya Laila sendiri geram dengan usikan Zakiah, namun itulah yang membuat dia sentiasa tersenyum dengan rakannya itu.

Perjalanan penerbangan selama lapan jam dari Queensland langsung tidak membuat dirinya letih dek keterujaan mahu pulang ke Malaysia. Dia membiarkan troli barangnya ditolak oleh Zakiah membelah sejumlah manusia yang bersesak-sesak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Laila memandang sekeliling. Pemergiannya ke sana hampir setahun, tiada langsung yang berubah. Masih kekal seperti dulu. Sekali-sekala dia memandang rakannya, juga tiada apa yang berubah. Masih sama seperti dulu juga.

“So whats your plan lepas ni?” Tanya Zakiah sewaktu membuka langkah berjalan di parkir kereta.

Laila mengerutkan dahinya memikirkan apa yang harus dilakukan selepas ini. Dia menjauhkan pandangannya dari Zakiah. Ada mata-mata nakal yang mengeyit mata padanya.

“Aku nak kerja company Ayah kau boleh?” Kata Laila sambil mengibaskan rambutnya yang lurus.

Zakiah mengerutkan dahinya memandang ke arah Laila. Langkah yang tadinya laju menjadi sedikit perlahan. Zakiah mencebik.

Laila tersengih menanti jawapan yang bakal diberikan Zakiah. Dia belum merancang apa-apa pun lagi untuk kerjanya. Sejak habis belajar, dia hanya mahu pulang segera ke Malaysia.

“Kau ni, macam tak ada tempat lain. Belajar master sampai ke Aussie, last-last kerja balik kat company Ayah aku.” Zakiah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Aku sukalah kerja kat company Ayah kau tu. Empat tahun aku di situ, banyak sangat pengalaman yang aku timba. Aku rasa better aku berkhidmat semula di company Ayah kau. Itu lebih baik kan.” Laila memberi pendapatnya.

“Aku memang dah agak dah kau akan masuk balik company ayah aku. Thats is why aku still reserve your position for you. Tapi apa kau nak buat dengan master kau tu. Membazir saja perabis duit sambung belajar tapi tak gunakan master kau. Why don’t kau jadi lecturer kat mana-mana?” Zakiah memberi pendapatnya.

Waktu itu, mereka sudah tiba di tempat Zakiah meletakkan keretanya. Zakiah memasukkan semua bagasi Laila ke dalam but kereta jenis Altis buatan Toyota itu.

“Aku malas nak jadi lecturer la Zek. The thing is, I love marketing, I love to do sales. Tapi bukanlah salesman jual anak patung tepi jalan.”

Zakiah tertawa kecil, terasa lucu benar dengan karenah sahabatnya itu.

“Then your master?”

“Aku buatlah Part time di mana-mana. I need to utilize all my time masa anak dara ni untuk kumpul harta sebanyak mungkin. Nanti dah kahwin nak fikir anak lagi. Kemudian nak fikir suami lagi. Hal-hal rumahtangga lagi. Silap-silap suami aku tak bagi aku kerja.”

“Macam-macamlah kau ni Laila.” Zakiah menggeleng lagi.

But kereta berwarna putih itu di tutup dan mereka berjalan di sisi kereta. Zakiah di sisi kanan, dan Laila di sisi kiri.

“So apa souvinir untuk aku?”

Sempat Zakiah bertanya pada Laila tentang buah tangan yang bakal diterimanya dari Zakiah.

“Coklat!”

“Ah, please. Boring lah my dear. Tak ada benda lain ke? So kampung lah kau ni.” Perli Zakiah.

“Kau ni, tak berubah dengan perangai gedik kau kan.”

Berderai tawa Zakiah dan Laila memecah kesunyian di parkir kereta. Pintu kereta di buka dan mereka kemudian memasuki kereta.

“How about a wallet?” Laila memancing perhatian sahabatnya.

“That would be great. I would love to hear for the brand then.”

“Petaling street boleh?”

“Teruklah kau ni.”

Zakiah membuat muka merajuk. Pintu kereta di tutup dan enjin dihidupkan.

“Hey, must be something that you really adore my dear.”

“Chanel right?” Zakiah girang.

“Dahlah, jom kita balik kampung. Aku nak balik kejap jumpa mak aku.”

“Ok then, aku hantar kau balik. Lepas tu make sure Monday kau datang office. Banyak benda aku nak pass kat kau.”

Laila menampar kecil bahu Zakiah membuatkan Zakiah sedikit terkejut. Zakiah mengusap-ngusap bahunya yang tidak sakit itu.

“Belum masuk office lagi dah banyak kerja?”

“Well.”

“Teruklah kau ni.”

Zakiah memacu keretanya, perbualan mereka tidak terhenti di situ. Terlalu banyak cerita yang ingin Laila kongsikan. Zakiah juga begitu.

2 comments:

Anonymous said...

wah
besh2!

qasehraihan said...

saya dtg nk berkawan dan folow dia..folower ke-96, jemput jenguk dan folo kita ugek ye..keep in touch

wow..ni penulis novel ke ni??hehe