Saturday, June 6, 2009

Bab 10: Nikah

Amir berbaju melayu putih lengkap bersongkok. Segak sungguh ditambah dengan kebahagiaan yang bakal ditempuhnya pada hari mendatang. Sekelilingnya penuh dengan saudara mara menanti dengan penuh debar. Apatah lagi Amir, degupan jantungnya sudah tidak dapat dibendung lagi.

Peluh Amir memercik. Wajahnya sedikit pucat. Abangnya memberinya sapu tangan untuk menyapu peluh yang menitik dari tadi. Dikalihkan pandangannya ke arah Auji yang duduk beberapa langkah dibelakangnya.

Auji hanya tunduk ditemani Anis disebelahnya. Terserlah ayunya mengenakan baju serba putih. Tampak berseri apabila wajahnya dipalitkan dengan solekan nipis.

Amir menghulurkan tanganya. Sejuk sungguh tangannya yang menunggu penuh debar sejak tadi lagi. Hadirin yang hadir semua diam.

“Muhammad Amir Nurhakimi bin Abdul Razak, Aku nikahkan dikau dengan anakku, Auji binti Samsul dengan Mas Kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai.” Lafaz ijab dilafazkan oleh Ayah Auji.

“Aku terima nikahnya Auji binti Samsul dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai.” Qabul Amir lancar sahaja.

“Sah?” Ditujukan pada saksi pertama.

“Sah.” Sambut dengan angguk oleh saksi pertama.

“Sah?” Ditujukan pula pada saksi kedua.

“Sah.” Disambut dengan angguk oleh saksi kedua.

“Alhamdulillah...” Hadirin yang hadir memanjatkan syukur tatkala kasih yang terbina dijalinkan dengan hubungan yang suci.

Ayah Auji membaca doa kesyukuran, memohon keredhaan Ilahi dan memberi rahmat, nikmat dan kebahagiaan kepada anaknya yang baru sahaja dinikahkan itu. Lantas Amir bangun dan bersolat sunat syukur.

Selesai solat, Amir terus ke arah isterinya. Dia kini duduk betul-betul di hadapan isteri yang baru dinikahinya. Amir merenung mata Auji penuh dengan rasa cinta.

Auji menghulurkan tangannya untuk disarungkan cincin. Amir menyentuh tangan kiri Auji yang lembut itu. Disarungkan cincin itu ke jari manis Auji. Mata Auji berkaca. Dicium tangan suaminya dengan penuh rasa ikhlas dan cinta.

Direnung lagi sekali wajah isterinya itu. Di sentuh dagunya, perasaan berdebar muncul. Dikucup dahi Auji. Lantas cahaya lensa kamera menerpa ke arah mereka berdua untuk yang ke berapa kali entah. Saat indah yang tidak mungkin dilupakan buat selamanya.

Amir melepaskan kucupan untuk isterinya. Dia tertunduk. Auji mula menitikkan airmata.

“Abang, jom bangun. Salam dengan saudara mara.” Ajak Auji. Amir hanya tertunduk diam.

“Abang bangunlah.” Auji memujuk Amir untuk bangun. Amir terus terdiam kaku.

Auji menggoncang badan Amir. Amir tersedar kerana terasa gegaran yang sungguh kuat.

“Amir, bangun la Amir.” Auji duduk disebelah Amir yang terlena di tepi pantai.

Amir duduk lantas menggosokkan matanya. Lama juga dia terlena. Sampai termimpi-mimpi.

“Apa lah kau ni. Tepi pantai pun nak tidur. Lena pula tu. Sampai aku datang pun kau tak sedar. Jenuh aku kejut kau.” Auji memperli tanpa memandang Amir.

“Kau mimpi apa tadi? Sampai tersengih-sengih aku tengok muka kau.” Auji ingin tahu. Sampai sahaja tadi, dia terlihat Amir tersengih-sengih keseorangan. Mungkin mimpi menang duit, telahnya.

“Ha, tak ada mimpi apa-apalah.” Amir terpinga-pinga. Dia masih lagi terbawa-bawa mimpi dari tadi.

“Kau ni, hampeh la. Baru nak romantik-romantik dengan kau. Kecewa aku tengok kau tidur nyenyak tadi. Tapi comel juga ya kau tidur. Rasa menyesal pula aku kejut tadi.” Auji memperli Amir.

“Ada apa kau nak jumpa aku?” Amir terus ke agenda utama pertemuan petang itu.

Auji melepaskan hela nafasnya. Dia memusingkan badannya. Terdapat satu beg kertas di sebelah Auji. Auji mengeluarkan kotak muzik pemberian Amir dari sebuah beg kertas.

“Kenapa dengan kotak muzik tu?” Amir hairan.

“Cantik kotak muzik ni kan. Terima kasih, tapi?” Kata Auji sambil membelek-belek Kotak Muzik itu.

Auji menyelukkan tangannya ke dalam beg kertas itu semula. Dia mengeluarkan sekeping gambar.

“Kenapa dengan gambar aku tu pula Auji?” Amir mengharapkan Auji sudi menyimpan gambarnya sebagai tanda kenangan yang Amir pernah jatuh hati pada Auji.

Auji diam. Dibuang pandangannya jauh-jauh ke arah laut seperti membuang seluruh beban yang ditanggung selama ini.

Dipalingkan pandangannya ke arah Amir. Kali ini wajah Auji serius. Wajah Amir seakan tertanya-tanya.

“Untuk apa semua ni Amir?” Auji melepaskan soalan dengan nada sedikit keras.

“Untuk kau.” Ringkas sahaja jawapan Amir.

“Sebab kau cintakan aku? Begitu?” Auji meneka.

“Ya, walaupun aku ni macam ni. Aku pun ada hak untuk sayang orang dan cintakan orang.” Amir cuba menahan perasaannya. Dia tidak mahu mendesak Auji.

“Kita kan masih muda.” Auji beralasan.

“Tapi tak bolehkah kita bercinta?” Amir memanah soalan.

Auji terdiam. Kata-kata Amir itu mematahkan segala alasannya.

“Amir, sejak awal lagi aku tahu, Ada sesuatu yang menarik dalam diri kau. Dan disebabkan sesuatu yang menarik itulah. Aku tertarik dengan kau.” Terang Auji dengan jujur.

Auji diam. Dia mencari kekuatan untuk meneruskan kejujuran hatinya terhadap Amir.

“Betul kata orang, dari mata yang memandang, turunlah ke hati dan aku tak boleh menolak. perasaan aku pada kau.” Luah Auji.

“Jadi kau..” Amir tidak sabar ingin mengetahui. Dipusingkan sedikit badanya ke arah Auji.

“Nanti Amir, aku belum habis lagi.” Auji meminta Amir mendengar penjelasannya.

“Ok ok” Amir angguk.

“Aku rasa masih muda. Spm pun tak lepas lagi. Aku memang sukakan kau. Tapi semua ni kan cinta monyet saja.” Auji cuba menolak perasaannya dan membiarkan Amir melupakan sahaja perasaan yang terbit dalam hati mereka.

“Kau tak percaya pada cinta monyet?” Amir menduga Auji.

“Bukan tak percaya.” Auji geleng.

“Habis tu?” Amir mendesak.

“Apa kata kita tumpukan pada study dulu. Periksa pun dah nak dekat. Dalam masa yang sama, kita kenal hati budi masing-masing. Tak kenal maka tak cinta kan.” Auji memandang wajah Amir.

“Apa kata kita mula dari hari ni.” Amir tidak sabar.

“Maksud kau?” Auji kaget.

“Kita menjadi teman baik, sahabat dan bakal kekasih juga bakal suami isteri.” Amir mengharap agar dia dapat memulakan sesuatu hubungan dari sini.

“Kau ni terlalu jauh berangan.” Auji tertawa kecik.

“Salah ke aku nak berangan.” Amir sedikit kecewa.

“Kau ni sensitif la. Apa kata kita mula dengan belajar sama-sama. Kita ajak Anis dengan Azim sekali. Sekurang-kurangnya boleh bantu kau dalam pelajaran. Kasihan tengok markah kau periksa pertengahan tahun hari tu.” Auji memberi pendapat.

“Aku tak pandai macam kau.” Amir bernada sedih.

“Kan semua tu kena usaha.” Auji memberi semangat.

Amir hanya diam. Dia tertunduk mengenangkan nasibnya.

“Ok, macam ni. Lepas sekolah kita minum kat kedai Pak Man. Lepas tu Solat Zuhur semua. Lepas tu kau follow aku. Dua minggu dah aku dengan Anis lepak rumah Azim lepas sekolah. Kita orang belajar sama-sama kat sana. Rumah Azim kat belakang Masjid dekat sebelah bali polis tu saja. Dekat saja dengan sekolah. Malam pula belajar di rumah aku atau Anis. Rumah aku dengan rumah Anis tak jauh. Dekat saja. Kau datang saja lah dengan Azim. Malam kita orang mula lepas Isyak.” Ajak Auji penuh ikhlas.

“Ok juga kalau macam tu.” Amir hanya bersetuju.

Kini mereka berdua diam. Melayan perasaan yang datang ke dalam diri masing-masing. Amir dan Auji hanya merenung ke pantai.

“Auji, kau kena tolong aku?” Wan dengan keadaan berpeluh-peluh entah dari mana datangnya berdiri didepan Amir dan Auji meminta tolong dari Auji.

Auji bingkas bangun. Amir menuruti.

“Kau ni Wan. Dari mana-manalah kau datang.” Auji mencebik. Benci dia melihat wajah Wan.

“Apa kau nak?” Amir sedikit berang.

“Amir, nanti dulu.” Auji menyuruh Amir bertenang. Dia tidak mahu Wan dibelasah lagi oleh Amir. Dia tahu kali ni Wan dalam kesusahan.

“Aku datang sini bukan nak cari gaduh.” Nada suara Wan lemah. Terpancar sedikit kekesalan dari wajahnya.

“Kenapa ni Wan. Cuba bagitahu aku.” Auji ingin tahu. Amir hanya berdiri disebelah Auji.

“Hana mengandung. Mereka tuduh aku yang buat.” Wan kecewa dituduh sedemikian.

“ Yelah, dah sah-sah aku nampak kau cium dia dulu tu.” Auji jelek. Masih terlihat-lihat peristiwa yang berlaku awal tahun hari tu.

“Aku tak pernah buat apa-apa pun. Kau tahu kan dia tu minah rewang.” Wan cuba meyakinkan Auji.

“Bohonglah.” Auji tidak percaya.

“Jujur dengan kau dan Amir. Aku sanggup sumpah. Aku tak pernah lebih-lebih. Setakat raba-raba, itu saja. Tak lebih dari tu.” Wan jujur didepan Amir dan Auji. Sememangnya Wan tidak pernah menjalinkan hubungan dengan Hana.

“Jadi kau nak aku buat apa.” Timbul rasa kasihan Auji.

“Tolong jelaskan pada semua orang yang aku tak pernah buat apa-apa pun.” Wan merayu pada Auji dan Amir.

“Apa bukti yang kau ada? Aku bukan tahu pun kau pernah buat dengan dia atau tak.” Auji mencebik. Malas dia melayan orang yang tidak mahu bertanggungjawab dengan perbuatan sendiri.

“Sumpah Auji. Aku berani sumpah.” Wan kesal, tiada apa yang mampu dilakukan kali ini.

12 comments:

Danish said...

Adakah kerana lagu entah yang mengiringi pembacaan saya membuatkan saya khayal dalam angan saya sendiri bila mana membaca chapter 10 ni. Pada awalnya ingatkan dah kawin kerana masih banyak persoalan yang belum dirungkai tetapi mimpi dan susun kata dalam chapter 10 ni kemas dan i will do respect u. Overall cerita ini ada khayalan yang manis, kenyataan yang harus diterima dan kekesalan yang belum ditentukan..

Tahniah!!:D

'aqila said...

ingatkan da kawen betol2...agak terkejt sebb 2 hari lalu bace chap before this sek lagi kan..rupanya mimpi...ohhh :)

hana menganndung...hana watak die xbnyak..yg bnyak auji, amir,azim,anis adik auji nga pak man..

xsabar na tggu yg seterusnya...

~FaRiDzUl LaILy FuDzALi~ said...

erm..comel..huhu

El-Zaffril said...

Danish: Thanks for the reading... Anyway will try to maintain my momentum so you can terbuai-buai....

'aqila: Hahaha... semua tu imaginasi penulis... jenuh buat research on how nikah berjalan... hahahahha... gila la... Anyway watak Hana tak banyak... tapi di ingati kan... betul tak...

~FaRiDzUl LaILy FuDzALi~: Takkan comel je kot... 5 hours to write this chapter tau...

JR said...

wah!.. terkesima! dah kawin..
last2, mimpi.. eceh.. full of surprise la.!! best..
hehe.. jom kite tanya hana sendiri, ngan saper die dah buat. kan senang. gitu??!! BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG..

PEACE NO WAR!! XD

El-Zaffril said...

Amir: Ada orang puji... this is the best chapter tau... hahahahha... tak tahu la chapter 11 boleh buat lebih baik dari ni atau tak

Anonymous said...

oh god.
karya ini oleh seorang insan yang bernama lelaki ke??
pepun, you done great.
applause to you:DD

El-Zaffril said...

miss faten: Yes Faten, It my writing...

Anonymous said...

urm. mungkin pelik.
mungkin tidak.
semuanya mungkin:)

AniS GalaXy said...

terasa mcm betul bile di akad nikahkan....hehe
thaniah el
anis suke sgt chapter 10 nie
sweet sgt....

El-Zaffril said...

Miss Faten: Menulis berdasarkan pada minat... saya tiada bakat... tapi minat... hehehehhe

Anis: Suka erk... nanti chapter 11 kite tengok... camne anis boleh rapat bebenor dengan azim erk... sebab yang tu tak terungkai lagi tu

ZaaRz said...

walawei, kenape lah ko bawak aku dalam mimpi palsu jugak ? hailoh.. terkesima jugak tadi, ingat ke da kawen betul2.. :P

Bagus2.. chap ni pun okay. ;) Aku suka bace penulisan ko, sebab olahan kau menarik.. :) Well done, bro!