Thursday, April 1, 2010

Bab 24: Peluang


“Dude, where are you?”

“Aku kat sini. Nampak tak aku lambai-lambai tangan ni.”

Auji lantas terlihat kelibat seorang lelaki melambai-lambai tangan ke arahnya sambil berdiri. Segak lelaki itu mengenakan kemeja putih dan berseluar denim biru. Mana entah perginya rambut lelaki itu.

Panggilan itu diputuskan dan cepat-cepat Auji memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan putihnya.

“Cantik tempat ni kan. Yang kau ni kenapa botak? Nazar ke? Ke dah buang tebiat? Mana rambut kau yang stylo milo tu?”

Auji tergelak kecil, melihat Brian Aidil yang tiada rambut. Kelihatan sungguh pelik, tapi masih comel. Brian Aidil masih dengan sikapnya yang tidak mahu mengalah. Dia masih merasa dirinya gah walaupun tiada rambut.

“Kalau iya pun, kau duduklah dulu. Terus je nak terjah aku dengan soalan-soalan panas kau tu kan. Tahulah aku ni macho, kacak dan bergaya walaupun botak. Anyway, Kau nak order apa?”

“Aku nak minum saja. Bagi aku lime juice.”

Auji masih lagi dengan gelaknya. Ringkas dia berkemeja pink malam itu, dipadankan dengan tudung berwarna pink dan berseluar denim putih. Solekannya juga ringkas namun masih memukau dengan kejelitaannya.

Ternganga Brian Aidil melihat Auji. Auji mengenyit-ngeyitkan matanya. Tersedar Brian Aidil dari lamunan yang panjang. Cepat-cepat dia memanggil pelayan lantas memesan minuman.

Auji sibuk memerhatikan ikan-ikan yang berenang-renang di dalam parit buatan yang mengelilingi kedai makan. Penuh dengan ikan kap merah.

Brian Aidil yang lebih mesra di panggil Edy dari tadi memerhatikan Auji. Auji perasan yang Edy tanpa pernah setiap saat melepaskan pandangan terhadapnya. Tapi Auji hanya membiarkan sahaja.

Pesanan minuman pun tiba. Edy dan Auji membalas penghantar minuman itu dengan sebuah senyuman. Auji menyedut air limau ais, membasahkan tekaknya yang mula kering sejak tadi. Edy juga begitu tetapi pandangannya tidak pernah lepas dari memandang Auji.

“Aku selalu lepak-lepak kat sini kalau bosan.” Edy yang dari tadinya diam memulakan bicara.

“Kalau tensen pun aku lepak kat sini juga. Kau ingat, kau seorang saja yang lepak sini.”

Auji menyandarkan badannya ke kerusi sambil memeluk tubuhnya yang sedikit kesejukan. Angin malam itu dingin sekali akibat hujan yang turun petang tadi.

“Auji.”

“Yer, Encik Brian Aidil.”

Pandangan Auji tertancap merenung mata Edy. Sabar dia menunggu soalan yang bakal terpacul dari mulut jejaka itu.

“Kau masih mengharapkan Amir?”

Auji menyedut nafasnya dalam-dalam. Pandangannya kali ini dialihkan ke ikan-ikan yang sedang berenang.

“Kau tahu apa yang berlaku antara aku dan Amir?”

Edy menggeleng. Manakan pernah dia tahu siapa Amir dalam hidup Auji sebelum ini.

“Kau mahu tahu?”

Edy mengangguk, dia sedia menjadi pendengar yang setia mendengar isi hati Auji, insan yang mula bertamu dihatinya.

“Aku mula mengenalinya sejak tahun 1999. Sewaktu kami berdua di tingkatan 5. Dia seorang yang membosankan. Tapi aku tahu ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya. Pada mulanya, aku tidak mengambil pusing tentang Amir. Sehinggalah dia meluahkan perasaannya pada aku.” Auji kehilangan kata-kata.

“Kau terima dia?” Edy mencelah.

“Kami mula rapat dari situ. Tapi kami tidak pernah bercinta. Aku tahu dia memang sukakan aku. Aku pun sukakan dia sebenarnya.” Kelopak matanya mula dipenuhi genangan airmata.

Auji membuka beg tangannya lantas mengeluarkan sebuah kotak muzik. Masih lagi gah kotak muzik itu. Di belek-belek kotak muzik itu.

“Dia berikan aku kotak muzik ini. Katanya, kalau aku tak mahu menerima dirinya, sekurang-kurangnya aku mahu menerima dua benda ini sebagai tanda persahabatan.”

Auji meletakkan kotak muzik itu di atas meja. Direnungnya kotak muzik itu lama-lama.

“Makin hari, aku makin sayang pada dia. Makin rindu, jujur pada kau. Aku senang bersama dia.”

Edy yang dari tadi setia mendengar mengambil tisu di atas meja dan memberi tisu itu kepada Auji. Kelibat airmata Auji sudah kelihatan di pipinya.

“Akhirnya aku menerimanya tanpa keputusan yang betul-betul aku luahkan padanya.”

Ada getaran nada kesal dari suara Auji. Auji tertunduk, berat rasanya mahu menyambung ceritanya semula.

“Satu hari, aku mendapat tahu dia berkawan baik dengan samseng kampung. Satu benda yang aku paling tak suka. Aku cop dia budak jahat juga. Aku jumpa dia, aku lempang dia. Aku terus lari balik rumah.” Sekali-sekala diseka airmata yang mula memenuhi kelopak matanya.

“Then kau putus dengan dia?” Tenang sahaja suara Edy.

“Aku tak cakap pun putus. Aku cuma merajuk dengan dia. Dia ada datang rumah untuk pujuk aku. Tapi aku tak layan. Aku menangis gila-gila waktu tu. Aku kecewa sangat, tapi aku masih sayangkan dia.”

Edy masih lagi setia mendengar tanpa jemu sesaat pun.

“Keesokan harinya, Anis datang rumah aku tergesa-gesa. Dia cakap Amir kemalangan. Luluh hati aku. Aku ke hospital. Tapi keluarganya bawa dia pulang ke Kuala Lumpur.”

“Kau tak ada jumpa dia ke?”

Auji menggelengkan kepalanya.

“Lepas tu, aku tak ada jumpa dia lagi. Sehinggalah hari pendaftaran aku di sini.” Berat suara Auji.

“Kau yakin itu dia?” Entah kenapa Edy mula mendesak.

Auji membuka beg tangannya. Kali ini, dikeluarkan sekeping bingkai gambar mengandungi gambar seorang budak lelaki lingkungan 17 tahun.

“Ini gambarnya. Namanya Muhammad Amir Nurhakimi bin Abdul Razak. Dialah Amir yang aku cari selama ini.” Auji menyerahkan gambar itu kepada Edy.

Terlopong Edy ketika mengambil bingkai gambar yang dihulurkan oleh Auji.

“Hati aku yakin mengatakan Muhammad Amir bin Abdul Razak itu adalah Amir yang aku cari selama ini. Biarpun sekadar tu sahaja namanya yang aku tahu.”

Auji kembali memerhati ikan-ikan kap yang berenang-renang, seolah-olah ikan itu mengerti gelodak di hati Auji.

“MasyaAllah, Orang yang sama rupanya.”

Edy menggenggam tangan kanannya lalu meletakkan ke bibirnya. Tidak di sangka, wajah itu saling tak tumpah dengan Amir yang dikenalinya.

“Sebab itu lah aku tidak mampu memandangnya.” Lemah suara Auji.

“Kau tak cuba dapatkan dia kembali?”

“Aku sudah cuba, tapi tak ada daya.”

“Mungkin esok peluang terakhir kau.”

“Kenapa?”

Berat Edy mahu menyampaikan khabar yang diterimanya kelmarin.

“Esok dia nak bernikah dengan Ainal”

“What!”

Terkejut Auji dengan perkhabaran yang baru diterimanya. Dia seakan tidak percaya. Baru sahaja 2 minggu lepas dia membuat kerja kursus bersama-sama. Tidak ada pula khabar dari Amir dan Ainal mengenai pernikahan mereka.

“Kat mana?”

“Masjid Duta.”

“Kau boleh tolong aku?” Auji mengharap Edy dapat membantu.

“Apa saja untuk kau Auji.”

Edy sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabatnya. Mungkin bisa saja dia mengatakan Auji insan yang akan bertakhta dihatinya entah sampai bila.

“Untuk yang terakhir kali. Aku nak jumpa dia. Kalau pun bukan untuk dia kembali. Aku nak dia ingat aku, itu sahaja.”

“With one condition.” Entah apa syarat yang dikenakan Edy kali ini.

“Apa dia?”

“Kalau Amir tidak muncul lagi dalam hidup kau. Kau mesti pertimbangkan cinta aku.”

“Deal.”

Auji memberi jawapan tanpa berfikir panjang. Dia mula merasa resah. Disandarkan badannya ke kerusi plastik sambil tangannya memeluk tubuh.

“Auji, kau tidak ada perasaan pada aku ke?” Entah dari mana Edy mendapat kekuatan bertanyakan soalan sedemikian.

“Tak salah kalau aku beri ruang dan peluang pada diri kau juga kan? Tapi biar aku selesaikan yang ni dulu ya.” Auji memberi senyuman harapan kepada Edy.

Edy membalas dengan senyuman kelat. Entah mengapa, hatinya kuat mengatakan, Auji tak mungkin dia miliki.

1 comment:

Anonymous said...

waaa..de n3 br..thanx..cian kat auji,mntk2 la amir ingt dia blik..waiting 4 the next n3..hehehe