
Tak pernah pula dia memberitahu neneknya akan hal itu. Sesuatu yang sangat sukar difahami oleh Amir. Telahannya, mungkin dia tersalah tidur. Sekadar menyedapkan hatinya sahaja. Lebam di ibu jari kanannya yang membuatkan dia sedikit keliru. Entah dari mana datangnya.
Sudah lebih sebulan begitu dan sudah lebih dua bulan juga dia duduk di kampung bersama neneknya. Terlalu cepat masa berjalan. Mak, ayah, abang dan kakaknya Baru dua kali datang menjenguknya.
Selama dua bulan itu, tidak banyak benda yang dilakukan. Siang hari dia akan ke sekolah manakala malamnya pula dia akan membuat kerja sekolah dan juga mengulangkaji pelajaran. Walaupun dia tidak pandai, tapi dia perlu terus berjuang.
Cuti hujung minggunya banyak dihabiskan dengan menemankan neneknya bercucuk tanam sayur di belakang rumah. Kalau tidak pun, dia menemankan neneknya membersihkan halaman rumah.
Petang pula, dia banyak menghabiskan masa dengan pemuda-pemuda kampung yang melepak di pondok bas jalan berhampiran jalan besar. Malam minggunya dihabiskan dengan bermain badminton.
Kelapa sawit yang ada di kebun belakang dan kebun baroh sudah lama pakcik yang ambil alih. Hujung bulan pakciknya akan mengambil upah memotong dan mengutip hasil. Bakinya akan diserahkan kepada neneknya. Itulah sumber pendapatan neneknya.
Amir meletakkan beg galasnya di atas kerusi. Sedikit peluh memercik di dahi. Bajunya sedikit basah tetapi tidak ketara. Tempat meletak motosikal di kawasan sekolahnya agak jauh dari kelas. Kemudian dia harus mendaki tangga ke tingkat empat. Di situlah kelasnya. Memang sedikit memenatkan.

Di sikat kemas rambutnya berbelah tengah yang tadi sedikit serabai akibat topi keledar yang dipakainya. Bisa cair mata yang memandang.
Menjadi kebiasaannya pada pagi hari dia akan mengemas sedikit mejanya.
“Apa ke benda ni?” Kehairanan Amir. Dia terperasankan sekeping nota di dalam laci mejanya tatkala menjenguk ke dalam laci mejanya itu.
Tanpa berlengah, Amir terus membuka lipatan surat bersaiz A4 itu lalu dibacanya.
Sampai di kelas pagi itu, Azim terlihatkan Amir meletakkan sekeping kertas yang telah dilipat dengan kemas ke dalam laci meja Amir.
“Apa ke benda tu?” Azim bertanya seraya meletakkan beg yang sedang di sandangnya di atas kerusi.
“Entah, aku pun tak tahu. Malas nak ambil port.” Amir terus keluar dari kelas meninggalkan Azim.
Azim mencebikkan bibirnya sahaja. Sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia tahu sebenarnya ada sesuatu yang Amir sorokkan. Tapi dibiarkan sahaja.
Mungkin perkara sebegitu tidak penting untuk diberitahu. Amir seorang yang kurang gemar bercerita tentang kisahnya atau berkongsi apa-apa masalah.
Loceng dibunyikan, masa untuk perhimpunan pagi. Sememangnya itu adalah rutin harian sekolah. Setiap pagi akan ada perhimpunan kecil.
Sekeping kertas sedikit pun tidak mengganggu tumpuan Amir. Dibuangkan sahaja perasaan ingin tahu itu.
Selepas rehat, Amir menerima sekeping lagi surat. Letaknya di dalam laci meja juga.
“Bongok.” Nafas Amir dihela panjang. Sekadar berhenti di situ sahaja.
“Kau cakap dengan siapa tu Amir?” Carut Amir menarik perhatian Azim.
“Minah gila mana entah hantar surat. Konon nak jadi secret admire. Aku mana la layan benda-benda macam ni.”
Azim diam sahaja sambil memerhatikan gelagat kawan yang duduk disebelahnya sejak dua bulan lalu. Tiada apa yang berubah pun. Pemendam.
Sepasang mata memerhatikan dari jauh. Sedikit kecewa dari kaca mata itu. Yang pasti dia tidak akan patah semangat.
*******************************
“Nampak apa Cik Nur Anis binti Alias?” Pelik Auji bila Anis bertanya sedemikian.
“Tak ada apa lah Cik Auji binti Samsul.” Anis mula membuka bukunya. Dibiarkan sahaja Auji dengan wajah sedemikian.
8 comments:
ala,
bilalah nama i nak kluar nie,
dah lama tunggu tau,
dah berjanggut i nie,
majuk 4 saat..
4
3
2
1
hik hik hik hik
chapter ni kurang kick sikit. ayat2 dlm surat tu pun tak berapa mantap. but an amusing read, nevertheless. inform nani nanti tau, bile next chapter dah keluar! thank you!
Cik Wanie: Hurm, sabar la... save the best for the last ok... Pening I nak masukkan semua character bloggers tau... silap plak mak bapak diorang bukan blogger... nenek dia pun bukan blogger...
Nani: Yer ke... tak ape... mungkin bosan sikit chapter ni... tidak mendebarkan.... takde element kejutan... macam bleh agak je Miss J tu sape kan... tapi tunggu
heheeeeee
cannot wait laa!!!
Amir: Wait La... khamis ni keluar lagi satu chapter... tengah cari masa nak menulis ni... Hua hua hua... Chapter 6 tak sempat nak tulis lagi
Ke hadapan encik zaffril. Blhkah saya mnjadi secret admirer anda.. Cukuplah skadar saya mprknalkan diri sy sbagai Nur Farhana Abdullah.. Jgn dicari mana ltaknya saya, kerana saya sudah duduk bersantai selesa di dalam hatimu.. Wah.. Malatop ayat-ayatku.. Jgn marah encik zaffril.. Hee.. =p
Next chapter.. Heehee.. =)
Farhana: Akan saya jadikan kamu...
Haha.. macam cerita aku masa sekolah2 dlu jek. dapat letter, buang terus... :P tapi budak Amir ni bagus, baca dulu.. ;P
okay2, sambung lagi..
Post a Comment