Saturday, October 23, 2010

Loro: Jilbab Episod 18



Tajuk : Jilbab
Penulis : El-Zaffril
Cerita ini juga boleh dilayari di Seindah Dunia Kita (Klik Sini). Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8.08 malam. Chendana Episod 18 akan disiar pada 25 Oktober 2010.

Jilbab (Episod 18)

Nur melangkah ke ruang tamu. Hatinya puas telah menemui jasadnya tadi. Dia tidak sabar-sabar mahu memberitahu Uthman apa yang telah ditemuinya ketika dia menghilangkan diri dari pandangan mata Uthman.

Uthman membontoti Nur, dari tadi dia hanya diam. Tiada sepatah pun bicara terbit dari bibirnya. Sekali-sekala dia berdehem dek tekaknya yang gatal. Dari anak matanya jelas menggambarkan fikirannya sedang bercelaru.

Di ruang tamu itu, Uthman melabuhkan punggungnya di atas sofa. Nafasnya di hela panjang pandangannya dilepaskan jauh-jauh keluar dari ruang tamunya, seboleh-bolehnya dia tidak mahu Nur membaca isi hatinya.

‘Siapa yang harus aku jadikan galang-ganti untuk sebuah kehidupan yang belum pasti.’

“Uth, kenapa ni?”

Uthman terkejut seraya memandang ke arah Nur. Matanya tepat memanah anak mata Nur.

‘Aku mahu jasad kau di depan mata aku Nur. Aku mahu kau tahu betapa aku mula menyintaimu. Betapa aku mula menyayangimu. Aku mahu hidup bersama kau Nur.’

“Eh Uth, kenapa ni?” Nur mengerutkan dahinya, hairan melihat Uthman tiba-tiba sahaja pelik dari penglihatannya.

“Tak ada apa-apa.”

Uthman menggeleng-gelengkan kepalanya. Anak matanya dilarikan dari terus memandang anak mata Nur, bimbang Nur dapat membaca setiap inci sudut hatinya. Dia mendengus perlahan.

“Uth, tadi Nur jumpa jasad Nur. Ada di Hospital yang terakhir yang kita lawat hari tu.” Wajah Nur girang.

“Oh.” Uthman memandang ke arah Nur sekali saja kemudian menunduk kembali.

“Kenapa ni Uth, resah semacam saja Nur tengok?”

“Nur, kalau diberi pilihan untuk hidup dan mati, mana yang Nur akan pilih?” Perlahan suara yang keluar dari bibir Uthman.

Mulut Nur melopong mendengar pertanyaan Uthman itu. Entah apa yang bermain di fikiran Uthman sehingga terpacul bait-bait kata sedemikian.

“Mestilah Nur nak hidup.” Nur merubah emosinya menjadi ceria, mahu menceriakan keadaan walaupun dia dibelenggu masalah.

“Kalau ada nyawa sebagai galang gantinya, siapa yang Nur akan korbankan?” Uthman memandang ke arah Nur, merenung tepat ke anak matanya. Terlahir rasa cinta di hujung iris sehingga menyedarkan Nur, Uth telah jatuh cinta padanya.

“Apa Uth merepek ni?” Nur memeluk tubuhnya. Dia memalingkan badannya dari mendepani Uthman.

Suasana menjadi sepi, melayani perasaan masing-masing. Nur dihimpit perasaan ingin hidup dijasadnya. Uthman pula dihimpit cinta yang mula terbit dari sudut hatinya.

“Uth, dah tentulah Nur nak hidup seperti sediakala. Takkan selama-lamanya Nur nak macam ni.” Nur membuka langkah menjauhi Uthman. Hatinya ditebak rasa yang bercampur baur.

“Nur.” Panggilan Uthman mematikan langkah Nur. Uthman segera bangun dan menghampiri Uthman.

“Nur, kalau Uth kata yang Uth diberi peluang untuk menghidupkan seseorang tetapi dengan syarat Uth wajib mematikan seseorang Nur percaya tak?”

Nur diam tidak menjawab. Langkahnya dibuka laju meninggalkan Uthman.

“Terpulang pada Nur. Hidup Nur, Nur sendiri yang akan tentukan.”

No comments: