Wednesday, December 29, 2010

Laila Namamu Teratas Episod 12




Sabri menghirup minimum teh susu yang suam selepas ditarik. Duduk melepak dengan teman-teman rapatnya lebih memberikan kepuasan dari terperuk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

“Sab, mana kereta?”

“Kakak aku dah ambil balik.”

Fikirannya masih lagi teringatkan gadis yang ditemui di pantai petang tadi. Tiada rasa mahu berborak dengan rakan-rakannya hari ini. Tiada cerita sensasi yang mahu dikongsikan hari itu. Jalan Besar Pantai Klebang yang sesak dirasakannya kosong.

“Kau kenapa ni Sab?”

“Ha. Tak ada apa-apa.” Sabri tersengih.

Air teh tarik gelas besar di hirupnya perlahan. Telinganya antara mendengar dan tidak. Matanya antara pejam tidur dan celik. Dia berada di dalam dunianya sendiri.

‘Alangkah baiknya kalau aku dapat berkenalan dengan gadis itu. Manis sungguh bila dia tersenyum. Sekali-sekala hembusan angin menerpa wajah, semakin menambah seri paras rupanya yang elok. Siapa namanya? Aku ingin sekali berkenalan dengan dirinya.’ Sabri bermonolog sendirian di dalam hati.

“Sab?”

“Aha.” Sabri terkejut apabila melihat satu wajah betul-betul di hadapannya.

“Kau ni dah kenapa Sab? Aku tengok termenung saja dari tadi. Kau ada apa-apa masalah?” Sahabatnya mengerutkan dahi.

“Aku terserempak seorang awek tadi. Cantik, aku teringin nak kenal dengan dia.”

“Apa lagi Sab. Kau ngorat sajalah. Macam tak biasa kau mengayat awek. Lepas tu, berangkutlah balik rumah.” Berdekah tawa sahabat Sab.

Sabri merasa tidak senang diperli sebegitu. Dia bingkas bangun dan meninggalkan sahabatnya itu.

“Eh Sab. Kau nak pergi mana tu?”

Sabri tidak langsung mengendahkannya sahabatnya. Dia menyarung topi keledar di kepalanya. Enjin motorsikal Yamaha 125znya dihidupkan dan perjalanan malamnya dimulakan.

“Wei Sab, Rilekslah.” Laungan sahabatnya langsung tidak diendahkan.

No comments: