Friday, November 6, 2009

Bab 19: Kejar

Auji berjalan ke arah auditorium yang terletak bersebelahan dengan parkir kereta. Terlihat kelibat beberapa kelompok manusia di hadapan auditorium. Semuanya berkemeja dan segak-segak belaka. Maklumlah, pekerja kerajaan.

Auji terlihatkan kelibat seorang lelaki yang cukup dikenali. Amir seperti sedang menunggu seseorang. Langkahnya dilajukan supaya dia dapat berbual dengan lebih rapat bersama Amir.

Auji melangkaui Amir. Amir tidak semena-mena mengalihkan pandangannya ke arah Auji yang berdiri betul-betul disebelahnya. Auji senyum.

“Hai Amir.” Auji mengambil peluang terbaik untuk bercakap dengan Amir.

“Assalamualaikum.” Tersentak Auji apabila Amir memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Jawab Auji dengan penuh sopan. Merah padam mukanya menahan malu.

Amir hanya tersenyum, sememangnya Amir sudah berubah. Tidak seperti Amir yang dikenalinya dulu.

“Tunggu siapa?” Auji memula bicara.

“Tunggu Ainal.” Ringkas sahaja jawapannya.

Auji terus mati kata sebaik sahaja mendengar nama Ainal. Jauh disudut hatinya mulai cemburu. Amir hanya tersenyum. Masih sama, ditatap puas-puas wajah yang merenungnya kali ini. Melepaskan segala rindu yang terbeban selama tujuh tahun kehilangan Amir.

“Kau balik naik apa?” Amir bersuara.

“Aku drive.” Auji tersentak.

Amir mula sedikit gusar diperhatikan oleh Auji. Dia sedaya upaya mengawal dirinya.

“Amir, kau memang tak kenal aku ke?” Spontan sahaja Auji menuturkan kata-katanya. Entah dari mana datang fikirannya itu.

“Apa dia?” Amir terkejut. Dia seperti dengar dan tidak pertanyaan Auji itu.

“Tak ada. Kau asal mana?” Auji cuba mengawal keadaan, mungkin akibat koma, Amir lupa segalanya. Telahnya.

“Macam-macam la kau ni Auji. Dalam kelas tadi kan dah ada sesi perkenalan. Aku orang Kuala Lumpur. Tapi mak ayah aku orang Batu Pahat.

“What?” Auji ternganga, kali ini membuatkan dia yakin. Sememangnya itulah Amir yang dicarinya selama ini.

“Kenapa dengan kau ni Auji. Macam terjumpa sesuatu saja. Pelik aku dengan kau.” Amir mengerutkan sedikit dahinya tanda hairan. Terdapat garisan-garisan halus muncul di dahinya.

“Er.. er.. Jom kita gi minum kejap. Borak-borak.” Auji cuba menukar haluan perbualan. Dia mahu tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Kau ni pelik la.” Amir semakin hairan.

“Pelik apanya. Kan kita kawan sekelas. Tak salahkan kita minum-minum kejap. Sebagai seorang kawan.” Auji memujuk.

Amir diamkan sahaja. Dia hanya tersenyum seorang mengenangkan seorang kawan sekelas yang baru dikenalinya. Dipandang sekeliling, Auji hanya berdiri disebelahnya.

“Amir, aku nak nombor handphone kau boleh? Senang aku nak contact kau kalau ada apa-apa aku nak tanya.” Auji menukar taktik. Kali ini dia yakin akan berjaya.

“Oh. Tak ada masalah, kau bagi nombor handphone kau. Nanti aku misscall.” Amir menyeluk poket kanannya mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya menunggu arahan seterusnya.

Auji bersedia dari tadi mahu memberi nombor telefon bimbitnya.

“012-2...” Kata-kata Auji terhenti apabila terlihatkan kelibat seorang perempuan.

Ainal, tunang Amir datang menggagalkan taktik Auji. Terus cepat-cepat dia mendapatkan Amir. Dengan seluar jeans sendat, t-shirt putih sendat, cermin mata hitam berjenama dan juga beg tangan berjenama mewah. Wajahnya disolek tebal. Rambut lurusnya dibiarkan mengurai. Sememangnya Ainal mengikut peredaran semasa.

“Hai sayang.” Terus didakap erat tangan Amir. Diletakkan kepalanya dibahu Amir.

Auji meluat. Ainal sungguh mengada-ngada.

“Bagi la salam lain kali. Main terjah je.” Amir sedikit marah.

“Ala janganlah marah. Assalamualaikum. Jawablah, tak jawab dosa.” Dipujuknya Amir.

“Waalaikumussalam.” Amir mula berlembut.

Sememangnya kelemahan lelaki adalah perempuan. Ainal memandang Auji dengan pandangan yang tidak selesa. Dibekalkan senyuman kelat kepada Auji. Auji hanya tersengih ringkas.

“Jom makan sayang? I laparlah, tengahhari tadi tak makan lagi.” Ainal memujuk. Semakin galak manjanya.

“Ok, you nak makan kat mana?” Amir menolak-nolak manja tangan Ainal. Dia merasa sedikit tidak selesa.

“San Francisco Pizza Bangi. Dah lama I tak makan sana. I belanja you.” Ainal girang.

Dilepaskan sedikit dakapan tangan itu. Amir memandang Auji yang dari tadi terkaku memandang gelagat Ainal. Amir kembali memandang ke arah Ainal.

“Betul ni?” Amir ingin memastikan.

“Yerlah sayang.” Ainal merengek manja.

Terus Ainal membuka beg tangannya lantas mencari sesuatu. Dikeluarkan dan diserahkan kepada Amir segugus kunci.

“Ni kunci kereta I. You ambil kereta kat sana. Tak jauh, dekat saja. I tunggu you kat sini.” Perintah Ainal.

“Ok.” Amir hanya menurut perintah buah hatinya.

Ainal dan Auji hanya memerhatikan Amir berjalan ke arah parkir. Muka Ainal berubah.

“Kau asal mana Auji?” Ainal mula bicara. Suaranya sedikit tinggi kali ini.

“Batu Pahat.” Ringkas sahaja jawapan Auji.

“Minah kampung.” Ainal mencebik.

“Kau kenapa?” Auji tidak puas hati.

Ainal membuka kaca mata hitamnya. Dipegang sahaja bingkainya dengan tangan. Sebelah tangannya pula memeluk tubuh dengan angkuh.

“Setakat perempuan macam kau. Amir tak pandang pun. Tak ada citarasa kau ni. Pakai baju kurung. Konon perempuan melayu terakhir.” Ainal mula memperlekehkan Auji.

“Apa masalah kau ni. Aku tak cari pasal dengan kau pun.” Auji meninggikan sedikit suaranya.

Auji bengang. Ainal mula cari pasal dengannya dengan tidak semena-mena. Rasa mahu dilempang sahaja mulut celupar Ainal.

“By the way, kau tunggu siapa ni.” Ainal tersenyum nakal melihat Auji mula tak betah dengan kata-katanya.

“Aku tunggu makcik aku datang ambil.” Auji berbohong.

“Oh, sangat kampung ini perempuan. Sangat menjaga tatasusila. Sangat menjaga maruah keluarga. Bagus la kau ni. I like.” Ainal memperli Auji dengan riak muka mengejek.

Belum sempat Auji membalas kata-kata Ainal, kelibat sebuah kereta kelihatan menghampiri mereka.

“Itu pun Amir sampai.” Ainal menunjuk kearah kenderaan yang datang kearah mereka.

Ainal datang mendekati Auji.

“Salam.” Diarahkan Auji supaya menyalamnya.

Auji hanya menghulurkan tangan. Kemudian Ainal merapatkan tubuhnya memeluk Auji. Berpura-pura menunjukkan kemesraanya bersama Auji dihadapan Amir. Dirapatkan pipinya hampir ke pipi Auji.

“Aku nasihatkan kau jangan cuba-cuba nak rampas Amir dari aku. Dia milik aku. Tak ada siapa boleh miliki dia selain aku.” Keras bisikan Ainal kepada Auji.

Auji hanya diam. Dilepaskan dakapan itu seraya memegang lengan Auji. Auji hanya terdiam kaku. Diukirkan sebuah senyuman seikhlas mungkin kepada Auji.

“Bye Auji. Jumpa lagi.” Ainal melambai sewaktu menuruni tangga di hadapan Auditorium. Auji cuba senyum. Mengawal keadaan.

“Siapa yang cun tu.” Datang Edi dari tepi secara tiba-tiba.

“Kenapa kau sibuk nak tau.” Nada Auji terkejut.

“Sebab aku memang penyibuk. Suka nak tahu hal orang.” Jelek sahaja nada suara angkuh dan berlagak Edi.

Auji membuka langkahnya meninggalkan Edi yang angkuh. Langkahnya dicepat-cepatkan.

“Kau nak pergi mana tu?” Edi berdiri berseorangan.

“Balik rumah la. Takkanlah nak pergi disko.” Auji malas melayan. Tidak sedikit pun dia memandang.

“Nak aku hantarkan?” Sedikit menjerit suara Edi.

“Tak payah. Aku drive.” Sedikit keras suara Auji.

“Auji, lepak makan goreng pisang ke jom?” Pelawa Edi.

“Tak ada masa.” Auji berdesup ke arah kereta.

Edi hanya mampu memerhati. Usahanya untuk mendekati Auji gagal. Tapi dia akan berusaha untuk mendekati Auji sedekat mungkin. Dia pasti Auji akan menjadi miliknya.

2 comments:

letaknamaterlalumainstream said...

wahhh kejamnyaa ii, mcm betul marah kat i jee?

Aishah Noordin said...

wahhh...ade novel plak ke??huhu..

good luck!

http://tallandround.blogspot.com/
http://tallandroundshop.blogspot.com/