Wednesday, January 12, 2011

Laila Namamu Teratas Episod 14


“Kita nak makan dengan siapa ni?” Laila membelek jam tangannya yang tepat menunjukkan tepat 12.30 tengahhari.

Zakiah hanya menjawab dengan sebuah senyuman meleret ketika melangkah masuk ke Restoran Nando’s. Zakiah memilih tempat duduk di penjuru kiri restoran makanan segera itu. Soalan Laila dibiarkan sahaja tanpa sebarang jawapan.

“Kita order family meal ya?” Zakiah hanya tersenyum melihat Laila yang masih dalam keadaan tertanya-tanya.

“Yang mana senang la Zek. Aku ikut saja. Lagipun aku tak lapar lagi.” Laila mengalihkan pandangannya keluar, melihat gelagat manusia yang membeli-belah diluar. Matanya terperasankan seorang lelaki yang amat dikenalinya. Cepat-cepat dia mengalih pandangan ke arah Zakiah semula.

“Give us one family meal and a pitcher of 7up Revive please.” Zakiah membuat pesanan ke arah pelayan yang sedang menunggu pesanan makanannya. Pelayan itu hanya mengangguk lalu beredar pergi.

Zakiah melambaikan tangan ke arah luar. Seraya seorang lelaki berkemeja putih datang ke meja makannya.

“Hello sayang.” Lelaki itu menyapa Zakiah.

“Miss you so much.”

“Baru tak jumpa seminggu. Takkanlah dah rindu.”

Zakiah tersengih manja lalu lelaki itu duduk di sebelahnya.

Laila mendongak, terkejut dia melihat lelaki itu adalah lelaki yang dipandangnya tadi. Laila cuba mengawal perasaannya sebaik mungkin.

“Laila, kenalkan. My new boyfriend and coming soon my future fience, Arman.”

“La, apa pula tak kenal Arman. Kan dia satu course dengan kita dulu masa belajar.” Laila cuba mengawal perasaan gemuruhnya berhadapan dengan Arman.

“Iya tak ya. Lupa pula aku.” Zakiah menggenggam tangan Arman.

Arman tersenyum jelak melihat Laila di hadapannya. Pandangan sinis tajam itu memperlihatkan Arman bencikan Laila.

“Mana you kutip dia ni?” Sinis pertanyaan Arman yang ditujukan kepada Zakiah.

“Man, tak baik cakap macam tu. Dia kan kawan baik kita.” Zakiah memujuk Arman.

“Itu dulu. Sekarang tak lagi.” Arman membidas pantas kata-kata Laila.

Zakiah diam, terasa serba salah dia membawa Laila makan tengahhari itu. Dia sama sekali tidak menyangka Arman akan berubah sikap sebegitu. Laila membatu sahaja duduk berhadapan dengan Zakiah.

“Man, yang sudah tu sudahlah.” Zakiah cuba menenangkan perasaan marah Arman.

“Yah, mana boleh Man lupa apa yang pernah dia buat pada Zafuan. Hei, come on lah. Perempuan jenis apalah kau ni. Punyalah Zafuan tu suka kat dia, dah bagi harapan lepas tu permainkan perasaan dia.” Arman tidak dapat di bendung lagi.

“Zafuan apa khabar?” Laila dengan tenang cuba mencelah di tengah-tengah keberangan Arman.

“Buat apa kau nak tahu pasal Zafuan? Kau bukan ada apa-apa dengan dia lagi?” Arman tersengih kejam.

“Aku cuma nak tahu, itu saja.” Bentak Laila lalu berdiri.

Laila mencapai beg tangannya lalu membuka langkah.

“Zek, aku balik office naik teksi.”

“Laila, nantilah dulu.” Zakiah bangun cuba menghalang Laila, namun tangannya dipaut erat Arman.

“Macam tu lah kau, tak berani hadapi kenyataan hidup. Ada halangan, lari hilangkan diri. Bagus, selamat berlari Cik Laila.”

Arman puas dapat menyakiti hati Laila. Dia melonggarkan sedikit tali lehernya yang terasa ketat dan wajahnya terasa panas dek darah yang menyirap.

“Man, tak baik cakap macam tu pada Laila.”

“Man tak puas hati lagi.”

“Sampai bila Man nak berdendam dengan Laila?”

“Man bukan berdendam, Man cuma mahu mengingatkan perempuan macam dia.”

Arman mengekori Laila dengan pandangan yang cukup sinis. Kemudian dia mendecit kecil.

“Habis tu, siapa nak habiskan makanan banyak-banyak ni.” Zakiah mengubah haluan perbualan, dia mahu meredakan

“Yang tak habis nanti, Yah tapau la, bagi budak-budak office Yah.” Arman tersenyum. Cepat hilang rasa marahnya terhadap Laila.

No comments: