Thursday, May 21, 2009

Bab 5: Kantoi

Pagi itu dia datang awal ke sekolah. Malam tadi dia sudah mengarang sesuatu. Menulis apa yang patut untuk di hantar kepada orang yang diminatinya

Sememangnya dia kena tiba awal dari Amir supaya Amir tidak tahu apa yang berlaku. Takut juga kalau diketahui oleh Amir.

Dia mundar mandir berhampiran meja Amir. Menunggu masa yang sesuai untuk memasukkan surat itu ke dalam laci meja Amir.

*******************************

Auji memerhatikan sekeliling. Setelah diyakini tiada siapa memandangnya. Dia meloloskan tangannya ke dalam laci meja Amir.

Tiba-tiba tangan Auji direntap dari tepi. Terkejut dia. Terus mukanya terus terpanah ke arah orang yang merentap tangannya.

“Auji, Apa kau buat ni?” Amir kehairanan melihat tangan Auji seperti meletakkan sesuatu di dalam laci mejanya.

Amir tiba awal sedikit di sekolah hari ini. Tiada di sangka, akhirnya dia temui juga orang yang menulis surat itu.

“Aaa.. tak ada apa-apa.” Auji berdalih.

Tangan Auji dilepaskan. Amir terus membongkok untuk menjengah apa yang ada di dalam laci mejanya. Seperti yang dijangka, terdapat sekeping surat yang dilipat kemas.

“Ni apa benda ni? Kenapa salama ni kau tak cakap yang kau sukakan aku?” Kata Amir sambil memegang sekeping surat yang baru diambil dari laci mejanya.

“Kawan-kawan kelas, kau orang dengar ni. Aku nak baca surat dari secret admire aku.” Suara Amir sedikit tinggi sehingga menarik perhatian seisi kelas.

Amir mula membuka surat itu dan mula membacanya dengan kuat.

“Assalamualaikum. Apa khabar Amir hari ni? J terasa bosan la. Sebenarnya J tulis surat ni waktu tengah malam. Tiba-tiba J jadi rindu sangat nak tengok muka Amir. Malam tadi bulan penuh. J renung bulan tu. Nampak muka Amir. Makan J pun tak kenyang. Tidur J pun tak lena. Asyik mimpikan Amir saja. Ok lah Amir, esok pergi sekolah J nak tengok Amir puas-puas. Jaga diri Amir baik-baik. Yang Ikhlas, Miss J.” Habis seluruh isi surat itu Amir baca. Seluruh kelas Khusyuk mendengar Amir membacakan surat itu. Amir melipatkan kembali surat itu dengan kemas.

Auji diam terpaku keras di hadapan Amir. Mukanya merah padam. Dia tunduk sahaja.

“Kau ni syok pada aku ke? Cakap direct kan senang. Tak adalah aku nak pening kepala otak aku ni fikir pasal secret admire aku ni? Walaupun sebenarnya aku tak pernah fikir pun, tapi benda ni semua menyusahkan hidup aku.” Amir mula menahan marahnya.

Auji diam berdiri tegak tertunduk membisu. Amir pula hanya memerhatikan gelagat Auji. Pelajar yang sedang berada di kelas hanya memerhatikan drama yang sedang berlaku di kelas mereka. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika.

“Sekarang aku dah tau macam ni apa kau nak buat?” Amir bertanya dengan nada yang lebih lembut memecahkan kesunyian dari tadi.

Auji berpaling dan tidak mengendahkan Amir. Dia mula mengatur langkah pergi dan terus berlari ke tingkat bawah. Amir membiarkan sahaja. Buntu.

Anis yang baru tiba di sekolah tidak mengetahui apa-apa pun. Dia kepelikan yang teramat melihat keadaan Auji terus mengkori Auji dari belakang. Auji berlari ke arah tandas perempuan.

Setibanya di tandas wanita, Dilihatnya Auji berdiri berhampiran dengan sinki pencuci tangan di dalam tandas wanita. Airmatanya mengalir.

“Auji, kau ok ke?” Anis sedikit gelabah.

Airmata Auji semakin banyak mengalir.

“Auji, Bagitahu aku” Anis semakin pelik melihat sahabat baiknya itu.

************************************

“Beb, kau ni dengan awek pun nak kasar?” Azim menegur Amir yang pada pandangan Azim, Amir terlalu kasar pada Auji.

Azim baru sahaja sampai di kelas. Terlambat sedikit dia hari itu. Selalunya Amir sampai dahulu.

“Beb, tu bukan awek aku.” Amir jujur.

“Habis tu, takkanlah pagi-pagi macam ni dah gaduh.” Azim mencebikkan bibirnya.

“Beb, aku respect kau sebagai kawan aku. Tapi bab awek-awek ni. Aku malas nak fikir la.” Amir berdalih.

“Lantak kau lah.” Azim seperti malas mahu melayan.

Azim meletakkan begnya. Dia tak pernah ambil hati dengan kawannya itu. Dia cuba berbaik dengan Amir. Tetapi Amir lebih suka bergaul dengan orang lain. Dia biarkan sahaja.

************************************

“Aku nampak Hana dekat dengan meja Amir pagi tadi. Dia macam campakkan sesuatu dalam laci meja Amir. Aku nak cek la apa yang dia campakkan tu. Baru aku seluk dalam laci Amir. Tangan aku pun kena rentap dengan Amir.” Berderaian airmata Auji mengalir jatuh ke pipinya yang sawo matang.

“Yang kau pergi sibuk hal si Hana tu kenapa?” Anis hairan bagaimana sahabat baiknya sanggup menyiasat sehingga begitu tentang hal semalam yang diberitahunya secara samar-samar.

“Aku nak tahu apa dia bagi pada Amir. Lagipun semalam kau ada tanya aku yang aku nampak apa-apa tak pagi semalam. Jadi aku nampak la si Hana tu buat apa. Aku cuma nak siasat saja. Bukan nak buat apa pun Anis.” Reda sedikit Auji selepas meluahkan segala-galanya pada Anis.

“Lepas tu apa jadi lepas Amir rentap tangan kau tu?” Anis terdesak ingin tahu.

“Dia baca kuat-kuat sampai satu kelas dengar.” Kata Auji sambil menjuihkan bibirnya.

“Ha! Biar betul.” Anis kaget.

“Yer Anis. Dia baca kuat-kuat. Bengang betul aku.” Auji tidak puas hati.

“Lepas tu kau lari?” Anis meneka.

“Mestilah aku lari. Malulah aku, confirm semua orang ingat aku yang tulis surat tu.” Auji sedikit resah.

“Dah bukan kau yang buat. Buat apa kau nak malu. Berani kerana benar la Auji. Takut kerana salah. Tapi kenapa kau nak siasat sangat ya. Kepelikan pula aku ni. Sekarang ni kita cari jalan penyelesaian. Macam mana kita nak selesaikan perkara ni.” Anis menggaru dahinya yang tidak gatal.

Auji diam sahaja. Mukanya mengukirkan senyuman sendirian.

“Kau suka pada Amir ya.” Anis meneka.

Auji membiarkan Anis penuh tanda tanya. Dia berjalan keluar meninggalkan tandas perempuan.

“Sengal la Auji ni.” Anis mencebikkan bibirnya.

8 comments:

cik PELANGI . said...

malumalumalu !

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Cian auji.. Kerana hana auji dimalukan.. Uwaaa.. Ku malu jugak.. Ish3.. Yg amir tu pn tak ptut tau.. Not gentleman.. Kalo ye pn tak suka at least buatlah sweet rejection.. Adeh..

*haa.. da agak da sape tulis surat tu.. secret admirer encik zaffril rupanya.. hak hak..*

JR said...

hehe...kantoi!!!! eceh!

El-Zaffril said...

Auji: Hahaha... Boleh blah...

Farhana: Sian awak kan...

Amir: Tuh la... Kantoi la plak

'AQILAH said...

nasib baik ade azim..kalau xde? ish..nanti dieorang suke sama suke ea???

amir tuh ngan auji macam mane lak ye..
die jumpe nak cakap ape?
amir tu ilang ker?..mane die pergi?

yang bele saka nenk tuh? macam mane saka die tuh? boleh makan?

p/s: best citer ni..xsaba nak tunggu die habis...:) bnyak sgt da persoalan...

El-Zaffril said...

Aqila: Saka kan dah bagi hint chapter 4... nanti ade dalam satu chapter pasal saka... dan ade dia punya significant kenapa ada saka tu...

ZaaRz said...

Uiks.. boleh pulak die putar balik... Aku ingat si Auji dah yang jadi secret adimirer, sebab Miss J tu amek dari name auJi. Rupe2nye, si Hana budak gatal tue plak... Hailo~

Bagus2... teruskan~ :D Byk lagi kene baca nie..

apezs shah said...

ahhh suka2..