Monday, April 19, 2010

Bab 27: Ucap


“Nanti dulu.”

Hadirin yang yang hadir untuk menyaksikan pernikahan Amir dan Ainal tiba-tiba memanan pandangan ke arah satu suara yang muncul dari muka pintu dewan masjid.

Auji menggelabah saat diperhatikan oleh ahli majlis. Terus dia meluru mendapatkan Amir yang sedang duduk di hadapan Kadi. Tangan Amir direntap dan terus dia menarik Amir keluar dari dewan masjid.

“Apa ni Auji?”

Auji tidak menghiraukan cakap-cakap yang mula kedengaran saat itu. Terus sahaja dia menarik tangan Amir yang hanya mengikut Auji dari belakang. Amir hampir tersungkur saat di tarik sebegitu.

Amir menghempas tangannya untuk meleraikan genggaman tangan Auji saat tiba berhampiran dengan tangga menuruni tangga masjid.

“Auji, what do you think you are doing?” Amir mula berang.

“I just want you to remember me.” Auji menggenggam erat tangan kanan Amir.

“Apa maksud kau ni?” Amir menarik tangannya.

“Why you do this to me?”

“Do what?” Tergeleng-geleng kepala Amir saat Auji berkata sedemikian.

Amir mendepakan tangannya separas pinggang dan sambil menjengketkan bahunya. Dia tidak faham apa yang sebenarnya berlaku.

“Hei perempuan. Apa kau cuba buat ni ha?” Ainal tiba-tiba muncul dari belakang.

“Nanti dulu Ainal. You masuk dulu. Bagi I 10 minit ok. Promise you, I akan masuk sekejap lagi dan nikah dengan you.”

Ainal yang tadinya bengis terus memberhentikan langkahnya. Dia yakin yang Amir tak akan mengecewakan dirinya di hari pernikahannya. Cepat-cepat dia berjalan masuk semula ke dalam dewan nikah dengan penuh api cemburu.

“Auji, aku nak nikah ni. Kenapa tiba-tiba kau buat macam ni?” Lembut kali ini nada suara Amir.

“Amir, tolonglah Amir. Kenapa kau buat aku macam ni?” Auji merayu.

“Buat apa Auji? Aku tak faham.” Amir mengerutkan dahinya lagi.

“Kenapa mesti kau buat aku sukakan kau? Lepas tu kau hilang dalam hidup aku dan sekarang kau nak tinggalkan aku. Kenapa Amir? Kau dah lupa kenangan kita ke?”

Amir mengerutkan dahinya untuk yang keberapa kali entah. Tidak langsung difahami apa yang sedang berlaku. Saat Auji merayu-rayu begini, tidak langsung dia mengetahui pucuk pangkalnya. Ada air di kelopak mata Auji yang mula bergenang.

“Amir, dia Auji. Insan yang pernah kau cintai 10 tahun dahulu.” Edy tiba-tiba muncul menaiki tangga cuba menjernihkan keadaan.

Amir memejamkan mata lantas menggeleng-gelengkan kepalanya. Terkedu dia saat mendengar kata-kata Edy.

“Hah, kau gila apa. Aku tak pernah kenal Auji sebelum ni.” Amir masih kukuh dengan pendiriannya yang dia tidak kenal Auji sebelum ini.

“Amir, janganlah berdalih.” Tidak sedikit pun Edy meninggikan suaranya.

“Oh my God. Aku tak tahu macam mana nak explain. I don’t have any answer for all your question dan aku tak tahu apa-apa pasal benda ni.” Amir mengurut-ngurut kepalanya yang mula terasa pening.

Auji hanya membatu. Edy sedaya upaya cuba membantu. Amir pula masih lagi keliru dengan apa yang berlaku.

“Amir, just explain to me. Kenapa kau buat aku sukakan kau? Kemudian kenapa kau tinggalkan aku? Mana kau hilang selama ni?” Auji bersuara semula.

“Look Auji, hari ni aku nak nikah dengan insan yang aku cintai. Tolonglah, accept it ok. Kita tak pernah ada apa-apa pun selama ni. Antara aku dengan kau sekadar kawan. That’s it. And one more thing, 10 tahun dulu aku tak pernah kenal siapa pun kau Auji.”

Amir membuka langkahnya, sedaya upaya dia cuba menenangkan setiap langkahnya agak tidak nampak janggal saat dia melangkah masuk ke dalam dewan masjid semula.

“Amir, kau tak ingat ke kenangan kita. Takkan kau tak pernah ingat langsung tentang aku.”

Langkah Amir mati kali ini. Dipusingkan badannya menghadapa Edy dan Auji.

“Ingat apa ni Auji? Aku pening sekarang ni. Apa yang kau nak cuba sampaikan pada aku?” Amir membuka songkok di kepalanya lantas di pegang sahaja songkok itu.

“Kau cintakan aku tak Amir?”

Amir berjalan dekat ke arah Auji. Mata-mata sekeliling mula memerhatikan drama yang sedang berlaku.

“Nonsense! Gila ke apa kau ni Auji. Kita baru je kenal. Tak pernah pun aku cakap aku suka pada kau. Tak pernah pun keluar sama-sama. Dahlah Auji. I guest you have to go to pshychiatry. Sorry, today is my big day and I have to go Auji.” Perlahan sahaja nada suaranya, niatnya untuk menjaga airmuka Auji.

Auji tertunduk, saat ini dia hilang kata-kata untuk terus meyakinkan Amir. Tinggal Edy sahaja punca semangatnya.

“Edy, just take care of her. She is mean to you. Not me.” Kali ini Amir benar-benar buntu, dia benar-benar tahu yang Edy memang cintakan Auji.

“Amir!” Edy separuh menjerit.

“Why you don’t want to remember everything about us? I love you.” Teresak-esak Auji saat melafazkan kata-kata keramat itu.

Edy menarik tangan Auji dari terus mengejar Amir. Airmatanya bercucuran tidak dapat diseka lagi. Edy cuba menenangkan Auji.

Amir tidak sedikitpun menghiraukan Auji dan Edy. Dia terus berjalan masuk ke dalam dewan Masjid. Kedengaran majlis pernikahan di sambung semula.

Auji dengan penuh rasa marah mengeluarkan sebuah kotak muzik dan sebingkai gambar.

“From now on, I hate you so much.”

“Auji! No!” Edy cuba menahan.

“Prang...” kedengaran kaca bertaburan dan berselerakan.

Auji mencampakkan kotak muzik dan sebingkai gambar yang disimpannya sejak 9 tahun dahulu ke arah Amir. Kotak muzik itu pecah berderai. Bertaburan kaca dari bingkai gambar yang pecah.

“Edy, lets go.”

Edy tertunduk lantas turut menuruni tangga mengikuti Auji. Kali ini Auji mati akal, dia kehilangan cintanya.

“Kedebuk...” Saat itu, kedengaran sesuatu jatuh dari tangga.

“Ya Allah.” Auji menekup mulutnya.

Sekujur tubuh terjatuh dari kerusi roda terus ke lantai bawah sekali, bergolek-golek lelaki itu jatuh dan akhirnya dihempap kerusi rodanya pula. Segerombolan manusia mula mengelilingi lelaki itu.

“Panggil Ambulan cepat.”

1 comment:

i'm nobody said...

sape lak yg jtuh dr tgga tu... mmmm