Wednesday, July 8, 2009

Bab 14: Dusta

Cinta pertama mendebarkan jantung, menegangkan seluruh urat sarafnya. Degupan jantungnya kencang setiap kali tersebut nama Auji.

Amir berdiri sambil merenung ke pantai. Baru sahaja seminggu lalu dia bertemu dengan Auji. Rindu mula menerjah hatinya.

Pagi itu udara sungguh segar. Sedikit nyaman. Dihirup udara segar itu. Terasa lembut angin yang lembut menerjah ke pipi. Pokok kelapa bergoyang meliuk seakan-akan mahu tumbang.

Amir melihat sekelilingnya. Pukul 10.00 pagi kiraanya. Dia keluar rumah baru sahaja setengah jam yang lalu.

Amir berpaling kebelakangnya. Terlihatkan dia Auji yang datang. Berjalan dengan laju. Muka Auji masam mencuka. Amir mengukirkan senyuman.

Panggg!!! Sebuah tamparan hinggap dipipi Amir.

“Sakitlah. Apa ni Auji? Kenapa tampar Amir.” Amir memegang pipinya. Terasa panas.

Auji yang datang tiba-tiba terus menampar Amir tanpa Amir tahu akan sebabnya.

“Amir sama saja macam orang lain.” Auji menahan rasa marahnya yang meruap-ruap.

“Macam siapa ni? Apa yang Auji cakap ni? Pagi-pagi macam ni dah marah-marah Amir.” Amir kehairanan.

Auji diam, hatinya Auji bagai disayat-sayat. Amir cuba memujuk. Dia datang dekat kepada Auji. Diambilnya jari-jemari Auji. Diramas dengan penuh rasa cinta.

“Jangan sentuh Auji. Auji geli dengan Amir.” Dilepaskan tangannya dari genggaman Amir.

“Kenapa ni sayang. Apa salah Amir?” Amir jadi serba salah.

Auji berjalan sedikit ke arah pantai. Dia melepaskan semua kemarahannya ke arah pantai.

“Malam tadi Auji nampak Amir lepak di pekan dengan semua mat-mat motor. Amir lepak dengan Faris dan Remi kan.” Auji melemparkan sebuah pandangan kepada Auji.

“Memang Amir lepak. Faris dengan Remi tu kan kawan Amir.” Amir mengukir sedikit senyuman kelat.

Auji mengangkat tangannya. Dia cuba menampar Amir untuk kali kedua.

“Apa ni Auji. Kenapa mesti nak tampar Amir?” Amir sempat menampan tamparan Auji dengan tangannya.

Amir tidak terus melepaskan tangan Auji. Digenggam lembut tangan itu. Auji tertunduk.

“Auji benci Amir.” Dilepaskan kemarahan ke Amir.

Auji tertunduk. Teresak-esak suaranya.

“Auji, dengar dulu penjelasan Amir.” Pinta Amir.

Auji kaku. Tidak sedikit pun dia berpaling ke arah Amir. Saat itu, dia terasa sungguh tertipu. Selama ini dia tidak pernah mengetahui tentang perkara itu. Saat itu juga Auji melepaskan genggaman tangan Amir.

“Auji, memang Amir berkawan dengan Faris dan Remi. Amir bercampur dengan mereka sebab mereka kawan Amir.” Amir cuba menjelaskan keadaan sebenar.

“Amir tahu tak yang Faris yang mengandungkan Hana?” Tersedu-sedu suara Auji.

“Amir tak masuk campur hal itu Auji. Jangan anggap Amir kawan dengan mereka, Amir sama macam mereka.” Amir mempertahankan dirinya.

“Bohonglah. Entah-entah Amir pun ikut mereka. Race motor, main perempuan. Amir ingat Auji tak tahu perangai mat rempit semua ni. Auji tak bodohlah.” Auji berpaling.

Auji terus berpusing ke belakang. Amir menangkap tangan Auji sekali lagi. Tidak sanggup Amir melepaskan tangan itu.

“Auji, tolonglah. Jangan samakan Amir dengan mereka. Amir cuma lepak tengok mereka race je. Ada pun Amir cuma tanya tentang motor. Amir tak pernah buat benda-benda bodoh.” Sayu suara Amir merayu.

“Sudahlah, penipu.” Auji menakup mulutnya.

Tidak dapat ditahan lagi kekecewaan yang melanda. Auji melepaskan tangannya dari genggaman Amir. Auji berlari.

“Auji, nanti. Tolonglah percayakan Amir.” Amir mengejar dari arah belakang.

Auji berlari laju.

“Auji, I love you.” Amir menjerit sambil mengejar Auji.

Satu tumbukan tepat ke arah hidung Amir. Amir tersemban ke tanah. Hidung Amir berdarah.

“Beb, kau tu tak layak dengan Auji.” Wan entah dari mana munculnya menumbuk Amir.

Amir mengesat darah yang mengalir dari hidungnya. Matanya sedikit berpinar. Matanya pening.

“Kalau aku tak dapat Auji. Aku nak pastikan yang kau pun tak dapat dia.” Wan beredar meninggalkan Amir terbaring kesakitan.

**************************************

“Assalamualaikum.” Amir tercegat di depan Rumah Auji.

Pedih hatinya apabila Auji mengecewakannya. Tapi salah Amir juga tidak pernah bercerita dengan Auji.

“Waalaikumussalam. Eh, Abang Amir. Masuklah.” Wani menjemput masuk.

Wani menjengah dari tingkap. Manis sahaja dia bertudung. Senyap sunyi rumah Auji.

“Tak apalah. Abang nak jumpa Auji boleh tak Wanie?” Amir menolak pelawaan Wani.

“Kejap ya, Wani panggilkan dia.” Wani masuk ke dalam rumah.

Amir menunggu sahaja di luar rumah. Sabar dia menanti.

“Dia tengah tidur la Abang. Ada apa-apa nak pesan pada dia ke?” Wani menjengah sahaja dari tigkap rumah.

“Tak apalah Wani Kalau macam tu. Bagi surat ni pada dia.” Amir sedikit kecewa. Dia mengeluarkan sepucuk surat untuk Auji.

“Abang balik dulu.” Amir memohon diri.

“Jalan hati-hati ya.” Pesan Wani.

“Assalamualaikum.” Amir tersenyum kelat.

“Waalaikumussalam.” Jawab Wani.

Amir kelihatan serabut. Rambutnya kusut masai. Mukanya sedikit lebam.

7 comments:

anne_nurqaseh said...

da abis k..cpat nyer la tiap chapter..klu tiap chepter tu d panjang kn..
msti kasi nanges pnyer tuuu..

El-Zaffril said...

anne: Tak abes lagi... tak sempat nak edit draft... nanti dah siap... saya upload lagi erk...

once~reffschool~ said...

emm....suka nak tau..tp tak suka nak bace...mcm mane tuh??

idyavie said...

good story & Salam...nice blog...salam kunjung ke idyavie.blogspot.com & register as my follower TQ

JR said...

fight for love...
love fight

aqilah said...

rindunye nak tau lagi pasal citer ni...

Teja Evalea said...

zzzz...
haa btol3...
zzzz...
-->siap ngigau ag tuh..

**mcm bc bku sjrh da huhu