Thursday, January 13, 2011

Laila Namamu Teratas Episod 16


Zakiah menguak daun pintu rumahnya, keletihan bekerja sepanjang hari sangat-sangat membuatkan dirinya mahu berehat saja dikala itu. Jam di tangannya sudah menunjukkan jam 8.00 malam.

“Zek.” Suara lembut dari ruang tamu mengejutkan laila.

“Eh, Laila.” Zakiah tersenyum.

Dia menghampiri Laila yang sedang menonton televisyen. Sebuah drama cina sedang ditayangkan di layar kaca.

“Aku balik office tadi, kau tak ada. Kau balik terus ke?” Zakiah turut sama menonton drama cina itu.

“Iya.” Ringkas sahaja jawapan Laila lalu menunduk. Jarinya menguis-nguis jarinya antara satu sama lain.

“Kau ni tengah angin tak berapa baik. Aku nak masuk dululah. Nak mandi, lepas tu nak rehat.” Zakiah mahu membiarkan Laila menenangkan diri.

Dia yang duduk di sebelah Laila, bangun dan menuju ke biliknya.

“Zek, kau tahu mana Zafuan?” Langkah Zakiah terhenti dek soalan Laila.

“Aku tak tahu Laila.” Perlahan nada suara Zakiah.

“Betul ni?”

“Sungguh Laila, aku tak tahu menahu langsung tentang .” Zakiah mempertahankan jawapannya.

“Arman takkan tak ada cerita apa-apa?”

“Nanti aku tanyakan dia. Aku tak pernah sorok apa-apa dari kau Laila. Kita kan kawan baik. Aku ada juga tanya dia tentang Zafuan, tapi langsung dia terus membisu lepas tu.”

Laila bangun dan menghampiri Zakiah. Dia kini betul-betul berhadapan antara satu sama lain. Laila memandang tepat ke arah Zakiah. Sayup matanya yang kemudian bertakungnya airmata yang sudah mahu melimpah ke pipi Laila. Tubuh Zakiah dipeluknya erat. Terdengar esakan kecil.

“Aku rindukan Zafuan. Mana dia sekarang. Tolong aku cari dia. Aku menyesal kecewakan dia. Tolong aku Zek.” Rayu Laila dalam esak tangisnya.

“Yang sudah tu sudahlah Laila. Nanti kita usaha. Kalau Arman tak mahu tolong pun, aku akan tolong kau.” Zakiah sedaya upaya mahu menenangkan sahabatnya itu.

2 comments:

Haris Hauzah said...

Tuan,

Saya dengan seorang novelis sedang mengusahakan sebuah projek penulisan.

Kami ingin menjemput saudara bagi menyertai kami.


Hauzah Haris

aLyn said...

still waiting the next episode..