Wednesday, May 27, 2009

Bab 7: Jumpa

Wani duduk birai katil yang dirapatkan dengan jendela. Dia memandang jauh keluar. Termenung sendiri dia memerhatikan kakaknya seorang bersiap. Tahu tujuan kakaknya.

“Akak betul ke nak jumpa si Amir tu. Dari cerita akak, Amir tu tak Macho langsung. Tak gentleman. Kenapa dia buat akak macam tu semua ye? Padahal bukan akak pun yang hantar surat tu semua.” Wani mencebik. Dia hairan, bagaimana kakaknya masih mahu berjumpa dengan Amir sedangkan lelaki itu telah memalukan kakaknya di dalam kelas dua minggu lepas.

Auji memandang ke arah Wani dengan sekali lalu. Sememangnya banyak yang dikongsikan dengan adiknya, Wani. Termasuklah kisah Amir. Semua sudah diceritakan kepada Wani. Dah mereka dua beradik saja.

“Akak, agak-agak akak la. Kenapa dia nak jumpa akak ye? Dia nak malukan akak lagi ke? Tak pun, dia nak kata pada akak, Owh Auji I Love you so much. Sudikah kau mengahwiniku.” Wani menggayakan wajah dengan memek muka rayuan orang yang terdesak mahukan cinta dari kakaknya.

“Gila la kau ni adik. Ada ke patut. Lagipun, mana la aku tahu sebab apa dia nak jumpa aku. Lagipun aku nak bagitahu dia pasal surat tu.” Auji tersenyum simpul. Adiknya terlalu berprasangka terhadap perkara yang akan berlaku.

“Tapi kenapa akak mesti nak cun-cun? Bersiap bagai nak rak semua ni. Akak nak tackle hati dia ke.” Wani kehairanan.

“Isk kau ni. Merepek je.” Auji menggelengkan kepalanya. Lantas dipalingkan mukanya semula ke arah cermin meja solek.

Auji membetulkan tudungnya buat kali yang terakhir. Memastikan penampilannya menarik, tetapi tetap sopan. Wani hanya memerhatikan Auji sekali-sekala.

“Akak tak kisah dia nak jumpa ke, tak nak jumpa ke, kayu ke, penyapu ke, kaki kikis ke. Janji dia nak jumpa. Bukan senang nak jumpa orang macam tu. Peluang macam ni la yang akak tunggu.” Sambung Auji.

“Akak suka kat dia lagi ke?” Wani teringat luahan hati Auji ketika Amir mula-mula pindah ke sekolah mereka.

Auji hanya diam. Dia terus berdiri dan mengatur langkah ke anjung rumah. Soalan Wani dibiarkan begitu sahaja. Kawan baiknya, Anis sedia menunggu di anjung.

“Anis” Auji menyergah Anis yang dari tadi duduk di anjung rumah.

“Hah kau, terkejut aku. Lama betul aku tunggu.” Anis buat-buat merajuk.

“Tu la, aku ajak naik tadi tak nak. Nak jugak tunggu kat sini.” Auji menemankan Anis duduk di tangga.

“Panaslah kat atas. Kat luar ni. Berangin sikit.” Kata Anis yang kepanasan.

“Jomlah.” Auji mengajak.

“Naik apa?” Anis bercekak pinggang.

“Jalan kaki saja. Motor kau tu tinggal kat sini.” Auji menjuihkan mulutnya ke ruang berbumbung depan tangga rumah. Tempat ayahnya meletakkan motosikal.

“Tak sabar nampak?” Perli Anis.

Auji hanya tertawa kecil. Dia menyarungkan kakinya dengan selipar Bata. Berjalan dari rumah yang tidak sampai setengah kilometer dari pantai tidak terasa tatkala sahabat baiknya sejak sekolah rendah berada disisi.

********************************************

“Kenapa kau nak jumpa sangat dengan Auji? Baik kau cakap dengan aku kenapa? Apa yang kau nak?” Anis terus menyerang Amir dengan soalan bertubi-tubi apabila berdepan dengan Amir.

“Anis, rileklah. Kau tunggu aku kat sana. Azim pun ada kat sana tu. Aku nampak dia tu tercangok tengok kita.” Auji memujuk Anis sambil menjuihkan mulutnya ke arah Azim yang dilihatnya sejak sampai tadi.

“Kau apa-apakan Auji kau siap. Nahas kau aku kerjakan.” Anis memberi amaran.

Anis berang. Sedikit kerisauan sejak dia mengetahui Amir berkawan dengan Faris dan Remy. Dia berjalan ke arah Azim yang duduk di bawah sebatang pokok kelapa tepi pantai itu. Jarang sekali Azim berada di pantai. Mungkin dia mahu memastikan Anis dan Auji selamat.

“Kenapa dengan Anis tu?” Amir hairan.

“Entah.” Auji menjengketkan bahunya.

Auji dan Amir terus membuka langkah ke pokok rhu berhampiran. Amir melabuhkan punggungnya. Diikuti Auji. Amir merenung jauh ke pantai. Entah apa yang difikirkannya. Auji sedikit tidak keruan.

“Kenapa kau nak jumpa aku?” Auji memula bicara.

“Aku nak minta maaf fasal hari tu. Aku tak sepatutnya buat kau macam tu. Patutnya aku dengar penjelasan kau dulu.” Kata Amir dengan nada yang sedikit kesal.

“Tak kisah lah, benda kecik je. Salah aku juga sebab lari terus. Patutnya aku kena bagitahu kau perkara sebenarnya.” Sedikit nada bersalah dari suara Auji.

“Perkara sebenarnya?” Amir tertanya-tanya.

“Ya lah. Sebenarnya surat tu Hana yang hantar. Aku nak siasat saja.” Auji berterus-terang.

“Oh, Ok.” Amir melepaskan pandangan ke arah pantai.

“Kau ni memang bosan betul la.Tak ada perasaan langsung.” Auji memperli.

“Habis tu kau nak aku cakap apa? Bukan aku tak tahu perangai Hana tu. Semua lelaki dia nak cuba. Kalau setakat cuba ngorat ja aku tak kisah. Ish, tak nak lah aku cakap lagi.” Amir geli-geleman.

“Dah lah, jangan la cakap pasal Hana lagi.” Auji menutup cerita.

Amir dan Auji mati kutu. Masing-masing mula melayan perasaan. Memandang ke arah laut. Mendengar angin pantai. Deruan ombak kecil selat melaka. Sungguh menenangkan perasaan.

“Kau pernah bercinta Auji?” Amir membuka bicara.

“Nak kata serius tu, tak adalah. Tapi monyet-monyet tu adalah. Lagipun kita kan masih muda remaja. Kau?” Auji sedikit terkejut.

“Tak retilah aku. Aku ni kayu. Mana nak faham perasaan orang.” Amir mengakui kelemahan diri.

“Betul lah. Kau ni, semua orang cakap kau tak macho langsung.” Auji tersengih kecil.

“Ye ke?” Amir sedikit kaget.

“Ye lah.” Auji mengiakan.

Amir diam. Hati Auji masih bimbang. Entah apa yang cuba disampaikan oleh Amir padanya petang itu.

“Kat sini rupanya kau Auji, berdating dengan mamat ni.” Wan Haq yang entah dari mana datangnya tiba-tiba muncul dengan muka bengisnya.

“Kau nak apa ni Wan?” Auji berdiri. Sedikit riak tidak puas hati perjalanan petangnya diganggu oleh orang yang dibencinya.

“Aku nak kau balik rumah sekarang. Kau tu awek aku.” Wan memerintah dengan nada yang keras.

“Sejak bila pulak aku ni awek kau. Antara aku dengan kau dah tak ada apa-apa.” Auji berang.

“Beb, rilekslah. Sejak bila pula dia ni jadi awek kau.” Amir yang dari tadi duduk, terus bangun.

“Kurang ajar.” Wan naik darah.

Wan menumbuk Amir ke arah muka. Tapi berjaya ditepis Amir. Disusuli dengan sepakan kaki kanan Wan. Berjaya ditahan Amir. Satu tumbukan dilepaskan diperut Wan. Wan rebah ke tanah.

“Aku nak bagi amaran pada kau. Jangan ganggu Auji lagi. Dia sekarang awek aku. Ada faham.” Amir memberi amaran keras pada Wan.

Satu sepakan kecil dilepaskan di kaki.

“Dah, jom Auji, kita belah.” Amir menarik tangan Auji.

Auji hanya ternganga dan terpinga-pinga. Azim dan Anis meluru ke arah mereka. Wan masih lagi tergolek-golek di tanah menahan kesakitan.

8 comments:

Max J. Potter said...

oh!? EH? boleh eh, jadikan gf mcm tu je? *tergelak suka* haha. amir ni sgt unpredictable orgnye. tak macho mungkin, tapi koolnya ada. =) hey. nnt dah up chapter baru, inform tahu?

ah well. storytelling awak straightforward, mcm blogging. but, masih enjoyable. keep it up. *^^*

cik PELANGI . said...

awwww , ader kebenaran kat situ , haha ! :DD

El-Zaffril said...

Max: Hahaha... cepat betul buat tekaaan.... kene la tunggu nxt chap... ape jadi.... Anyway, biasa la... engineer... memang straighforward je tulis... tak reti nak berkias2 ni

Auji: Kebenaran ape ni??? tak paham... semalam Anis, hari ni Auji plak

Danish said...

Yup agree with max.. penceritaannya straightfoward but then this chap rasanya paling best why sebab character auji ngan amir tu mcm comel giler plus it was so cool!! it make me smiles till wan muncul..

but then i will wait and i really want to know what happen after that. Hopefully it will not dissapoint me, sebab cerita ni dah berjaya make me excited..

congrat's

El-Zaffril said...

Danish: don worry ok... i try my best not to disappoint all of you

anne_nurqaseh said...

cite mcm ni tkonang novel2 time ak mude belia dolu, sikalang mude gak.. mude julita..hihihi

feling..
nk bce nex chap lak

El-Zaffril said...

anne: Torkonang ko?

apezs shah said...

wah xdpt dibayangkan waktu sekolah bercinta mcm real je...:)