Monday, December 20, 2010

Laila Namamu Teratas Episod 4




Laila mengenakan seluar panjang G2000 berwarna hitam dan kemeja jalur berwarna pink. Rambutnya dibiarkan lepas saja melepasi paras bahu. Dia melangkah dengan yakin memasuki perkarangan tempat kerja lamanya itu. Sempat dia melemparkan senyuman terhadap pengawal keselamatan yang menjaga perkarangan dan juga bangunan syarikat.

‘Baru 8.15. Awal lagi ni.’ Bisiknya dalam hati.

Dia duduk di kerusi tamu yang terletak di tingkat bawah berhadapan dengan meja penyambut tamu. Kemudian dia mengeluarkan bedak padatnya, melihat rona wajahnya dari cermin yang terdapat pada bedak padat itu.

“Awal kau sampai Office Laila?”

Teguran Zakiah mengejutkan Laila. Cepat-cepat dia menyimpan bedak padat itu ke dalam beg tangannya. Zakiah betul-betul berdiri di hadapannya. Dia turut berdiri sebagai menghormati Zakiah sebagai majikannya.

“Aku dari rumah kampung. Rumah sewa tak cari lagi. Itu yang aku sampai awal tu.”

“Bilik kau as usual. Memang aku reserve untuk kau. Jomlah.”

Zakiah membuka langkahnya. Mendaki tangga pejabat dan menaiki tingkat satu. Laila mengikut saja Zakiah dari belakang. Di usia sebaya Laila, Zakiah sudah diberi tanggungjawab oleh bapanya untuk mengendali sebuah syarikat. Bapanya hanya memantau dari jauh atau memberi pendapat ketika diperlukan kerana bapanya menguruskan satu lagi cabang perniagaan anak syarikat yang baru saja bertatih dibidang itu. Jadi bapanya memberi perhatian lebih terhadap anak syarikatnya yang sedang mencari tapak perniagaan. Manakala Zakiah diberi tanggungjawab untuk mengendali syarikat yang sudah semakin stabil.

“Anyway kau stay kat mana nanti?” Tanya Zakiah sewaktu memulas tombol pintu bilik pejabat yang bakal dihuni oleh Laila.

“Tak tahu lagi.” Laila menjengketkan bahunya.

“Takkan kau nak ulang-alik Melaka Shah Alam tiap-tiap hari.”

“Kau gila.” Laila menjengilkan matanya.

Zakiah menekup mulutnya tertawa melihat keletah Laila yang diusiknya. Terasa rindu terhadap sahabatnya itu. Laila memerhatikan biliknya yang tidaklah begitu luas. Masih sama seperti sewaktu ditinggalkanya dahulu.

“Kau duduk rumah aku sajalah. Sri Mekar Aparment, Puchong. Tak jauh sangat dari office. Aku pun duduk sorang saja. Kalau kau ada, elok sangatlah kau temankan aku.”

Laila tersenyum dengan tawaran Zakiah tanda setuju. Kalau dah mengantuk disorangkan bantal, makin tertidur teruslah.

“Tapi jangan risau, kau tak perlu nak bayar sewa. Sebab rumah tu aku letak bawah syarikat.” Tambah Zakiah. Semakin melebar senyuman Laila.

“Ok. Selesai masalah.”

“Masuk office aku dulu.”

Zakiah mebuka langkah keluar dari bilik Laila dan berjalan ke arah biliknya. Kelam-kabut laila mengejar Zakiah.

Sampai di bilik Zakiah, dia terus menghampiri fail-fail di atas meja dan mengambil satu fail. Laila pula duduk di kerusi tamu yang terdapat dalam bilik Zakiah.

“Anyway, next week baru kita akan start buat sales, marketing and buat tender and all that. So for the time being aku nak minta kau tolong Telco Department boleh.”

“Boleh saja.”

“This week boleh kau settle untuk delivery, Handle with FEDex and others forwarder. “

“Ok deal.”

“This is the file. Ok, tu saja. So, kau boleh masuk bilik kau and start mengemas.” Zakiah menghulurkan sebuah fail urusan penghantaran kepada Laila.

“Baik boss. Minta diri dulu boss.”

Laila bangun dan menuju ke biliknya. Dia membuka langkah dengan yakin. Kakitangan-kakitangan yang lain masih belum sampai lagi. Jam dinding baru menunjukkan 8.25 pagi.

“Bik, nak plastik sampah satu.” Laung Laila ketika melihat pembantu pejabat yang sedang mengemop lantai.

“Sebentar.” Jawab pembantu itu dengan telo indonesianya.

Laila masuk ke biliknya semula dan meletakkan fail pemberian Zakiah di atas meja. Dia memerhatikan biliknya. Tidak apa yang perlu dikemas. Ia masih seperti sediakala sewaktu dia meninggalkan pejabatnya. Tidak ada yang dialihkan atau dipindahkan. Cuma mejanya sedikit berhabuk dan masih ada beberapa helai kertas-kertas lama bersepah di atas meja.

“Ni dia plastik sampahnya.”

“Terima kasih bibik.”

Laila menyinsingkan lengan bajunya. Dikemas mejanya. Segala yang tak perlu dimasukkan ke dalam plastik sampah pemberian pembantu pejabat. Mejanya yang berhabuk dilap sahaja dengan tisu yang ditinggalkannya sejak tahun lepas.

“Bibik!” Laung Laila dari biliknya.

“Iya Cik Laila.”

“Nanti kalau tak sibuk, tolong vakum bilik ni ya.” Perintah Laila dari biliknya.

Laila puas melihat kemasan bilik yang ditinggalkannya dulu. Tidak berubah. Cuma dia perlu meletakkan pokok kecil di atas mejanya.

[Trut Trut...] Telefon dibiliknya berdering. Laila pantas mencapai gagangnya.

”Hello.”

“Cik Laila, ada call dari FEDex.”

“FEDex?” Laila mengerutkan dahinya.

Laila Hairan, baru sehari bekerja dia sudah menerima panggillan dari syarikat penghantaran.

“Cik Zakiah yang suruh saya transfer call pada Cik Laila.”

“Oh, FEDex. Lupa pula. Ok, transfer the call ya Mel.”

“Baik.”

[Trut trut] Talian menunggu untuk disambungkan.

“Hello.”

“Hello, Saya Hafiz dari FEDex. Boleh saya tahu siapa di sana?”

“Ya Encik Hafiz. Saya Laila. Ada apa yang boleh saya bantu?”

“Cik Laila, ada satu shipment dari Finland nak buat clearance Kastam. Boleh tak Cik uruskan clearance. Since barang ini untuk Kementerian Pelajaran, jadi kami nak endorsement dari pihak kementerian untuk pengecualian cukai.”

“Not a big deal. So bila nak hantar borang K1.” Laila masih lagi mengingati borang yang diperlukan untuk membuat pengecualian cukai oleh pihak Kastam.

“Kita akan courier hari ni. By tomorrow sampailah.”

“Ok. Terima kasih Encik Hafiz.”

“Sama-sama.”

“By the way En...”

[Tut tut tut]. Talian di putuskan.

“His voice sound so familiar.” Laila meletakkan gagang telefon biliknya. Tangannya mencekak pinggang.

‘Ah, suara bisa menjadi apa saja dong.’ Laila berbisik sendiri dalam hatinya bertelokan bahasa Indonesia.

No comments: