Friday, May 15, 2009

Bab 3: Saka

Sudah sebulan dia duduk dikampung. Bermakna sudah hampir ke peperiksaan pertengahan tahun. Amir semakin serasi tinggal bersama-sama neneknya, Nenek Siti. Kadangkala Pakciknya yang tinggal berdekatan akan datang melawat Neneknya.

“Kimi, sudah-sudahlah tu belek motor kamu tu. Mari makan.” Siti menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat cucunya terlalu taksub dengan motosikalnya.

“Kejap Nek, Kimi nak betulkan ni sikit.” Amir menggodek sesuatu di bahagian hadapan motosikalnya.

“Kau ni, motor elok-elok. Kau ubahsuai.” Neneknya sedikit membebel. Dia cukup masak dengan anak muda. Hati tengah berkocak mahu mencuba sesuatu yang baru. Darah muda memang begitu.

“Mana ada Nek. Pos tu tak jaga la nek. Cermin ni pecah. Handle ni bengkok sikit. Jadi kena la betulkan.” Amir cuba menerangkan.

“Sudah-sudahlah tu. Jom makan. Dah pukul 12.30 dah.” Ajak neneknya.

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara tamu datang dari tepi rumah.

Dari jauh kedengaran orang memberi salam. Wak Su. Jiran Sebelah rumah Nenek Amir.

“Waalaikumusalam” Jawab Nenek Siti.

“Bila sampai cucu kau ni?” Tanya Wak Su.

“Dah dekat sebulan dah” Jawab Nenek Siti acuh tak acuh.

“Aku cuma nak hantar nangka muda bagi kat kau. Buat masak lauk tengahhari. Makan masak lemak musim hujan macam ni sedap. Kau tambah dengan sambal belacan. Memang sedap. Lagi pula tu, kau gorengkan ikan masin. Memang naik selera.” Wak Su kegirangan bercerita.

“Aku dah masak dah.” Jawab Nenek Siti ringkas ditambah pula dengan senyuman kelatnya.

“Tak apalah kalau macam tu. Kalau macam tu aku balik dulu.” Wak Su mohon pulang.

“Tak masuk ke?” Nenek Siti ajak-ajak ayam.

“Tak apa lah. Susah-susah saja. Aku balik dulu.” Wak Su pun beransur pulang.

“Terima kasih ye Su.”

Kimi sedikit gerun melihat perempuan yang kelihatan lebih tiga suku abad. Tetapi masih manis dipandang. Sebelum meninggalkan mereka tadi, Wak Su sempat melemparkan senyuman kepada mereka berdua.

Nenek Siti terus masuk ke dalam rumah mebawa nangka pemberian Wak Su.

“Nenek,Wak Su tu dari dulu mukanya tak berubah. Masih cantik. Umur dia dah 70 lebih kan. Dia kan lagi tua dari nenek kan.” Kata Amir sambil mengekori Neneknya di belakang.

Neneknya diam sahaja. Sesampainya di dapur, Nenek Siti terus membuangkan sahaja nangka muda pemberian Wak Su ke dalam tong sampah.

“Kenapa Nenek buangkan semua nangka muda tu?” Amir kehairanan.

“Wak Su tu kalau datang, mesti ada sesuatu yang dia nak dari kita.” Nenek Siti tidak memandang pun wajah Amir.

“Maksud nenek?” Amir tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh neneknya.

“Dia ada bela Saka.” Jawab neneknya ringkas.

“Saya tak faham la nenek.” Amir masih tidak faham.

“Tak apa, kamu baru 17 tahun. Nanti nenek terangkan kepada kamu bila kamu dah dewasa.”

Amir mula keliru. Tiada satu pun yang dia faham apa yang cuba disampaikan oleh neneknya. Mungkin dia baru berusia 17 tahun. Dia masih belum faham karenah orang kampung.

************************************

“Kau duduk kat situ. Bawah pokok kekabu tu.” Kata si tuan.

“Kalau aku lapar macam mana?” Sahut si belaan.

“Kau masuk dalam rumah tu. Cari la makan apa-apa.” Tuannya memberi arahan.

“Tapi rumah tu dah di pagar.” Kata belaannya.

“Kau makan bila dia keluar la. Bodohlah kau ni. Kau cari la, kadang-kadang berlubang juga pagar rumah si Siti tu.” Tuannya sedikit marah.

“Baik tuan.” Belaannya hanya menurut perintah.

“Aku balik rumah dulu. Nanti kalau ada apa-apa, kau balik rumah. Buat masa sekarang kau duduk sini. Pandai-pandai la cari makan.”

“Baiklah.” Belaannya menurut perintah.

“Jangan sampai mati pula kau kerjakan mereka. Kalau mati memang la bagus. Tapi tahan sekejap je. Aku pula yang kene carikan kau makanan lain. Susah nak cari mangga muda.” Tuannya memberi arahan terakhir sebelum meninggalkan belaannya di situ.

Wak Su terus berjalan. Dia kini terasa sedikit mudah pekerjaannya. Satu belaannya telah ditinggalkan di pokok kekabu berhampiran rumah Nenek Siti. Bila belaanya semakin sihat nanti. Semakin berseri la wajahnya. Tinggal beberapa ekor sahaja yang tinggal di rumahnya. Yang tu tahu la dia uruskannya.

6 comments:

WaN HaQQ said...

Salam..
Excellent??? Not yet
hehe everything was good
semuanya difahami
cuma sayangnya chapter 3 ni pendek
cuba panjangkan.. nescaya akan lagik
best dan mungkin leh dapat excellent...

-Danish said "hai"

s said...

betul tuh, kalau lagi panjang lagi best sebab takde lah pembaca nak kene tgu lama2 what will happen next :)

-rusediana S,

El-Zaffril said...

Wan: Thanks wan... anyway Cerita tu cukup la kat situ... sebab significantnya akan datang kemudian... Sedikit demi sedikit...

a talker tree: memang agak pendek... tapi significant saka tu akan datang kemudian... jadi cukup sampai situ dulu... nanti akan ada juga watak saka tu.... akan dikeluarkan...

Max J. Potter said...

oh kamu pandai menulis~! more! more! pendek la chapter yg ni. i want more stories. cepat update, tahu? dh update nnt bgatu nani!

El-Zaffril said...

Max J. Potter: Dah schedule upload untuk chapter 4 and 5... minta maaf la... saya sangat slow dalam menulis... bukan apa... nak kene buat semakan chapter-chapter lain supaya cerita tak bercelaru... huhuhu... So sangat slow...

apezs shah said...

wah giler la... siap ada kesah horro nie.. tadi bab 2 kesah porno sedikit je hehe..