Tuesday, June 9, 2009

Bab 11: Risik

Anis baru sahaja selesai solat Isyak sedang bersiap-siap mahu ke rumah Auji untuk mengulangkaji pelajaran. Di bawa adiknya seorang yang sama baya dengan Wani sebagai teman. Boleh juga adiknya belajar sama-sama dengan Wani.

“Semua amalan kita akan putus kecuali tiga perkara, anak-anak yang soleh yang mendoakan kita, sedekah jariah dan juga ilmu yang dimanfaatkan.” Teringat Anis pesan Ustazah di sekolah.

Sebenarnya, Anis tidak berapa setuju dengan tindakan Auji mengajak Amir belajar sama-sama. Sememangnya Auji tidak mengetahui hubungan Amir dengan Faris dan juga Remi. Tapi Anis yakin yang Auji akan tahu juga akhirnya.

Lantas dia teringatkan bagaimana hubungannya dengan Azim bermula.

************************************

“Assalamualaikum.” Kedengaran orang memberi salam di luar rumah.

“Waalaikumussalam.” Maimun menyahut dari dalam.

Maimun menjengah ke pintu melihat siapa yang datang ke rumah petang-petang begini.

“Eh Azim. Mak dengan Ayahnya pun ada sekali. Masuklah.” Terkejut Maimun terlihatkan Azim dan juga ibu bapanya ada di depan rumah.

Mak Azim masuk ke dalam dahulu. Azim dan ayahnya menuruti daripada belakang.

“Apa khabar?” Mak Azim menghulurkan tangan berjabat salam dengan Maimun.

“Saya sihat sahaja. Silakanlah duduk.” Maimun tersenyum sambil mempersilakan semua tetamunya duduk.

“Anis sihat?” Mak Azim girang sejak menjejakkan kaki ke rumah Maimun.

“Sihat sahaja. Kejap ya, saya nak masuk ke dalam.” Maimun memohon diri masuk ke dalam rumah.

Sekejap sahaja Maimun masuk ke dalam rumah. Lantas dia duduk di kerusi malas di ruang tamu.

“Inilah ayah Azim, Encik Razali. Ini pula mak Azim, Puan Saadiah.” Masih ingat lagi Maimun tentang Razali dan Saadiah yang diceritakan Azim minggu lepas sewaktu menghantar Anis pulang ke rumah.

“Anis dah ok ke? Risau juga kami Azim cerita begitu.” Saadiah sedikit risau, perkara yang terjadi kepada Anis memang merisaukannya.

“Dia tu nampak je macam tu. Semangat dia kuat. Alhamdulillah la.” Maimun cuba meyakinkan Saadiah sekeluarga.

“Kenapa tak buat report?” Razali mencelah.

Azim hanya duduk diam sahaja mendengar perbualan orang-orang dewasa.

“Saya dah bincang dengan Anis. Dia kata dia tak nak besar-besarkan hal ni. Lagipun dia kata dia tak ada apa-apa. Sebab Azim dah selamatkan dia.”

“Patutnya kena buat report. Tapi tak apalah, kami hormat keputusan Anis tu.” Razali sedikit tidak berpuas hati.

Keadaan sunyi seketika. Tatkala itu, Anis keluar membawa sedulang air dan juga sedikit kuih yang dibuat oleh ibunya tadi. Sopan sahaja Anis menuangkan air panas itu dan memberikannya kepada tetamu yang datang. Dikerlingnya sedikit si Azim.

“Minumlah.” Maimun mempersilakan tetamunya minum.

“Sebenarnya kami datang ada hajat.” Saadiah memulakan bicara semula selepas mehirup seteguk air teh o panas.

“Hajat apa?” Maimun mula faham, tapi dinafikan sekeras-kerasnya apa yang diramalnya.

“Kami nak merisik Anis.” Saadiah memula bicara. Razali tenang sahaja riak mukanya. Cuma Maimun dan Azim sahaja sedikit terkejut.

“Mak tak cakap kat Azim pun mak nak datang merisik.” Azim terkejut. Dicelahnya perbualan ibunya dengan ibu Anis.

“Tak payahnya mak nak cakap dengan kamu. Tiap-tiap malam kamu tu asyik mengigau sebut nama Anis. Dah angaukan Anis agaknya.” Saadiah membuka cerita malam anak tunggalnya itu.

“Eh ya ke?” Azim malu. Dia sememangnya menaruh hati terhadap Anis.

“Jadi kami nak hubungan mereka ni direstui keluarga la.” Saadiah cuba memenangi hati Ibu Anis. Dia mahu bermenantukan Anis.

“Tapi kan mereka berdua ni masih bersekolah lagi?” Maimun seakan membantah. Anis dan Azim masih terlalu muda untuk melalui semua ini.

“Yang tu memanglah kami tahu. Bukan kami nak Azim berkahwin sekarang pun. Kira kami nak booking siap-siap si Anis tu untuk anak tunggal kami ni la.” Saadiah tak sabar.

“Yang tu kena tanya tuan punya badan la. Kejap ya saya panggilkan Anis.” Maimun masuk ke dalam.

Tidak berapa lama kemudian, Maimun keluar bersama Anis.

“Anis, makcik nak merisik Anis jadi isteri Azim nanti. Setuju tak?” Saadiah menunggu persetujuan dari Anis.

“Tapi kan Anis baru 16 tahun. Azim pun masih sekolah.” Anis cuba mengelak.

“Anis, bukan kami nak kamu kahwin masa sekolah ni. Kami berkenan sangat nak jadikan kamu ni menantu makcik.” Saadiah tersenyum.

Anis diam. Dia tertunduk, terasa lemah seluruh badannya. Maka fahamlah Saadiah. Saadiah bangun menuju ke arah Anis. Di keluarkan sebentuk cincin belah rotan.

“Buat mari jari manis sebelah kiri Anis.” Pohon Saadiah kepada Anis.

Anis menghulurkan jari manis tangan kirinya. Dia masih lagi tertunduk. Diam membisu.

“Terima kasih Anis ye. Tunang tu lepas mereka semua habis sekolah la ye. Nikah tu, lepas mereka habis belajar di Universiti la. Makcik merisik ni sebab makcik berkenan sangat pada Anis.” Di tenung wajah bakal menantunya. Anis diam, wajahnya mengukir senyuman gembira.

****************************************

“Auji, kau kesian tak dengan Wan.” Tanya Anis kepada Auji sementara menunggu kehadiran Amir dan Azim untuk belajar bersama malam itu.

“Nak kesian apanya Anis.” Auji hairan dengan soalan Anis itu.

“Iyalah, kena paksa kahwin dengan Hana.” Nada Anis perlahan sahaja.

“Nak buat macam mana Anis. Dah terbukti dia yang buat.” Auji mencebik.

“Tapi gambar tu cuma gambar dia peluk dan cium Hana dalam kelas.” Anis cuba memperbetulkan keadaan.

“Ada bukti lain yang boleh sahkan anak dalam perut Hana tu bukan anak dia?” Auji menyoal semula Anis.

Anis diam, sememangnya tiada siapa yang mengetahui siapa bapa kepada anak dalam kandungan Hana. Pernikahan Hana dan Wan petang tadi tidak sikit pun meninggalkan kesan pada diri Auji.

“Auji, ada orang telefon ni.” Ayah Auji memanggil dari dalam.

“Siapa Ayah?” Sahut Auji dari anjung rumahnya.

“Entah, Wan agaknya.” Telah ayahnya.

Auji bingkas bangun menuju ke arah telefon. Di ambilnya gagang telefon itu dengan malas.

“Hello.” Auji bersuara.

“Hello, Auji.” Kedengaran suara kecewa dari hujung talian.

“Kau nak apa lagi Wan.” Auji mula malas melayan.

“Auji, kau kena tolong aku.” Wan merayu.

“Kau dah nikahkan. Dah selamat pun semua.” Auji tidak mahu masuk campur lagi hubungan Hana dan Wan.

“Auji, gambar tu Faris yang ambil. Aku tak tahu pasal benda ni semua. Aku dah tanya Hana betul-betul. Siapa anak dalam perut dia tu. Dia dah cakap dah, Faris yang buat. Tapi Hana kata Faris tak nak bertanggungjawab.” Wan menerangkan keadaan sebenar.

“Habis tu?” Auji tidak mahu masuk campur lagi.

“Faris dah perangkap aku.” Teresak-esak suara Wan. Pertama kali kedengaran lelaki itu menangis.

“Semua tu kan ketentuan Tuhan. Kau kena terima.” Auji semakin malas melayan Wan.

“Tapi kenapa aku?” Wan mempersoalkan.

“Terima sahajalah qada’ dan qadar Wan. Jadilah suami yang baik. Janganlah kau ganggu hidup aku lagi. Assalamualaikum.” Auji terus melepaskan gagang dari telinganya.

“Auji, nanti dulu.” Wan merayu.

‘klik’. Talian di putuskan. Auji meletak gagang telefon itu.

“Auji, budak dua ekor ni dah sampai dah.” Anis memanggil Auji dari anjung.

“Suruh lah dia orang naik.” Sahut Auji dari dalam. Auji bungkam.

*********************************************

“Tuan, aku nak nyawa la tuan. Asyik makan darah, aku nak kan tenaga yang lebih.” Sakanya memohon tatkala pulang ke rumah.

“Kau ambillah siapa-siapa yang kau nak tu. Cucu aku si Remi dengan Faris pun boleh. Tak pun si Amir cucu si Siti pun boleh.” Wak Su menyuruh sakanya mencari nyawa pula kali ini.

“Betul ni tuan?” Sakanya girang.

“Eh kau ni. Kalau kau kuat, aku pun makin cantik. Tak kisah kau nak nyawa siapa pun.” Ditinggikan sedikit suaranya.

“Nanti aku cari peluang.” Semakin girang sakanya itu.

9 comments:

Danish said...

Chapter 11 - for me it still good cuma ada sedikit kelemahan. That's all

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Wah.. Encik Zaffril.. Cpat sungguh plot cerita ni.. Ini mmg merempit dlam novel nih.. Heehee.. =p

El-Zaffril said...

Danish: i'm doing it on a rush... so... I'm sorry

Farhana: Cepat sangat ke plotnye... nak slowkan balik ke???

'AQILAH said...

er..macam semua org da cakp jek..sgt la laju...wewew~~~

semua okay, tapi xberapa nak puas bile bace bab kali ni..

El-Zaffril said...

Aqila: Laju sangat yer... tapi plot dia tak banyak... merisik tu kalau baca... masa lepas peristiwa Anis nak kene tu... rasa macam tak cepat sangat... tapi tak ape... mungkin sebab ade rewind tu jadi semua orang konpius.. nanti time nak editing... akan di ubah banyak bende... so different version la... heheheheh

anne_nurqaseh said...

ooo penulis nobel upe nyer zaffril..
kne amek mase nih..

El-Zaffril said...

anne: saja suka-suka je tulis

ZaaRz said...

huhu.. laju2... :) tak sempat nak kejar si anis, sedar2 da dirisik. melepas la ginie. :P

ZaaRz said...

huhu.. laju2... :) tak sempat nak kejar si anis, sedar2 da dirisik. melepas la ginie. :P